AIRLINE OVERBOOK, PENUMPANG DI PAKSA KELUAR

April 11, 2017

Ramai yang tidak tahu bahawa menjadi kebiasaan bagi syarikat penerbangan untuk membuat "overbooked". Tempahan tiket melebihi jumlah seat yang ada menyebabkan penumpang yang sudah membeli tiket tiada tempat duduk. 

 

Ini lah yang terjadi baru baru ini di United Airlines di mana seorang penumpang terpaksa di keluarkan dengan cara yang agak kejam. Lihat video ini

 

 

 

 

Apa itu overbook ?

 

Contoh penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura, jumlah sebenar tempat duduk di dalam penerbangan terdapat 250 tempat duduk, namun tiket penerbangan yang ada akan di jual lebih dari 250. Jadi seat ada 250, tetapi tiket dijual sebanyak 260.

 

Mengapa Airlines menjual tiket lebih dari jumlah seat yang ada ?

Ini kerana kebiasaannya bukan semua pembeli tiket akan muncul pada tarikh penerbangan, jadi menjadi kebiasaan airlines untuk menjual tiket penerbangan lebih dari jumlah seat yang ada. 

 

JANGAN TERKEJUT, PERKARA INI SAH DI SISI UNDANG UNDANG

 

Jadi bagaimana apabila semua pembeli tiket hadir ?

 

a. Kebiasaannya Airlines akan bertanyakan jika ada penumpang sukarela untuk mengambil penerbangan seterusnya. Penumpang yang memilih untuk mengambil penerbangannya seterusnya kebiasaannya akan di tawarkan rebat harga tiket, hotel percuma atau saguhati yang di rasakan bersesuaian dari Airlines

 

b. Jika tiada yang sukarela untuk mengambil penerbangan seterusnya, maka penumpang yang lewat akan TERPAKSA mengambil penerbangan seterusnya

 

 

IKLAN

EXPLORASI KE ICELAND BERSAMA RARECATION

Info Lanjut Whatsapp ke 013 3060 320 / 013 249 5462 

 

Bagaimana untuk mengelakkan anda terkena perkara ini ?

 

Secara jujurnya perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa pun, cuma untuk mengurangkan peluang dari terjadinya perkara ini, sebaik nya SEGERAKAN URUSAN ONLINE CHECK IN

 

Kebiasaannya penumpang yang tertinggal adalah mereka yang tidak menguruskan online check in atau lewat online check in dan lewat tiba di lapangan terbang.

 

Fungsi Online check in adalah sebenarnya untuk mengesahkan KEHADIRAN ANDA di dalam penerbangan, jadi semakin lewat anda check in, semakin tinggi anda boleh tersepit di situasi ini.

 

Dan ya secara undang-undang anda perlu akur dengan apa sahaja keputusan dari Airlines jika flight anda overbooked.

 

Dan bagi yang tidak tahu, perkara ini selalu juga terjadi di Malaysia.

 

Lihat terma dan syarat ini dari AirAsia & Malaysia Airlines

 

AIRASIA

 

MALAYSIA AIRLINES

 

 

 

Oleh itu, sentiasa amalkan online check in seawal mungkin apabila anda mengembara

 

Jika terjadi juga, Redha sahaja kerana itulah lumrah pengembaraan, kita memang tidak mahu ianya terjadi tetapi jika ianya terjadi sekurang kurangnya kita sudah bersedia secara mental dan tidak cepat melatah dari situasi yang terjadi

 

 

Travellah bersama Rarecation, Kami selalu check in online awal

 

EXPLORASI KE ICELAND BERSAMA RARECATION

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf