7 Destinasi Wajib di Balkan

May 29, 2017

 

 

Ramai yang ke Balkan tidak menyinggah ke destinasi ini

 

LAKE BLED


Pagi pagi kita menghirup kopi panas bersama nasi lemak menikmati Tasik terpencil di Slovenia yang terletak belatarbelakangkan banjaran Julian Alps. Keindahan tasik ini membawa kita ke alam fantasi, dengan kabus dingin seawal pagi, tasik seumpama cermin dan sebuah pulau kecil dengan gereja kuno yang masih belum di pastikan bila tarikh lahirnya

 

 

PLITVICE LAKE 


Nikmati keindahan kicauan burung dan air terjun di Tasik Litvice yang mempunyai 16 tasik bersambung sambung dengan dereten air terjun yang tidak terkira banyaknya. Siapa dapat kira mesti add math dapat A masa SPM.

 

Jika dah tiba di Croatia tapi tak singgah di sini, maknanya belum sampai Croatia

 

 

 

ZADAR

 

Salah satu kota terbesar di tebing laut Croatia, kota ini mirip mirip kota di Itali. Di sini juga kita berpeluang berisland hoping di pulau sekitar Zadar menikmati keindahan laut Adriatic dan sekali sekala akan ada dolphin datang menegur.

 

VOGEL

 

Sebut betul-betul, ini salah satu gunung di Slovenia yang akan kita naiki dengan Cable Car dan nikmati keindahan landskap slovenia yang masih tersimpan indah umpama alam fantasi. Jika kita pergi musim sejuk, InsyaAllah salji menanti kita

 

 

KOTA MOSTAR


Tak sah jika kita tidak menyinggah di salah satu Masjid di Mostar ini. Bosnia merupakan antara negara islam Eropah. Masih lagi dalam pemulihan dari perang yang berlaku pada sekitar 12 tahun yang lalu. Di sini kita akan bersilaturahim bersama masyarakat islam di sini.

 

 

STARI MOST

 

Saksikan kehebatan senibina jambatan yang sudah berdiri lebih dari 400 tahun namun akhirnya musnah akibat perang. Kini sudah di baikpulih kehebatan Jambatan ini boleh dilihat semula. Bagi yang berani boleh terjun dari atas jambatan 79 kaki ini kee sungai Neretva.

 

 

VRELO BUNE 


Bersantai-santai sahaja di sungai kecil Bune ini. Terdapat kedai kopi di sungai yang keluar dari celahan batu ini. Keindahan landskap disini masih terpelihara

 

MENGEMBARA KE BALKAN BERSAMA RARECATION

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf