Belayar di Lautan Adriatic

May 30, 2018

Zadar ini sebuah pekan persisiran pantai di lautan Adriatic.

Lautan Adriatic ni belah mana? Andai kata berenang dari Zadar ni, akan sampai lah ke Itali.
Zaman dahulu, pusat perdagangan paling dekat dengan Venice adalah Zadar.

 

Macam biasa, trip Rarecation mesti ambil masa untuk menikmati sesebuah tempat, jadi di Zadar kita ambil kesempatan untuk island hopping dariKota Zadar ke kepulauan Ugljan. Sebelum bertolak pada waktu pagi, boleh kita buat nasi lemak untuk makan tengahari di atas kapal.


Menariknya kepulauan Ugljan ini merupakan penempatan para nelayan. Tapi berbeza nelayan kita dengan nelayan mereka, saya tak jumpa bot kayu di sana. 3 jam menaiki kapal dari satu pulau ke satu pulau yang lain memberi peluang kita melihat muka bumi negara Croatia daripada aras laut, sambil mengunyah nasi lemak dengan ikan bilis garing, sambil menghirup kopi kaw~

Selepas island hopping, kapal akan berhentikan kita di Kota Lama Zadar, dahulunya Kota Zadar ini merupakan sebuah kota siap dengan benteng pertahanan seperti tembok besar China, tapi tembok tembok ini habis hancur dibedil tentera Serbia semasa perang saudara Yugoslavia (Balkan).

 

Aktiviti perdagangan mula berkurang sejak abad ke 20, maka kerajaan Croatia mula fokus dalam perlancongan, mereka ambil perluang untuk memulihara kembali kota Zadar, memastikan air laut bersih, fokus kepada makanan makanan laut yang mesra muslim, memberi ruang untuk pembinaan masjid dan rumah-rumah sembahyang.


Dua landmark yang menarik di Zadar adalah Sea Organ & Solar Panel yang besar dipanggil The Greetings of The Sun. Sea Organ ini merupakan buah fikiran seorang arkitek tempatan Nikola Basic, beliau meletakkan paip-paip berlainan saiz dan apabila air laut masuk dalam paip tu, akan menghasilkan simfoni alam yang amat menakjubkan.

 

Bila sektor pelancongan tinggi, ramai juga lah penyamun. Jaga jaga. Dua orang wanita berpakaian putih pernah mendekati peserta kita, berpura-pura untuk beramah mesra dengan kita, tanya dari mana dan sebagainya lepas tu mengambil kesempatan untuk menyeluk saku semasa kita leka dalam perbualan.
 

Dalam Rarecation 31 Balkan kami sempat dijemput oleh penduduk tempatan untuk menikmati ikan bakar di rumah mereka. Ya Ampun sedapnya, ada ikan trout, trout dan.. trout. Susah sebenarnya nak jumpa ikan lain kat Balkan ini. Semuanya trout. Ada trout laut, trout rainbow, trout bintik-bintik.
 


Isi ikan trout ini lembut, jadi tak semua masakan sesuai untuk dibuat. Masak lemak, dan asam pedas tak boleh pasal isi ikan akan hancur. Tips saya yang paling sedap adalah masak steam, cicah kuah asam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf