PANAS!! RARECATION BUAT HAL LAGI DI JEPUN - (4000KM Dalam Masa 12 Hari)

November 9, 2017


Sis ingat kali pertama jejak kaki ke Jepun tahun 2010. Waktu tu perlukan visa - serik dik, sis dari Pilah ni gigih pergi kedutaan, pinjam duit sana sini nak cukupkan statement baki dalam bank. Almaklum, masih hingusan tapi impian setinggi awan nak lihat Tokyo Tower depan depan. 😅😄

It was my first time experiencing spring. Sakura pink karer pertama sis nampak kat Odaiba, masyaAllah cantik sungguhlah. Berlarianlah tu pergi ambil gambar bawah pokok sambil tersengih sengih kegirangan. Cuaca sangat indah haritu walaupun sejuk sampai ke tulang. Tokyo Bay bagaikan menyanyi riang menyambut kedatangan sis kat bumi Nihon. Seakan semua yang bersua mata memberikan senyuman ikhlas. Mereka yang berjalan membawa pets pula akan banyak kali cakap ‘gomen’ (sorry) dekat sis walaupun comel je anjing anjing diorang ni. Sis je gelabah puyuh, takut. 😑😅

I told myself, Japan is awesome, I’ll be coming back.

The rest was history. I had my solo trip then. Jalan dengan kawan. Backpacking. Beg tarik sampai rosak roda. Hostel. Airbnb. Winter. Summer. Typhoon. Sesat. Lapar. Wagyu. Solat kat changing room. Kat tangga emergency exit. Naik bas. Basikal. Tertinggal flight. Terlepas train takyah cerita. Semua sis redah datang balik sini.

After almost 30 countries I had visited, Japan is still my number one. And I cant never get enough of this land.

Why?

What makes one loves Japan so much?

Kalau tanya siapa yang pernah sampai Jepun, mesti akan ada rasa yang sama. ‘7 hari tak cukup’. ‘Kansai tak sempat cover’. ’Tokyo tak habis pusing’. ‘Kalaulah dapat duduk sebulan’. ‘Dah 2 tahun tinggal sini rasa taknak balik’.

Kenapa eh?

Perkara yang paling menggembirakan hati kalau datang sini adalah hospitality rakyat dia. Bab bantuan datang bila sis terpinga pinga even waktu nak beli air setin je dari vending machine (ni zaman newbie sis dulu). Bab cubaan diorang nak tolong faham nihongo terabur sis yang sis sentiasa ada impian nak ‘improve’kan setiap kali sebelum trip tapi tak pernah berjaya. Bab sesat sampai dibawa jalan bersama ke stesen. Bab tak cukup syiling nak bayar duit bas tapi pakcik tu rilek je let go sis sambil senyum cakap ‘arigatou’ anyhow. Bab mamat ensem smart habis pakai blazer bagai sanggup tolong angkat beg turun tangga. Bab sis excited sangat dapat aiskrim sambil buat instastory sampai lupa ambil duit lebih 9500Yen (-+RM360) lalu staf dia tercungap cungap kejar sis nak pulangkan baki (walaupun bukan instafamous tapi please jangan tiru aksi ni, sis memang lupa dunia sikit kalau aiskrim depan mata).
😊😋

Dan banyak lagi bab lain.

7 tahun pengalaman, sis ada puluhan cerita lain yang best dalam simpanan.

We know Japan has its dark sides. Every country does. I’m not planning to go to that point tapi sis suka tekankan to look at the bright side of everything. This applies bukan time kita travel je, in fact dalam daily life juga. Kemonlah, we ourselves pun banyak sangat khilaf. Travelling is definitely not the time for us to dig out their dirty little secrets, to pinpoint the worst of one’s culture but to express gratefulness over another God’s amazing creations we yet be able to witness. And to learn more lessons in between. Did I tell you Japan is also mesmerizingly beautiful and super safe?

Did you know that in most shinkansens there were even signages of being careful with the noise you are making from your laptop’s keyboard, let alone your cellphone’s ringtone?

Sis seorang yang sangatlah telinga lintah. Bunyi sikit dah terjaga. Tapi punyalah aman damainya dalam tren dia sampai sis pernah kena kejut dengan staf sebab dah sampai destinasi tapi sis punya syok lena menganga lagi kat kerusi. Nasib baik memang nak turun stesen tu.
😆😅

Dan antara perkara lain yang menceriakan hari hari sis di Jepun adalah public transport yang sangat punctual, efisyen dan reliable. Konbini yang lengkap dan membahagiakan selera sis. Dan siapa pula yang dapat nafikan kecanggihan dan kebersihan tandas di sini. Kawan sis sampai favourite toilet dia adalah yang dalam shinkansen. Kalau boleh selfie, dia buat dah agaknya. Sis saspek she did already, cuma tak update status. 😄😅

7 tahun pengalaman, dalam hati ni keinginan nak kongsi keterujaan sis mengenai Jepun adalah sangat membuak buak sampailah sis bersemangat plan out 12-days itinerary pada musim luruh lepas.

Sis nak bagi orang rasa semua pengalaman yang sis dah rasa. Sejak sis jadi kapten Rarecation, falsafah sis sangat terang lagi bersuluh, ‘This trip might be the first and the last for my fellow travellers, so I’m going to make it the most memorable one’.

Japan is never cheap, I know how expensive it can get and myself 'puasa' juga untuk setiap kali trip.

Proposal sis bukan tangkap muat. 4000km in total. Punya study map dan route sampai boleh hafal peta Jepun. Time lapang je berangan membayangkan pula indahnya foliage sebab autumn adalah musim favourite kebanyakan photographers. Bookmarks penuh dengan ‘anything and everything Japan’. Emel bersusun. Bookings beratur. Screenshots beratus. Sampai confuse simpan dalam handphone ke dalam laptop. I did this for 9 months. Tidur bangun makan minum semua Jepunlah pendek cerita. Bab cakap je tak lepas ahaha.
🤓😂

I know ni homework wajib traveller tegar. Tapi untuk persediaan membawa satu kumpulan lain, the workloads easily doubled. 

 

Bila iklan dah siap published, dapat pula desas desus cakap I was being ridiculous, crazy and even labelled as trying to rip off other people’s money by doing a very ‘impossible’ trip - a trip that no one ever bring people along with. A trip that fills with ‘habis nyawa dalam train’, ‘kalau naik helikopter bolehlah’, ’trip yang sangat tak masuk akal’, ’mungkin yang buat itinerari ni tengah emosi kacau’, ’seksa orang seret beg’. The list goes on. 

 

I was in Lille, France at that time, terus rasa percutian tak berapa bermakna dan separuh jiwaku pergi sebab terasa difitnah tanpa mengetahui letak duduk perkara sebenar dan impian ikhlas sis. 

 

Sampai hati korang. Tskk. 😭😭😖

Sis tahu route panjang. Dari Sapporo ke Onuma Quasi National Park sebelum memasuki Aomori dengan shinkansen yang lalu dalam tunnel 240m bawah aras laut. Meredah hujan menikmati keindahan tasik di Tsuta Onsen. Pitstop di Kakunodate Bukeyashiki dengan senibina perkampungan samurai yang berusia ratusan tahun. Solat berjemaah dan makan di padang. We went south down and to the west side. The jaw-droppingly beautiful Kurobe Gorge, the deepest in whole Japan. The golden hills of Shirakawa-go. The majestic kochia lands in Hitachi Seaside Park. 

 

Kita pun bijak dan takde niat nak dera sesiapa sampai guna perkhidmatan takkyubin untuk hantar beg besar ke Kyoto dari Tokyo supaya ahli kembara dapat berjalan ke Toyama dengan selesa. Berbasikal sambil makan aiskrim di Arashiyama. Kemudian sis pula takleh skip aktiviti wajib menikmati matcha cream puff di Gion ahaha (fine, kapten kuat makan). Kejar train dan salah platform, semua kena rasa part tu (oh those mini heart attacks). Last sekali sampai kita berkimono di Miyajima Island, Hiroshima. Dengan ahli kembara yang paling senior berusia 66 tahun, sis sedar jalan jauh dan penat. Dari hari pertama sampai habis, rekod sis mengejar train dan penapakan melihat alam adalah lebih 70KM.

Tapi apa yang sis tahu juga, sebab orang tak buatlah, sis buat. 😏😅😁

I might not be the most know-it-all person when it comes to Japan. Perhaps I never will. But we are Rarecation afterall (kemonla hehe). The most amazing highlights of the trips were ‘jalan jalan masuk kampung’. Kat sinilah struggle sis sebagai kapten was real (sis janji akan lagi bersungguh belajar bahasa Jepun), but the highest level of happiness was achieved.

“We liked kampung better than cities”

Laluan Takayama-Nagoya menggunakan train adalah bagi sis antara perjalanan terindah setakat pengembaraan sis ke bumi ini. Sungai, gunung ganang, tasik, rumah rumah kampung yang cantik di sepanjang laluan. Jika mempunyai kesempatan ke sini, try this route during daytime and dont fall asleep while doing so.

Trip Rarecation bukan dicipta untuk menyeksa, tapi untuk menikmati keindahan kawasan yang jarang jarang dipenuhi pelancong luar. Trip untuk rasa macam local people. Di Hakodate mountain ketika menyaksikan 'Million Dollar View of Japan', kami terjumpa dengan rakyat Malaysia dan beliau sangat teruja dengan kehadiran kami sampai menjerit ‘Orang kampung!’ dan mengambil gambar bersama walaupun terpaksa menggunakan flash sebab dah malam waktu tu.
😅😅😊

Bila kami masuk big cities, julat kegembiraan kami sedikit berkurang sebab dah berhari hari menikmati ketenteraman luar bandar. Namun for the sake of experience, Tokyo Camii kami ziarahi dan Tokyo Metropolitan Building kami naiki untuk menikmati keindahan sunset dan Gunung Fuji.

Sis bukan tulis panjang untuk justify mana trip yang lagi baik untuk diikuti tapi pendapat sis, I always takes things as challenges and I would strongly suggest you to do the same.

 

Mengembaralah ke Jepun kalau ada peluang tanpa perlu gelabah tak pandai ‘nihongo’ atau risaukan itinerari siapa yang ‘lebih masuk akal’ kerana pokok pangkalnya terpulang kepada jiwa dan mode mengembara masing masing. Tertakluk kepada level of fitness dan juga kegemaran masing masing. Afterall, you dont get to find diamonds if you dont dig deep enough. You dont get the same experience if you are not willing to travel long and hard enough. Sis gembira bertemu dengan fellow Malaysians yang lain dan saling bertukar maklumat sebab sis nak diorang pun enjoy Japan like we did. Tak baik oh nak kedekut sorok sorok secret spots. Sharing is caring. Ngehehe.

Dengan Rarecation, kita gerak keluar hotel pukul 5.45 pagi untuk dapatkan shots yang diinginkan.

Dengan Rarecation, kita turun naik tren sampai 9 kali sebab peluang nak tengok tempat tu mungkin datang hanya sekali.

Dengan Rarecation, kita balik bilik di malam hari, sebab time wasted resting is time wasted experiencing new things.

 

Dengan Rarecation, lepas Subuh je kita gotong royong masak beramai ramai untuk bawa bekal pikinik nak lunch kat bawah pokok maple.

Dengan Rarecation, kapten mata rabak takpe sebab dalam perjalanan ‘tren habis nyawa’ tu, kita nasihatkan fellow pengembara rehat dan tidur, biar kapten je alert bila stesen nak turun tiba.

If none of these are your cup of tea, then we are most probably not the ones that you’re looking for.
😏😅

Sis suka ingatkan bahawa lagi banyak kita mengembara sepatutnya kita lagi sedar bahawa di sisi Tuhan, kita hanyalah makhluk yang sangat kerdil dan hina berbanding hebatnya alam ciptaan-Nya. Lagi jauh kita berjalan, lagi kuat kita menolak diri keluar dari comfort zone dan di sinilah kita belajar yang keterbegantungan kita terhadap bantuan dan kasih sayang Dia adalah yang paling utama. Perjalanan kita dipermudahkan hanya dengan izin-Nya. Lagi banyak kita timba pengalaman bukanlah lesen untuk kita mendabik dada dan memandang rendah orang lain yang baru bertatih mula. Saling menghulurkan bantuan kepada yang lebih memerlukan kerana kita tidak akan tahu bila masanya kita pula yang susah dan meminta. Bersangka baik dengan setiap ujian kerana nikmat sabar bukan murah harganya. 

 

Syukur atas hadiah Allah dalam bentuk jiwa pengembara Rarecation Rentas Jepun 2017 yang sangat kental dan bersemangat malah sentiasa bekerjasama meringankan beban secara berjemaah.

We did it guys! Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

 

Next trip Rarecation ke Jepun adalah pada 27 Mac 2018, sis akan bawa satu lagi pengalaman unik mengejar sakura. Siapa yang nak tahu lebih lanjut boleh terus klik link dibawah:

 

MENGEJAR SAKURA

What more can I ask for, I learned more and more on life’s lessons after each trip ends and I’m glad that I can share it with you. I wish I can share all 3000 pictures too but these are some from the trip.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7 tahun perjalanan. And counting. And I’d like to share more in the future insyaAllah.


Lagi kembara 'itinerari tak masuk akal' (tapi gambar cun tak perlu too much of selfies 😅😅) ke Jepun dengan Rarecation bermain salji pada Disember dan Januari serta mengejar sakura pada Mac dan April.

 

Come join us only if you are ready for a different kind of adventures. 💪🤗

 

 

TARIKH TRIP RENTAS JEPUN SETERUSNYA

 

7 - 18 NOVEMBER 2018


.

.

 

Aisukuriimu ga totemo sukides,

Munira-san. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf