Kembara Balkan, Vogel, Tapak Lukisan Alam

July 11, 2017

Dalam pengembaraan Balkan kami yang lepas, kami berpeluang untuk menjelajah sebuah lokasi yang diakui oleh penduduk Slovenia, kami merupakan rakyat Malaysia yang pertama menakluk gunung Vogel Bohinj, gunung yang masih diselaputi salji pada musim luruh.

Lokasi kita pada hari ini adalah Vogel, sebuah lokasi ski yang besar dan terletak di atas Tasik Bohimj. Tasik Bohimj, kurang dikenali sangat oleh pelancong luar, kerana pelancong lebih kenal Tasik Bled, berbanding Tasik Bohimj, tetapi penduduk tempatan lebih gemar beriadah dan santai di Tasik Bohinj kerana tidak sesak dan sangat cantik.

 

 

Kami berhenti seketika di Tasik Bohinj, bersama patung Antler gunung, sebagai simbolik Bohinj. Namun, menurut penduduk tempatan, mereka mungkin pernah nampak sekali sahaja seumur hidup.

 

Pemandangan yang sangat indah di Tasik Bohinj, membuatkan kita teringin nak berhijrah ke Slovenia!

 

Pemandangan lain Tasik Bohinj

 

Untuk menaiki ke Vogel, kita perlu menaiki kereta kabel yang sangat curam. Jarak daripada bawah ke puncak mengambil masa 5-10 minit, dengan jarak 1000m! Harga kereta kabel adalah EUR 16.00, pastikan untuk minta diskaun apabila berkumpulan.

 

 

Pemandangan yang indah dari Vogel, pemandangan Julian Alps daripada Slovenia. Penduduk Slovenia walaupun nampak pelik melihat rakyat Malaysia berada di Vogel, tetapi mereka peramah, fasih berbahasa Inggeris, dan sifat welcoming mereka membuatkan kami tidak kekok untuk berbual dengan mereka dan berada di sini.

 

Uncle Rahman dan Auntie Ros bermain di atas salji, berlatarbelakangkan Julian Alps. 

 

Kapten menjadi mangsa lemparan salji!

 

Senyap-senyap, pasangan manis Uncle Adzhar & Auntie Aini dah menyewa saddle board untuk bermain!
 

Azaini dah siap satu suit! ber-snow boarding!

 

Bukit untuk beginner dan kanak-kanak, kami beginner lah! Boleh Racing di sini. Kalau jatuh tersembam pun tak terasa, jangan jadi snow ball sudah.

 

 Uncle Jalil pun tidak melepaskan peluang ber-snow boarding menyaingi Azaini
 

Sambil kapten mengambil gambar dan bermain drone, nasib tidak baik, drone terlanggar wayar elektrik di puncak bukit ini, akibat mahu menangkapnya, terguris sedikit bilah drone di tangan! Ouch. 

 

Nasib baik pasukan medik di puncak Vogel ini cekap, bantu kapten untuk membersihkan luka, tidak sampai 10 minit, luka semua telah di balut, dan tangan kapten boleh berfungsi seperti biasa.

 

 

Puas kami dapat melakukan aktiviti seperti penduduk tempatan. Penduduk tempatan kebiasaannya ke Vogel sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk beriadah, nampaknya kalau kami nak jadi seperti mereka, kena datang ke Slovenia setiap dua minggu.

Tulisan : Kapten Najmie @najmienaharuddin


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf