TOBOGGUN - Salah Satu Aktiviti Menarik di Switzerland

November 2, 2017

 

 

Switzerland adalah salah satu negara yang paling cantik di dunia. Ramai yang datang ke sana terpegun melihat keindahan alam semula jadi yang masih dipelihara sehingga kini. Pembangunan yang dibuat sangat menekankan aspek pemuliharaan alam sekitar dan mengelakkan dari berlakunya pencemaran.

 

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang keberadaan kita disana. Salah satu daripadanya adalah Toboggun.

 

Toboggun adalah aktiviti menuruni bukit atau slope dengan kelajuan tertentu menggunakan samada sledge atau board. 

 

 

 

Toboggun ni berasal dari Utara Canada tapi bila yang lain dah nampak aktiviti ini mengujakan, mereka pun buat aktiviti ni ke negara mereka sendiri seperti negara Scandi, Swiss dan lain lain negara yang ada kawasan pergunungan.

 

Team Rarecation tidak terkecuali untuk mencuba aktiviti yang mencabar dan Rare ini. Pada mulanya ramai peserta yang takut untuk mencuba kerana melihatkan kelajuan sled itu dan juga cerun bukit yang menjunam. Ada juga yg risau pasal berat badan tak sesuai, keselamatan dan sebagainya. 

 

Bila join trip Rarecation ni, kita ibarat sebuah keluarga dan seia sekata. Maka bila ada yang hendak join maka Kapten akan mula meracun yang lain juga untuk mencuba sama. Dan dua trip kebelakangan ni semua pun cuba, sampai ada yang naik lebih dari 3 kali.

 

 

Tin Toboggun ada break so jangan risau jika kita terlebih laju, kita hanya perlu tarik break itu dan sled itu akan jadi perlahan.

 

Alhamdulillah Uncle Veteren pun boleh naik tanpa ada sebarang masalah. Siap dapat bergambar lagi berlatarbelakangkan gunung ganang yang cantik. 

 

 

 

Ada juga Toboggun jenis sledge yang biasa dimainkan waktu musim sejuk. Ia berbentuk seperti tempat duduk kayu dan ada tali untuk mengawal arah tuju sledge tersebut. Ha break dia memang unik iaitu pakai kaki sahaja. Macam budak kampung main basikal bila break tiada mereka pakai kaki sahaja kan. Macam itulah juga permainan ni. Kedua dua kaki mesti kuat untuk mengawal kelajuan dan juga arah tuju.

 

 

Memang nampak mudah seperti dalam gambar diatas Uncle Veteran juga boleh main tanpa ada masalah. Tapi lepas main tu memang penatlah juga sampai nak putus nafas pun ada.

 

 

Lihatlah betapa gembiranya peserta Rarecation ini bermain, dari sekecil anak sehingga Uncle Veteran semua pun enjoy. Amaran kepada semua, permainan ini boleh menyamaratakan umur semua (semua pun akan rasa sebaya dan muda remaja) seperti anak kecil ini sebab semuanya teruja dan happy tidak terkata.

 

 

 

 

 

 

Untuk pengetahuan anda, tempat ni memang tidak boleh bawa masuk kamera ataupun video untuk buat rakaman, tetapi disini kami nak kongsikan cara untuk anda dapatkan juga gambar seperti mereka yang diatas ini:

 

1 - Bawa kamera kecil yang mudah untuk disimpan di poket.

 

2- Jangan terlalu obvious sangat kerana teruja nak ambil gambar. Buat relaks saja dengan muka yang selamba.

 

3- Tempat ini ada CCTV, anda kenca cari lokasinya dan elakkan dari ditangkap gambar oleh CCTV (ala ni macam kita bawa kereta jumpa AES dan tiba tiba semua kereta macam baik je bawak slow, lepas je kamerta tu semau pecut balik)

 

4 - Join Pakej Rarecation Swiss yang mana Kaptennya adalah Professional Photographer dan pasti akan ambil gambar anda dimana jua anda berada dalam apa keadaan sekalipun.

 

 

 

Boleh tengok video dibawah macamana peserta enjoy dalam trip Rarecation ini. 

 

 

 

Boleh hubungi kami 016 626 1801 untuk keterangan lanjut berkenaan trip Rarecation.

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf