Bucket List : 7 Aktiviti Awesome di Soca Valley Slovenia

September 12, 2017

 

1. Water Rafting di White Water, Soca Valley

 

Kepada peminat aktiviti lasak, water rafting pasti menjadi pilihan. Kalau perasan, air terjun di Soca Valley ni bukan macam dekat Malaysia, warna dia bak kata orang perempuan, Emerald Blue, kalau orang lelaki Hijau. Sesiapa yang pernah ber "water-rafting" pasti mata mereka bersinar-sinar dengan penuh kebanggaan sampai semua orang termakan racun untuk melakukan aktiviti yang sama! 

Bukan senang nak cari air berwarna Emerald Blue ni, mungkin boleh jumpa di pulau-pulau selatan sahaja. Sungguh cantik! SubhanAllah.

 

2. Minat Flying Fox? Apa kata cuba Zip Lining di Soca Valley!

Cuba tengok gambar dekat atas, adoi, kurang ajar betul. naik Zip Lining tak mengajak. Jadi apa yang lebih baik nak explore keseluruhan gaung di Soca Valley berlantaikan air terjun berwarna Emerald Blue? Pasti-lah Zip Lining. Dengan kelajuan 40km sejam, kita dapat melalui keseluruhan kawasan tanpa menggunakan tenaga yang banyak! Jarak kita dengan air terjun di bawah? 50 meter je. Awesome? atau menakutkan? Cuba dulu jom!

 

3. Hiking di Soca Valley
 

 

Soca Valley yang terletak di Triglav National Park, antara yang tercantik sekali. Untuk penduduk Slovenia, siapa yang tak pernah tawan Triglav National Park bukan lah penduduk Slovenia sejati!

Untuk newbies, amatur, pakar, pro-hiking, semua pasti akan jatuh cinta hiking di Soca Valley. Pemandangan dia, marvelous. Tak kisah, tahap ke berapa level hiking, mesti awesome. Kalau penduduk Slovenia, mereka akan camp sehingga beberapa hari untuk habiskan masa di Triglav National Park. Kalau newbies boleh habiskan masa seharian di Tolminka Gorge. Tempat yang sangat cantik dan mudah.

 

4. Zip line biasa sangat? Paragliding pula.
 

 

Kalau waktu Soca Outdoor Festival, Kayak? Wall climbing? Berbasikal? di Soca Valley ada pertandingan paragliding sekali! Beratus-ratus penerjun Paraglid berlumba dari atas gunung untuk tiba di bawah dahulu. Sangat awesome!
 

5. Berbasikal di Soca Valley
 

Kalau menginap di Slovenia, antara perkara yang senang nak perasan, penduduk di sini semua suka basikal, kita nak sewa basikal pun lebih murah berbanding beberapa buah negara lain. Mungkin sebab cuaca yang sentiasa menyebelahi mereka? Boleh kata setiap penduduk di Slovenia mungkin ada Mountain Bike, dan sangat menarik bila melihat penduduk tempatan dan pelancong menghabiskan masa berbasikal explore Soca Valley. Kalau nak rasa mewakili negara, boleh sertai Soca Outdoor Festival!
 

6. Wall Climbing? terlalu Amatur~ Apa kata Panjat Gunung di Soca Valley

Aktiviti memanjat sangat terkenal di Slovenia, dari masa ke masa banyak lokasi tebing bukit baru dijumpai. Kepada peminat memanjat-manjat boleh cuba menakluk gunung dan bukit di Soca Valley!
 

7. Pelbagai Lagi Aktiviti Menarik Menanti!
 

Seperti yang kita dah share kat atas, Soca Valley memang tempat yang awesome, dengan aktiviti yang lasak. Tak kisah lah kita jenis aktif atau tidak, pasti menarik.

Selain daripada di atas, ada juga Bungee Jumping, Canyoning, Skydiving, Paddle di White Water, Memancing, Mendaki Ice, Berbasikal menurun bukit, ada berkuda, ski pun ada dan macam-macam lagi!


Kat mana nak tinggal?

Tinggal lah di Bled! Kawasan berhampiran Lake Bled, jarak lebih kurang 1 jam ke Triglav National Park, Bled sangat cantik, sebuah tasik seperti cerita dongeng.

Bled pula dekat sangat dengan Vogel cuma, 20 minit memandu, boleh rasa bermain salji pula!

 

Catitan Kapten Najmie

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf