Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Bersama Keluarga Di Switzerland: Kandersteg

July 5, 2017

Switzerland adalah salah satu negara yang kaya dengan landskap dan bentuk muka bumi yang menarik. Memang ramai yang mengimpikan untuk pergi ke negara pemproses coklat terbesar di dunia dan pembuatan jam tangan yang berkualiti di dunia itu. Namun, pergi seorang saja tanpa membawa keluarga memang kita akan merasa seperti tidak lengkap.

 

Iyalah untuk mengatur masa semua ahli keluarga memang merupakan satu cabaran disebabkan oleh komitment kerja masing masing tapi ia tidaklah satu yang mustahil. Bila ramai yang boleh pergi bersama, maka persoalan seterusnya adalah tempat mana yang kita nak pergi di Switzerland?

 

Disini saya akan menceritakan kepada anda, tempat mana yang sesuai untuk dilawati di Switzerland jika anda membawa keluarga anda tidak kira yang masih kecil dan yang dah besar. Berdasarkan pengalaman saya membawa team Rarecation, salah satu tempat yang paling best untuk kita pergi bersama keluarga adalah di Kandersteg.

 

 

 

Kandersteg adalah kawasan kampung yang terpencil berada di antara banjaran gunung ganang yang banyak di Switzerland ni. Ramai yang tak tahu tempat ini mempunyai tarikan landskap yang menarik juga pemandangan kawasan kampung di sekitarnya membuat kita merasa seperti balik ke kampung bila raya.

 

Kawasan sekitarnya juga bersih manakala rumahnya pula tidak terlalu padat dan membuatkan kita berasa tenang sahaja berada disini. Disebabkan itu, tempat ini memang untuk keluarga berehat makan angin sambil menikmati kopi 434. Anak anak juga boleh explore tempat ini dengan berjalan kaki sahaja juga yang minat hiking boleh saja bawa bagpack dan khemah di tempat yang sesuai.

 

 

Untuk kesini, kita boleh menaiki beberapa jenis pengangkutan yang ada seperti naik kereta sewa, naik train ataupun naik bas. Yang paling best sekali ialah jika kita bawa kereta sewa maka kita boleh menyusup masuk ke segenap lorong lorong yang ada membuatkan kita dapat explore kawasan kawasan terpencil yang biasanya memang RARE dan lain dari yang biasa.

 

 

Walaupun kadar sewaan kenderaan dan rumah agak mahal sedikit tetapi ia sangat sangatlah berbaloi dengan apa yang anda dapat. Jika datang pada musim sejuk, anak anak akan tersangat gembira bermain salji. Orang di sana tak heran sangat pun dengan salji ni. Kita sahaja yang terlalu heksaited dengan salji ni sebab iyelah di Malaysia ni kan bukan negara 4 musim. Manalah nak dapat sajli melainkan hanya ais kepal abc sahaja yang ada.

 

Berbalik kepada cerita kampung Kandersteg ini, populasi penduduknya pun bukan ramai sangat cuma ada juga ternampak yang rumah rumah disini sebenarnya banyak rumah tumpangan yang disewakan. Yang betul betul duduk di situ hanya beberapa kerat sahaja. Mereka banyaknya bekerja sebagai petani dan penternak. 

 

 

Di atas puncak bukit di Kandersteg ni terdapat tasik Oeschinen yang tersangatlah cantik. Airnya memang berwarna turqoise dan panorama yang indah di sekeliling dia memang sangat sesuai untuk merehatkan otak yang penat bekerja berbulan bulan. Tasik ni kami tak sampai lagi dan plan untuk next trip Rarecation ke Switzerland bulan September dan Oktober nanti kita mesti pergi tasik ni untuk bergambar. Memang thrill habis dna harap harap cuaca cantik sebab kalau hujan kita kena bawak payunglah.

 

Ada lagi tempat yang menarik di Switzerland ni untuk kita lawati bersama keluarga. Nanti saya ceritakan kepada anda dalam travelog yang seterusnya.

Stay tuned!

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf