Kembara Balkan - Jambatan Saksi Pencetus Perang Dunia Pertama

September 11, 2017

 


Sarajevo (cara menyebutnya Sarayewo) merupakan pusat pemerintahan tamadun Islam yang sangat kuat di Bosnia di bawah penguasaan empayar Uthmaniyah di Eropah.
 

Peta kawasan penaklukkan empayar Uthmaniyah

 

 

Beruntung kami dalam pengembaraan Balkan yang lepas, kami berpeluang menemui sebuah lagi saksi sejarah yang sangat besar iaitu lokasi jambatan di mana tercetusnya Perang Dunia Pertama (WWI).

WWI tidak berapa terkenal di Malaysia, besar kemungkinan kerana negara kita tidak terlibat secara langsung dalam peperangan tersebut seperti Perang Dunia Kedua (WWII) tetapi terdapat juga sejarah serangan yang berlaku di Pulau Pinang.

​Jambatan tersebut dikenali sebagai Latin Bridge.
 

5 minit sahaja berjalan daripada Sebilj (Sebily).​

Sebilj merupakan kolam air pancut yang membekalkan air bersih boleh diminum oleh semua orang dan haiwan, binaan Empayar Uthmaniyah, kini hanya tinggal satu sahaja di Sarajevo. 

 

Franz Ferdinand seorang pewaris tahkta Austro-Hugarian dan isteri di bunuh pada 28 Jun 1914 di jambatan ini. Franz di kejar oleh puak pemberontak dan disebabkan corner yang tajam, kereta Franz terbabas dan memberi peluang kepada puak pemberontak untuk membunuh Franz.

Pembunuhan ini merupakan konspirasi daripada militan Serbia yang bertujuan untuk memisahkan sebahagian daripada daerah selatan Austria-Hungary, supaya bergabung dengan daerah Yugoslavia.

 

Kesan daripada itu, Austria-Hungary telah mengistiharkan perang yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia Pertama. Perang Dunia pertama disebabkan oleh pembunuhan seorang perwaris takhta sahaja? Ya.

Akibat daripada itu, masing-masing panggil "geng" masing-masing untuk berperang, kemudian meragut 9 juta tentera dan 7 juta penduduk awam.

 

Sedikit informasi tambahan, Perang Dunia Pertama yang melibatkan dua kuasa iaitu "Central Power" dan "Allied Power".

Central Power disertai Empayar Uthmaniyah, Austria-Hungary, Empayar Jerman, dan Bulgaria.

Allied Power pula disertai Rusia, Perancis, Empayar British, Serbia, Montenegro, Belgium, Jepun, Itali, Portugis, Romania, Amerika Syarikat, Hejaz (Sebahagian daripada Saudi Arabia) dan Thailand (Siam).

 

Perang dunia pertama mengakibatkan banyak kesan yang berlaku sampai sekarang, antaranya Central Power telah memenangi peperangan di bahagian timur, tetapi tewas dibahagian Barat. Perang ini juga menyebabkan kejatuhan empayar Uthmaniyah, Jerman, dan Austro-Hungary; Perang saudara Rusia bermula, dan bermula juga era Soviet Union; Berlakunya perpecahan kepada beberapa buah negara di Eropah dan Timur Tengah; Koloni Jerman yang dikuasai oleh Empayar Uthmaniyah telah berpindah tangan kepada kuasa asing; Pertubuhan League of Nations; dan Perang Dunia ke dua

 

Banyak lagi kisah sejarah yang boleh kita ambil pelajaran disepanjang kembara kita ke Balkan ini. Kami akan kongsikan dari masa ke semasa. Kepada yang berminat untuk menyertai trip ke Balkan 2018 bersama dengan Rarecation berikut adalah detailsnya:

 

TARIKH

 

29 Mac - 10 April 2018

28 Aug - 9 Sept 2018

20 Nov - 2 Nov 2018

 

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Budapest

2. Sewaan Kereta/Motorhome

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Homestay/Campsite)

5. Insuran perjalanan

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

HUBUNGI 016 626 1801 UNTUK KETERANGAN LANJUT 



Catitan Kapten Najmie

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf