RENTAS EROPAH DARI ISTANBUL KE LONDON BERSAMA SAIFUL NANG

June 7, 2017

 

 

Terasa nak tak kita mengembara dari Istanbul ke London dengan keretapi, kapal laut dan bas? Memang orang tak pernah buat, tapi tak bermakna kita tak boleh buat.

 

 

Kita bermula di melawat kota istanbul, melihat kehebatan senibina Hagia Sophia dan juga Masjid Biru. 2 bangunan terbesar terindah dan terbesar menyimpan 1001 kisah jatuh bangun empayar Uthmaniyah.

 

 

Perjalanan merentas eropah ini membawa kita melihat transisi budaya dan kepercayaan dari sebuah negara islam sehingga ke negara musuhnya. Juga melihat sendiri kaitannya perjalanan kereta api ini dengan tumbangnya Empayar Khalifah terakhir, bagaimana hutang atas nama kemodenan akhirnya memusnahkan

 

Dari Istanbul kita rasa pengalaman naik keretapi klasik dan bermalam dalam keretapi yang ada bed lagi. Pagi-pagi kita bangun, pemandangan negara Romania yang cantik sangat-sangat dan selepas itu berhenti di hentian seterusnya Bucharest. Kita bermalam sebentar dan menikmati keindahan kotaraya di Romania ini.

 

Dari Bucharest kita ke Budapest juga dengan keretapi bermalam juga. Menarik sekali esoknya kita sampai ke Budapest. Dalam keretapi kita menyembang dan conquer cafe dalam keretapi dengan kita-kita sahaja. Boleh sembang macam-macam termasuk boleh ambil gambar yang cantik-cantik dari dalam keretapi.

 

 

Dari Budapest ke Munich kita boleh kalau nak menyinggah ke Vienna atau Salzburg. Nak rasa feeling Mozart dan klasik-klasik ni bolehlah kita ke Salzburg sebelum naik semula tren utk ke Munich. Di Munich kita tinggalpun di tengah-tengah bandarayanya. Semua tempat cantik kita boleh lawat dengan jalan kaki.

 

 

Hentian seterusnya yang paling dinanti ialah PARIS. Kali ini dari Munich ke Paris kita naik speed train. Sampai cepat.

 

Dan ada masa 3h2m di Paris sahaja. Nak rasa feeling romantika sedikit, nanti saya bawa ke tempat-tempat menarik di Trocadero atau mungkin yang ada di sepanjang Seine River. Sambil minum expresso, cafe Latte or Americano hirup-hirup kita layan pemandangan besi karat paling famous di dunia... The Eifel Tower. Jangan risau, kita ada banyak masa, untuk berbasikal di Paris juga.

 

 

Last day di Paris, kita ambil bas dan bukan keretapi. Kenapa bas? 9 jam perjalanan tetapi memuaskan kerana bas kita juga akan menaiki Ferry P&O menyeberang dari Calais (France) ke Dover (UK). Ini bukan macam hang pi di Tanjung tu tapi ini KAPAL LAUT BESAR. Dalam pelayaran itu sahaja kita boleh enjoy atas kapal, makan malam in style sambil merasa bayu laut Selat Inggeris.

 

Esoknya sampai di Victoria dan kita akan ada masa 3H2M di London untuk kita explore banyak tempat-tempat menarik yang orang biasa lawat atau YANG RARE orang pergi.

 

Rasakan pengalaman ini bersama saya (Saiful Nang) sendiri yang akan bersama-sama menjadi teraju trip ini. TEMPAT SANGAT TERHAD.

 

Jika minat sila klik gambar keretapi di bawah ini dan ada makumat lanjut tentangnya. Untuk perjalanan seperti ini ialah route perjalanan mewah yang pernah dilalui Orient Express. Tetapi kita buatnya dalam bajet yang semua mampu.

 

Harga pula sudah termasuk keseluruhan tiket penerbangan, tiket pengangkutan darat, tren, kapal dan semuanya. Just food...we'll do Rarecation way. We buy and we cook together. Jangan risau, ramai minat nak cook and we still can layan tekak melayu kita walaupun di Paris dan London.

 

Jom!

SAIFUL NANG
Kapten, Rarecation Trans Europe 2017

 

TEKAN DISINI UNTUK MENDAFTAR

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf