Kembara Balkan, Menjelajah Kota Dongeng Ljubljana

July 3, 2017

Slovenia, salah sebuah negara yang pernah bersatu dalam Socialist Federal Republic of Yugoslavia (SFR Yugoslavia) juga dikenali sebagai negara-negara semenanjung Balkan yang diilhamkan dan dipimpin oleh Josip Broz Tito.

Slovenia keluar daripada SFR Yugoslavia pada Jun 1991, dan istiharkan kemerdekaan mereka, dan diserang oleh gerakan Yugoslavia People's Army (JNA). Artikel yang lebih ringkas boleh rujuk kembali di posting Kembara Balkan, Bosnia, Saudara Kita

 


Pada kembara Balkan kami yang lepas, kami telah menjelajah ke kota naga Ljubljana. Ljubljana, macam mana nak menyebutnya sampai terbelit lidah.

Beberapa negara di Eropah kebanyakkannya menyebut "j" sebagai "y", sebagai contoh Fjord disebut sebagai Fyord, Sarajevo disebut Sara-yevo, dan Ljubljana sebagai Lyu-bl-yana. Oleh sebab "j" ni, kebanyakkan rakan perniagaan kami yang saya berhubung melalui email ingat saya seorang wanita, kerana nama saya Najmi, dan mereka baca nama saya berbunyi Naymi. (Aduh)

Berbalik pada tajuk kita, kenapa saya menggelarnya "Kota Dongeng"? Kerana Istana Ljubljana ini dibina dikelilingi sungai, macam cerita dongeng, tambah pula si puteri duduk di istana atas bukit, sang putera pula kena melintasi sungai yang penuh buaya untuk selamatkan puteri dari ancaman naga.

 

 

 

 Kami mulakan perjalanan dari Budapest ke Slovenia mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah kemudian mengambil peluang untuk makan tengahari di sebuah Restoran Halal di Ljubljana (Mencari Makanan Halal di Luar Negara? Baca thread ini https://www.rarecation.com/single-post/2017/02/16/4-APPLIKASI-WAJIB-TRAVELER)

 

Kami terkejut, melihat suasana dan gaya hidup rakyat Slovenia di Ljubljana ini. dengan cuaca yang baik, dan mereka bersosial seperti bukan pada hari bekerja!
 

 Nampak gayanya Uncle Jalil pun sama bersosial seperti orang Slovenia.

 

 Cuaca yang baik di musim luruh, dapat kita tengok Tulips di jual di merata-rata tempat! Dengan harga yang murah~

 Merakam kenangan berlatar belakangkan Istana Ljubljana

 

 Untuk menaiki ke Istana, terdapat keretapi yang menaiki bukit tu, dengan harga EUR 10 seorang, tapi kalau pergi berkumpulan dapat diskaun yang sangat banyak~
 

Tak kan bergambar di bawah je kan? Dapat la kita melihat pemandangan dari atas. Memang worth it.

Selain Istana, dapat juga kita melihat seni bina- seni bina Eropah di Ljubljana seperti jambatan kembar tiga, jambatan naga, sculpture mereka dari zaman ke zaman dan macam-macam lagi.

 

Tidak lupa kepada penggemar shopping selain Fridge Magnet, di Ljubljana juga sebuah kota yang penuh dengan kedai-kedai Premium! Ops, ini rahsia.

Jadi Tamat-lah pengembaraan kami di Ljubljana, dan kami teruskan perjalanan ke penginapan kami pada pengembaraan Mac yang lepas, kami terus ke Lake Bled, sebuah perkampungan umpama mimpi dalam mimpi.

Tulisan : Kapten Najmie @najmienaharuddin


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf