KISAH AIRPORT PUDONG

June 15, 2017

Satu perjalanan mengubah dimensi dan persepsi melancong ke luar negara.

 

 Bunga Sakura, sebelah stesen Namba JR.

 

Sebelum ini, abam biasanya keluar negara (taklah banyak sangat pun…) bersama teman yang telah biasa kenegara tersebut atau ada supir menanti. Tak perlu risau kerana ada yang menguruskan. Jadi bila abam diamanahkan menjadi kapten Rarecation 33 ke Jepun, kerisauan mula melanda. Banyak perkara perlu difikir, dirancang dan diurus.

 

5 Mac 2017 pukul 2 pagi abam berlepas ke negara matahari terbit melalui Pudong sebagai transit. Pudong ni kat Shanghai la. Lebam jugakla abam menunggu kat airport Pudong tu.

 

Pudong airport, cantikkan, indah tapi....

 

Nak cerita hal transit kat Pudong ni, airport punyalah cantik, first class SOP dia sesuka hati je. Waktu abam pergi, abam kena keluar imigresen (cop passport) untuk ke departure hall dia. Kedai halal tak ada, jadi abam minum mineral dgn beli pisang je.....pishang abam. Wifi airport hanya ada dibalai berlepas, jadi selepas makan pisang tu abam pun masuklah ke balai berlepas. Macam biasalah beratur panjang.

 

 Warna-warni bunga sakura yang cantik.

 

Waktu abam balik pulak, SOP transit dia lain. Abam pun beratur kat imigresen tu untuk cop passport dengan dua orang peserta iaitu kak Lisa dengan anak dia Sarah. Bila sampai officer tu jeling semacam pastu tanya abam nak pergi mana (dah la cakap bahasa cina, mentang-mentanglah mata abam ni sepet sket) dan dia cakap abam tak boleh pass through imigresen, kena pergi kaunter transit. Pulak dah. Takpelah...ikut je la. Lepas tu kak Lisa pn cerita waktu dia transit lagi haru biru sebab flite dia delay dan connecting flite dah terlepas. Kena gi kaunter tiket dulu untuk confirmkan flite baru boleh transfer ke departure hall. Punya kelam kabut. Tapi itulah pengalaman. Nak beli tak boleh, kena hadaplah. Kemudian flite abam nak ke Jepun petang tu delay plak 2 jam. Airline bagi nasi. Tapi taulah di Pudong, mana nak halal. Terpaksa abam minta nasi vegetarian. Bismillah.

 

 Memalam buto makan onigiri di Narita airport.

 

Konnichiwa.

Abam sampai di Narita airport dekat nak tengahmalam. Waktu tu kapten Najmie dgn Ustaz Shauqi dah tunggu, diaorang awal sampai. Najmie terus dari Iceland. Dah sampai tu tak boleh nak gerak kemana-mana sebab tren dah habis servis, jadi kitaorang buat keputusan untuk tidur airport je la. Ada banyak juga tempat nak tidur, nak charge bateri handphone pun ada tempat khas selain plug point yang banyak juga. Terasa lapar plak tengah-tengah malam tu, abam pun cari 7-11 beli onigiri udang dan salmon dan mineral water. Sedap jugak la, dah lapar kan. Tidur di airport Narita ni sangat selamat, sekuriti diaorang sangat menjaga keselamatan terutama pelancong. Diaorang selalu meronda untuk memastikan semuanya terkawal.

 

 Nak naik shinkasen ke Osaka dengan Ustaz Shauqi dan

Najmie (tukang ambik gambar), laju bak hang.

 

 

Baiklah, abam pun nak berehat dulu, nanti abam sambung lagi. Yang naik shinkasen tu lain kali la abam cerita ye….takut nak sambung cerita kang abam lapar plak….makan lagi…..

 

Fathulkamar

Kapten Rarecation

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf