PERJALANAN KEMBARA ICELAND

September 19, 2017

KEMBARA ICELAND 2017

 

Perjalanan 2000KM ini adalah untuk menerokai kesan sejarah dari negara terakhir iaitu  Iceland yang didirikan oleh bangsa Viking (bangsa Skandinavia) dan yang menjadi penghuni pertama Iceland pada tahun 870. Kemudian Iceland merdeka dari Kerajaan Denmark pada tahun 1918 dan menjadi republik sejak tahun 1944.

 

Selain itu, Iceland juga adalah negara yang mempunyai kecantikan alam semulajadinya yang tersendiri yang menjadi kegilaan peminat fotografi seluruh dunia. Di tambah pula dengan kehebatan cahaya Aurora Borealis yang menjadi antara tarikan utama pengembara lain. Tanah misteri yang ditutupi oleh glasier, air terjunnya yang sangat cantik dan banyak gunung berapi yang masih aktif memberikan banyak peluang untuk mendapatkan kenangan dan gambar yang menarik.

 

Trip Rarecation ke Iceland bukanlah satu pakej pelancongan biasa tetapi satu pengembaraan dalam hidup yang akan membawa kita ke negara bertamadun antara tertua di dunia. Ramai orang melancong tetapi tidak mengembara, tetapi semua pengembara akan juga melancong selain membuat eksporasi. Melancong tidak membuatkan kita menjadi lebih bijak, tetapi mengembara akan membuatkan kita mengambil ibrah dari apa yang kita lihat dan apa yang kita alami.

 

 

HARI - 1

 

KUALA LUMPUR - LONDON

 

Selamat datang ke Kota London

 

Perjalanan lebih kurang 19 jam termasuk dari KLIA ke Heathrow London airport atau Gatwick London airport.

 

HARI - 2

 

KEFLAVIK / REYKJAVIK

 

Hari ke 2 ini masih lagi dalam perjalanan. Kemudian transit tukar domestik flight untuk ke Keflavik airport, Iceland. Perjalanan dari London ke Iceland lebih kurang 3 jam 30 minit tanpa henti. Apabila sampai di Keflavik, kami akan dapatkan kenderaan untuk digunakan sepanjang pengembaraan kita di bumi Iceland. Kemudian kita akan bergerak ke penginapan yang ditempah awal oleh Rarecation. Segala pengurusan akan diselengarakan pada hari ini sebelum kembara bergerak lebih jauh dari bandar. Jadi, keperluan seperti bahan mentah untuk dimakan beberapa hari perlulah dibeli di sekitar bandar Reykjavik.

 

Macam biasa, apabila malam sesi taaruf (sesi perkenalan) setiap peserta untuk memantapkan lagi persahabatan sebelum perjalanan di teruskan keesokannya.

HARI - 3

 

GOLDEN CIRCLE TOUR

 

Golden Circle mempamerkan beberapa keajaiban semulajadi yang paling indah di Iceland. Sepanjang jalan anda dapat melihat glasier dan gunung berapi, belum lagi National Park Þingvellir yang luar biasa dan mempunyai sejarah parlimen negara Iceland di situ. Laluan ini telah menjadi kegemaran di kalangan pelancong selama bertahun-tahun.

 

Perhentian kegemaran di Golden Circle adalah Kawasan Geysir Hot Spring yang sangat aktif dengan lubang lumpur mendidih, geyser akan memancutkan air lebih 30 meter (100 kaki) ke udara setiap beberapa minit dapat di lihat di sini.

 

Gullfoss atau Golden Waterfalls yang menakjubkan dengan pemandangan air terjun yang besar dua tingkat dimana airnya kelihatan hijau kebiruan apabila terkena cahaya matahari. Kadangkala, pelangi juga akan muncul berlapis-lapis berpunca dari biasan cahaya matahari dan air terjun itu sendiri.

 

Thingvellir adalah perhentian kegemaran di kalangan pelancong sepanjang laluan Golden Circle. Ia juga telah menjadi Taman Negara di Iceland sejak 1928 dan dinamakan tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2004. Banyak acara penting yang melibatkan sejarah Iceland berlangsung di sini, antaranya penubuhan Parlimen sekitar 930 S.M, "adoption of Christianity" sekitar 1000 S.M, penubuhan Republic Iceland Moden pada 1944.

Selain daripada bersejarahnya, Thingvellir juga mempunyai daya tarikan khas untuk pencinta alam. Terletak di persimpangan dua lapisan tektonik plat  Amerika Utara dan Eurasia bertemu yang mana sangat mudah dilihat berbanding tempat lain di dunia. Jadi untuk sehari berada di Golden Circle ini sangatlah berbaloi. Tapi jangan lupa bawa baju hujan kerana cuaca disini susah nak dijangka. Jangan sampai kita pulak yang cipta sejarah di sini pulak.

HARI - 4

 

KIRKJUBAEJARKLAUSTUR

 

Macam mana nak sebut tu? Susah kan? Macam tu lah kami mula-mula sampai dibumi Iceland ini. Habis tergeliat lidah dan boleh buat orang Iceland ketawa berdekah-dekah. Jadi hari ini kita akan mulakan perjalanan yang agak jauh (350Km) untuk ke Kirkjubæjarklaustur. Sepanjang perjalanan kita akan dihiasi dengan pemandangan air terjun, gunung ganang dan rumah tradisional orang Iceland yang unik. Jangan risau, kita nampak je benda yang cantik, pasti kita akan berhenti untuk sesi fotografi walaupun 10 minit sahaja. Sepanjang hari ini kita akan berhenti di Reynisfjara Black Sand Beach, iaitu salah satu tempat pengambaran Dilwale. Di sini kita akan melihat keunikan “Formation Rock” tepi pantai. Tapi walaupun cantik pasti ada kelemahannya. Di sini ombak laut sangat tinggi dan anginnya yang sangat kuat. Jadi berhati-hatilah ketika menyusuri pantai ini, takut-takut terus hilang di lambung ombak.

 

Kita meneruskan perjalanan ke Fjadrargljufur Canyon. Laluan canyon ini dipercayai telah wujud lebih 2 juta tahun dahulu dan ia juga menjadi antara tempat laluan orang Viking. Boleh menyusuri dari bawah canyon atau dari atas dan keduanya mempunyai keunikan dan kecantikannya tersendiri.

 

 

HARI - 5

 

JOKURSARLON - HOFN

 

Perjalanan hari ini dari  Kirkjubæjarklaustur tempat mula-mula kita akan singgah ialah Svinafellsjokull Glasier yang terletak di sebahagian kawasan Taman Negara Vatnajokull, antara glasier terbesar di Eropah. Sekiranya pengembaraan pada musim sejuk, kita boleh melakukan aktiviti masuk gua ais di sini. Aktiviti ini akan disenggarakan oleh pakar-pakar yang kita lantik khas dari sana, jadi jangan risau ikut sahaja arahan mereka pasti semuanya selamat.

 

Kemudian kita teruskan perjalanan ke Jokursarlon Lagoon. Di sini juga adalah kawasan glasier yang terletak dari sebahagian Taman Negara Vanajokull. Seberang jalan sahaja anda dapat menyaksikan kawasan yang dinamakan Diamond Beach, iaitut ketul-ketul ais sebesar kereta kancil bergelimpangan tepi pantai hasil dari rekahan glasier dan dihanyutkan hingga ke tepi pantai.

 

Tempat terakhir dalam tentatif adalah Vestrahorn Mountain. Perjalanan dalam 1 jam 30 dari Jokursarlon untuk ke Hofn ini.

 

HARI - 6

 

WATERFALL TOURS

 

Apabila dengar air terjun sahaja semua akan terfikir boleh ke nak mandi air terjun. Sebenarnya boleh je kalau nak mandi disini tapi paham-paham jelah dengan suhu 2 - 8 degree, rasanya orang Iceland pun tidak mandi disini. Nanti keras jadi ais pulak.

Antara air terjun yang kita akan lawati ialah Selljalandsfoss, Skogafoss, Urridafoss dan sentiasanya kami akan mencari sesuatu yang “rare” dalam setiap trip. Jadi, kami ada menyediakan beberapa tempat yang rare yang jarang-jarang orang ke sini. Yang penting puas hati, bukan selalu boleh ke sini.

 

HARI - 7

 

SOLHEIMASANDUR PLANE CRASH

 

Awal pagi kita akan bergerak ke parking kereta untuk ke Sólheimasandur Plane Crash di tengah-tengah dataran lapang di tepi laut. Perjalanan 4 km dari tempat parking kereta lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke kapal terbang ini. Al kisahnya, kapal terbang DC US Navy ni kehabisan minyak dan terhempas pada tahun 1973. Nasib baiklah, kesemua penumpang terselamat. Dengar desas desus, selepas post-mortem, barulah didapati kapal terbang itu sebenarnya terhempas bukan disebabkan kehabisan minyak tetapi pilot itu yang tersalah tekan suis tangki minyak menyebabkan kapal terbang itu terhempas. Macam mana dia buat kami pun tak tahu. Jadi, bersedialah untuk jalan kaki 8 km pergi balik dengan keadaan cuaca yang tak menentu disana. Di nasihatkan berjalan dalam kumpulan dan takut jalan sorang-sorang nanti diterbangkan angin pulak, nak pulak kalau tuan punya badan tu hanya 35kg sahaja.

Selepas bertungkus lumus jalan kaki, kita akan berehat di Dyrholaey clift untuk makan tengahari dan santai-santai tangkap gambar dengan pemandangan yang cantik.

 

Kalau musim bunga, pastinya akan ada banyak lupine di Vik i - Myrdal Church. Boleh lah singgah untuk bergambar.

 

HARI  - 8

HELLA - REYKJAVIK

 

Seawal pagi kita akan adakan aktiviti berkuda atau melawat ladang kuda dengan penduduk local di kawasan Hella ini. Kita akan dapat melihat kuda-kuda yang comel dengan rambut panjang sehingga tutup mata. Nampak je comel dengan rambut rebonding tu, tapi sebenarnya kuda ini sangat kuat dan menjadi salah satu pengangkutan utama orang Iceland dahulunya. Jangan ada pulak gatal tangan buat “dendan” rambut kuda tu pulak nanti yea. Aktiviti ini tidak ada paksaan, kerana ada dikalangan peserta lebih suka pegang kuda dari jarak hujung jari sahaja, tak ada masalah. Tidak ada paksaan dalam trip kami. Kemudian kita akan meneruskan perjalanan ke air terjun Haifos, kita akan menyusuri perjalanan off road lebih kurang 20km yang agak  menyeronokkan dengan pengalaman baru. Tak ramai traveller yang ke Haifos ni kerana kedudukannya yang agak tersorok sedikit dari jalan utama. 

 

Seterunya selepas makan tengahari, kita akan ke Reykjavik pulak.

Reykjavík adalah bandar ibu kota Iceland. Nama Reykjavík bererti “Teluk Asap” (Bay of Smokes). Bolehlah kiranya sesiapa berminat untuk mencuba makanan tradisi orang Iceland “smoke fish” di restoran yang terdapat di sekitar Reykjavik. Di sini juga terdapat beberapa muzium yang menempatkan sejarah asal orang Iceland dan ketamadunan orang Viking yang menetap di sini dahulu. Bandar yang kecil tapi sangat bersih dan cantik serta orang-orangnya yang ramah membuatkan kita tidak berasa kekok berada di negara ini.

 

Di sini kita akan bersantai membeli belah sedikit di Hard Rock atau beli magnet peti ais di sekitar bandar ini. Kepada sesiapa yang tak nak shoping bolehlah ke kawasan iconic fotografi sekitar bandar ini. Pastinya berbaloi-baloi walaupun letih sedikit.

 

HARI - 9

LONDON

 

Sesi terakhir kita di Iceland adalah bergambar lagi sepuas-puasnya di sekitar Reykjavik dan dalam perjalanan ke Keflavik. Seterusnya kita akan terbang ke London.

 

HARI - 10

LONDON

 

Di London aktiviti hanyalah santai-santai sahaja sebab trip ini focusnya pada negara Iceland, London hanyalah transit rehatkan badan sambil membeli belah sebelum balik ke tanah air. Di London tidak ada tentatif yang khusus sekiranya anda berminat buat lawatan sendiri juga dibenarkan tapi apa-apa pun safety first, maklumlah tempat orang. Tapi sekiranya anda tidak ada tentatif perjalanan sendiri, bolehlah ikut kapten Rarecation punya perjalanan,  insyallah pasti terhibur. Beberapa lokasi terkenal di London akan menjadi tempat kita habiskan masa bersama

HARI - 11

LONDON  - KUALA LUMPUR

 

Hari ini adalah hari penghabisan perjalanan kembara bersama kami di Iceland dan London. Sepanjang tempoh beberapa hari ini pastinya menggamit banyak kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan. Apabila balik ke tanah air pastinya anda akan tersenyum seorang diri apabila teringat gelagat sahabat-sahabat sepanjang trip ini. Jadi, abadikan kenangan bersama dan semoga berjumpa lagi di lain pengembaraan.

 

Perjalanan dari London ke Kuala Lumpur

 

 

HARI - 12

KUALA LUMPUR

 

Tibanya kita semua ke tanah air, Malaysia tercinta. 

 

 

Catatan perjalanan: Kapten Zero

 

 

 












 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf