Kembara Balkan - Sebuah Kota Yang Terluka, Banja Luka.

September 14, 2017

Perjalanan daripada Budapest di Hungary ke Mostar di Bosnia akan mengambil masa 12 jam perjalanan. Dalam kembara Balkan yang pertama kami singgah satu malam di Novi Sad, Serbia. Berbeza pula pengalaman dalam kembara Balkan yang ke dua, kami singgah satu malam di Banja Luka (sebutan Banya Luka), Bosnia.

 

 

Seperti yang dirancang, kami tiba lebih kurang jam 7.00PM di Banja Luka, dan perjalanan akan diteruskan esok untuk ke Mostar. Namun, masa tidak akan berulang, kami bercadang untuk meneroka Banja Luka, selepas Subuh keesokkan harinya sebelum bertolak.

Maklumlah, masing-masing sangat berminat untuk mengambil gambar, waktu mana yang terbaik untuk mendapatkan gambar landskap terbaik? Pasti waktu terbit matahari atau terbenamnya matahari.

 

 
Lokasi yang paling kerap dikunjungi pengunjung adalah pusat bandar Banja Luka ini iaitu Gereja Assumption of Mary. Gereja yang di bina sejurus selepas perang saudara dan Banja Luka jatuh kepada entiti bangsa Serb yang tidak diiktiraf iaitu Republik Of Srpska.
 

 
Pagi itu, kami berkumpul di lobi hotel menunggu teksi yang telah ditempah (kami beri peluang untuk pemandu bas berehat pada kadar yang optimum), seperti kebiasaannya, sebelum bertolak kapten dan peserta akan berbincang dulu di mana tempat yang akan kita lawati, Gereja Assumption of Mary ataupun sebuah lagi bangunan yang tidak berapa terkenal di Google, namun gambarnya terpampang di dalam Masjid Zagreb di Croatia, iaitu Masjid Fehrat Pasha, atau yang juga dikenali sebagai Masjid Banja Luka.
 


Kesemua peserta kemudiannya bersetuju untuk ke Masjid Fehrat Pasha, walaupun kami dah menunaikan solat, tetapi kami yakin rezeki dan rahmat Allah itu akan datang apabila kita melawat kerumah-Nya.

Setibanya kami di Masjid Fehrat Pasha, kami bertemu dengan seorang penduduk asal Banja Luka, Brother Mirsad yang sangat gembira bertemu dengan rakyat Malaysia, dan rela hati untuk menceritakan tentang, sejarah tidak tertulis mengenai Banja Luka.

 


Masjid Banja Luka telah di bina pada tahun 1579 oleh Fehrat Pasha. Beliau seorang bangsa Bosnia, yang dilantik oleh Empayar Uthmaniyah sebagai anggota tentera yang berpangkat tinggi, selepas itu kembali ke Banja Luka dan mendirikan masjid dan dijadikan pusat bandar di Banja Luka.

Walaupun masjid tersebut bukan masjid terbesar di Banja Luka, namun lokasi yang strategik, dibina baazar (pada waktu itu) bersebelahan masjid, tempat makan dan beli belah, Masjid Banja Luka merupakan tempat yang paling sibuk pada era tersebut.

 

 
Namun begitu, selepas Bosnia ditawan komunis, dan juga perang saudara, Banja Luka hanya bandar kosong yang tiada jiwa. Mirsad dan keluarga dihalau keluar daripada rumah, dan kini rumah Mirsad didiami bangsa Serb.

Baazar dihancurkan, masjid-masjid dibom dan dirobohkan, 16 buah masjid di sekitar Banja Luka hancur berderai, masjid terbesar di Banja Luka hanya tinggal tapak, dan Masjid Fehrat Pashar hanya tinggal rangka. Batu-batunya di buang jauh daripada tempat asal, batu-batu nisan dihancurkan, makan arwah Fehrat Pashar dan pembesar beliau dicuri oleh pemberontak Serb.

 


Masjid Banja Luka baru sahaja dibuka kembali pada tahun 2016, sejak dibina kembali bermula pada tahun 1996 (Masjid Pasha diberi permit membangunkan masjid pada tahun 2001). Penduduk Muslim Banja Luka mengambil inisiatif yang sangat tinggi, dengan titik peluh dan kesungguhan, akhirnya dapat mereka bangunkan Masjid Fehrat Pashar.

Pertama mereka memohon bantuan UNESCO untuk mengiktiraf Masjid Fehrat Pasha untuk diiktiraf sebagai "World Heritage", permintaan tinggi UNESCO menyebabkan pembangunan Masjid Fehrat Pasha mengambil jangka masa yang panjang.

 


50% struktur asli, asal-usul bahan yang asli, serta kaedah pembangunan diperlukan bagi masjid tersebut diiktiraf, sebagai contoh simen yang digunakan untuk melekatkan bata-bata perlu dianun seperti mana dibina pada tahun 1579, iaitu menggunakan telur dan bahan-bahan organik. Pelbagai bantuan diterima daripada kerajaan Turki, Slovenia, serta bantuan kewangan sebagai inisiatif untuk membangunkan kembali masjid ini, mereka mencari batu-batu asli yang telah dibuang jauh, batu-batuan yang dikutip pula perlu diperakui di makmal asli batunya atau asal batu tersebut.

 

 
Alhamdulillah, rezeki kami dapat menyaksikan sendiri Masjid Fehrat Pasha dan makam-makam beliau dan sahabat, serta mengetahui sendiri sejarah yang tidak terungkap oleh Brother Mirsad sewaktu berada di Banja Luka.
 


Rezeki kami, sebelum kembali ke hotel, Mirsad mengajak kami untuk menikmati makanan tempatan yang dikenali sebagai Pite yang sangat sedap dan merindukan!
 

 

Pite merupakan makanan segera penduduk Bosnia, roti yang dibubuh daging, ayam, atau cheese di dalamnya, makan panas-panas. Walaweh~
 


Pengakhiran entri kali ini, mari kita sama-sama doakan kemenangan Islam di Bosnia, dan di dunia ini.

 

 

Banyak lagi kisah sejarah yang boleh kita ambil pelajaran disepanjang kembara kita ke Balkan ini. Kami akan kongsikan dari masa ke semasa. Kepada yang berminat untuk menyertai trip ke Balkan 2018 bersama dengan Rarecation berikut adalah detailsnya:

 

TARIKH

29 Mac - 10 April 2018

28 Aug - 9 Sept 2018

20 Nov - 2 Nov 2018

 

PAKEJ TERMASUK​

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Budapest

2. Sewaan Kereta/Motorhome

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Homestay/Campsite)

5. Insuran perjalanan

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy​

 

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi​

 

Tertakluk kepada terma dan syarat

 

HUBUNGI 016 626 1801 UNTUK KETERANGAN LANJUT 

Foto dan Penulisan oleh Kapten Najmie

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf