PENGALAMAN ABAM DI JEPUN

June 20, 2017

KEMBARA SAKURA JEPUN RARECATION.

 

Satu perjalanan mengubah dimensi dan persepsi melancong ke luar negara.

 

 

 Shinkasen untuk ke Osaka dari stesen JR Shinagawa

 

Inilah Shinkasen yang abam naik dari Tokyo ke Osaka. Menggunakan JR Pass Nationwide yang dibeli awal di Malaysia dan ditebus voucher tersebut di stesen JR di Narita airport, kita bolehlah nak naik sesuka hati la kan nak pergi memana. Shinkasen ni ada 3 jenis ; Nozomi, Hikari dan Kodama. Dengan JR Pass, kita cuma boleh naik Hikari dan Kodama. Sebab apa kita tak boleh naik Nozomi tu, abam pun tak tau tapi dia memang laju dan memakan masa hanya 2 jam setengah sahaja. Manakala Hikari pula ambik masa 3 jam sebab dia ada berhenti dibeberapa stesen besar dan Kodama pula dia akan berhenti disemua stesen sepanjang perjalanan dan ambik masa 4 jam untuk sampai.

 

 Stewardess dalam Shinkasen. Nasib baik tulang rusuk abam tak bergetar….

 

Untuk menyenangkan hidup, abam pun booking seat Shinkasen ni di stesen JR. Free je kalau dah ada JR Pass, cuma kena pergi ke stesen dia dan beratur sikit, tak lama pun. Dah booking seat kita pergilah beratur kat koc yang ditulis dalam tiket tu. Ada juga koc yang free seating tu tapi takut penuh, jenuh kita nak berjalan cari seat. Dalam Shinkasen tu janganlah tidur ye, nikmatilah pemandangan sekitar. Kita boleh nampak dari Tokyo tu pemandangan akan berubah dari kota metropolitan yang sibuk ke pemandangan kampung yang menenangkan. Sekitar sejam dari Tokyo tu tengok-tengoklah belah kanan kalau hala ke Osaka, untung-untung nampak Gunung Fuji yang jadi lambang negara Jepun. Cantik.

 

Dalam Shinkasen ni ada jual minuman dan snacks juga, jadi boleh lah beli kopi dan kacang untuk kudap-kudap. Dengan tempat duduk yang selesa, suhu yang nyaman, memang boleh terlelap. Jadi abam pun beli lah kopi, hilangkan mengantuk. Dari Tokyo Shinkasen ni akan menuju ke Kyoto dulu dan kemudian ke Osaka, kejap je dari Kyoto tu, dalam 15 minit je.

 

 Dotonburi, nak cari makan malam di Osaka. Foto kredit kepada kapten Najmie.

 

Di Jepun ni, rakyatnya sangat berdisiplin. Kalau nak melintas jalan tu, yang ada traffic light, walaupun jalan kecik 3 langkah dah lepas melintas, diaorang akan tunggu sampai traffic light jadi hijau untuk pejalan kaki. Abam nak melintas pun jadi segan, tunggu gak la walaupun tak ada kereta lalu. Sabar je kan. Mengembara ni disamping kita melihat keindahan tempat yang berbeza dengan tempat kita tinggal, ambillah juga pengajaran yang baik yang kita boleh terapkan kepada kehidupan kita agar jadi lebih bagus. Jangan pula ditiru yang buruk kerana setiap tempat ni pasti ada sisi gelap mereka sendiri.

 

 Beratur untuk menaiki tren di stesen JR Shinagawa

 

 Semangat kekeluargaan, saling membantu dalam kembara Rarecation

 

 

 Hanami atau piknik dibawah pohon sakura di Nara

 

Keluarga dari Singapura, abg Ismail, Afidah serta Imran dan Afiqah yg comel yang bersama Rarecation di Arashiyama Bamboo Forest

 

 Menaiki tren bersama orang Jepun

 

 Di persimpangan Shibuya, simpang paling sibuk di dunia katanya.

 

 Kawaguchiko menangis, tak nampak gunung Fuji

 

Mengembara di permulaan musim bunga di Jepun berdepan dengan cuaca yang agak tak menentu. Di Osaka cuaca nyaman, suhu sekitar 25 C, pakai t shirt sahaja pun ok tetapi di Kawaguchiko, hujan dari awal pagi menyebabkan cuaca sejuk. Habis semua sarung tangan kami borong di kedai berdekatan stesen tren, itupun masih tak cukup sebab sarung tangan tu hanya untuk cuaca sederhana. Menggeletor abam walaupun lemak-lemak banyak di badan. Tapi selepas pekena roti naan, kima kambing dengan chai masalla di restoren Alladin tu, lega rasanya. Panas balik badan abam. Restoren tu berdekatan dengan bus stop no 5, line merah. Halal, sepertimana info dalam halal Japan.

 

Posing maut hakak-hakak vogue ni, dalam perjalanan ke Tokyo Tower,

yang merah putih tinggi kat background tu.

 

Kerajaan Jepun telah berusaha keras untuk memastikan pengunjung beragama islam selesa semasa berada di Jepun. Banyak restoren halal telah dibuka di bandar-bandar besar dan tempat-tempat solat juga untuk memastikan kita mudah untuk makan dan solat. Walaubagaimanapun, kita juga harus memastikan kebersihan terutama waktu mengambil wudhu, Janganlah kita basahkan lantai tu, kesian abam tengok awek Jepun tu kena mop lantai toilet disebabkan limpahan air selepas mengambil wudhu. Pastikan kita keringkan air tu menggunakan kertas tisu untuk memudahkan keselesaan pengunjung selepas kita.

 

Sama juga keadaannya sewaktu makan, selesai makan tu, kena hantar tray atau mangkuk dan cawan ke tempat pengumpulan. Tidak ada pekerja untuk membersihkan meja kita dan mengangkat bekas makanan kita. Semuanya self service. Sendiri makan, sendiri bersihkan.

 

 Pemandangan persimpangan Shibuya dari stesen JR Shibuya

 

Harapnya sepanjang perjalanan kembara kita, ke Jepun atau kemana-mana, ambillah sisi positif. Terapkan dalam diri sendiri supaya sisi positif tu boleh jadi kebiasaan kita dalam kehidupan sehari-hari. Seperti di Jepun, kebersihan, disiplin, menepati waktu serta beberapa ciri lain. Moga-moga dengan kita meniru ciri positif ini, kehidupan kita akan jadi lebih baik dari sebelumnya.

 

Fathulkamar

Kapten Rarecation

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf