Cuti dah nak dekat, passport pulak hilang, macam mana ni?? Ini langkah-langkah yang perlu diambil.

July 27, 2017

 

Dalam kita nak rancang untuk pergi bercuti ke luar negara. tiba-tiba passport cari tak jumpa. Terlupa letak atau hilang semasa pindah rumah. Barang bertenang, jangan jadi umpama cacing kena air panas.  Tak apa ini langkah yang perlu kita lakukan andai perkara ni berlak​u.

 
1. Benda pertama kita kena buat ialah buat laporan polis terlebih dahulu. Pastikan laporan kita buat tidak bercanggah dan benar. Jika tidak pasti mana hilang, nyatakan sahaja jangan ada sebarang penipuan didalam laporan. Jangan tokok tambah dalam laporan. 

Tujuan laporan polis ni bukan apa, cuma takut nanti ada yang jumpa, dibuatnya macam-macam dengan passport kita tu, at least kita ada bukti yang mengatakan pasport kita hilang. Abam polis tu tak akan marah punya.

 

2. Selepas dah membuat laporan polis, pergi ke pejabat imigresen yang berdekatan dengan kawasan kita.  Isi borang permohonan passport bersertakan dokument yang diperlukan.

 

Antara dokumen yang perlu dikemukakan ketika hendak memohon:

  • Borang Permohonan Passport Malaysia (IM.42 Pin 1/97)

  • Borang Soal Selidik kehilangan passport Malaysia (IM,42C), bagi kes hilang (disahkan oleh pesuruhjaya sumpah)

  • Dua (2) Salinan kad pengenalan

  • Dua (2) Sijil kelahiran / surat beranak / borang W (jika lahir diluar negara)

  • Dua (2) Salinan laporan polis (kes kehilangan passport)

  • dibawah contoh borang permohonan passport dan soal selidik kehilangan passport. ​​

3. Kesemua Borang diatas kena isi dengan teliti, nyatakan kehilangan dan kalau boleh pastikan kita tahu nombor passport yang hilang tu dan pastikan kita ingat destinasi negara terakhir passport anda digunakan. 

 

Inilah rupa borangnya. Kira soalan bocor lah ni ye.

 

 

Kalau tidak ingat tanya kepada pegawai imigresen di kaunter dengan berikan nombor IC saja.

Sedikit tips, pastikan kita ada gambar atau scan IC kita dan disimpan di cloud storage macam Google Drive atau iCloud.

 

3. Setelah selesai anda kena tunggu untuk disoal siasat atau temuduga oleh pegawai Imigresen. 

Abam-abam ni muka saja garang, tapi dalam hati ada taman. Berbudi-bahasa sikit ye minta dimudahkan urusan anda.

 

 

4. Kelulusan permohonan ini bergantung pada keputusan ketua  pengarah imigresen dan keputusan akan mengambil masa selama 5 hari paling lama.
Kalau Pengarah Imigresen dalam mood baik, anda boleh dapat dapat passport pada hari yang sama. 
Mulut kena manis la sikit. Settle cepat boleh shopping dan packing untuk trip anda. 

Bila dah dapat passport baru, simpanlah elok-elok ye. Kami cadang untuk anda simpan gambar salinan passport di dalam gallery phone anda semasa trip. 
Mungkin berguna bila anda tak jumpa passport (moga dijauhi, Amiiiiin) semasa di negara orang.

Kemudian boleh intai trip yang ditawarkan Rarecation sekarang. Nak kami buatkan private trip for friends and family pun bolehhh. 

 

TEKAN FOTO DI BAWAH UNTUK LIHAT KEMBARA RARECATION

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf