Kembara Balkan, Serbia, Seperti di Dalam Selimut Musuh.

July 4, 2017

Serbia, negara yang mencetuskan perang saudara yang kemudiannya berubah menjadi perang agama di semenanjung Balkan melalui gerakan Yugoslavia People's Army (JNA). Peperangan yang beri kesan mendalam kepada saudara kita di Bosnia sehingga kini, untuk mengetahui bagaimana tercetusnya peperangan semenanjung Balkan, boeh baca thread ini Kembara Balkan, Bosnia Saudara Kita

 

Selepas 25 tahun peperangan, kini Serbia mula mempromosi industri pelancongan mereka kepada kita untuk masuk ke Serbia tanpa visa, hanya memaklumkan sahaja kepada kedutaan Malaysia di Serbia (**Mac 2017)

 

Rezeki kami dalam pengembaraan yang lepas, dapat kami transit dua hari satu malam daripada Bosnia ke Novi Sad di Serbia kemudiannya ke Budapest.

 

Rakyat Serbia yang tidak biasa menerima pelancong sangat pelik melihat kehadiran kami di dalam negara mereka, walaupun hanya satu malam, namun perasaannya umpama 10 hari tinggal di sana. Tetapi, cukup menarik.

 

 

Pelbagai iktibar dapat kami pelajari sewaktu di Serbia, yang paling saya pelik adalah gambar Nikola Tesla pada not 100 Serbian Dinara (terkini). Sebagaimana yang kita kenal, lebih-lebih lagi saya yang berlatarbelakang bidang kejuruteraan, Nikola Tesla seorang saintis dan pencipta yang hebat, menghasilkan ribuan teknologi yang diguna pakai sehingga sekarang, terdapat juga mitos mengatakan bukan Henry Ford yang mencipta kenderaan Ford, tetapi Nikola Tesla yang mencipta untuk Ford, tetapi Henry Ford mendapat nama kerana Ford milik syarikatnya.

 

Not 100 Serbian Dinara itu membuatkan saya teruja, negara Serbia ini melahirkan seorang ahli saintis yang sangat hebat! Lalu saya bertanya kepada peniaga-peniaga di sekeliling, adakah Nikola Tesla merupakan rakyat Serbia?
 

 


Jawapan daripada mereka sangat menghampakan saya, kerana Nikola Tesla merupakan seorang berbangsa Serb yang lahir, dibesarkan, dan merupakan rakyat Croatia.
 

 

 


Kami juga mengambil kesempatan untuk meninjau Dunavska Street, ataupun square ataupun dataran di Novi Sad, di mana penduduk mereka beriadah. Walaupun kami tinggal di Serbia 2 hari 1 malam sahaja, tetapi misi kami agak besar, iaitu mencari fridge magnet.

 


Rezeki kami juga, pada pagi hari sebelum bergerak ke Budapest, taman Tulips betul-betul di hadapan hotel kami, macam biasa-lah, bergambar!
 

 


Alhamdulillah, pengembaraan 2 hari 1 malam di Serbia sangat unik buat pengembara Balkan Mac 2017, lengkap sejarah kami apabila mengenali sendiri perangai, gaya hidup rakyat Serbia, boleh saya konklusikan mereka bangsa yang suka "claim" hak orang lain.

 

 

 

Akhir kata, dapat kita yakin bahawa saudara kita di Bosnia bukan menggunakan alasan "orang susah" untuk meraih simpati, tetapi mereka sememangnya di tindas oleh musuh mereka.

Tulisan : Kapten Najmie @najmienaharuddin

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf