UMRAH ANAK YATIM & ASNAF

March 13, 2017

Dahulu kami pernah menanam cita cita untuk mengumpul dana khas bagi menghantar anak anak dan warga asnaf mengerjakan umrah selepas pembiayaan pembangunan RPWP cukup. Waktu itu ia sekadar azam yang belum pasti bagaimana ia akan terlaksana.

 

Alhamdulillah, Allah tunaikan hajat itu melalui Rarecation Umrah. Trip yang lepas 8 orang namun kali ini 11 orang Warga Prihatin ambil giliran. Ini kerana ada yang bermurah hati menaja peserta tambahan dari kalangan asnaf ini. Sayangnya HAMBA ALLAH ini enggan budinya diwarwarkan.

Lelaki dalam gambar pertama ini ialah anak yatim yang diberi peluang mengambil giliran untuk mengerjakan umrah. Namanya Shaiful dan telah bersama kami ketika usianya sekitar 16 tahun.

Anak ini sangat istimewa kerana atas dasar kesedaran sendiri untuk kembali ke pangkal jalan, dia datang sendiri meminta kami membantunya memperbaiki diri. Tidak ada paksaan dari mana-mana pihak. Bukan sahaja dia, tetapi di bawa juga adik-adik serta ibunya ke RPWP.

 

 

Anak ini bukan anak yatim biasa. Sejak kecil lagi dia sudah bergelumang dengan narkotik dan pelbagai masalah akhlak sehingga namanya popular dalam fail-fail polis. Dia pernah mengetuai beberapa kumpulan yang "disegani" di dalam sisi gelap dunia. Hatta, semasa kehadiran beliau ke RPWP, kami terpaksa menjadi penjamin kepadanya dari balai polis di tempat asalnya..

 

Terlalu banyak untuk diceritakan tentang Shaiful. Sebahagiannya pernah beberapa kali diceritakan sendiri olehnya dalam wawancara TV dan media cetak. Beliau tidak malu dan tidak takut menceritakan segala kisah silamnya asalkan masyarakat dapat iktibar darinya.

 

Dialah HERO dalam dunia gelap dan kini dia ZERO untuk dunia gelap itu... namun menjadi HERO dalam dunia yang terang.
 

 

Alhamdulillah, dengan kembara umrah Rarecation dimana setiap 8 orang jemaah yang pergi akan menampung kos 1 orang jemaah asnaf dn anak yatim untuk pergi bersama. Anak ini dapat menunaikan umrah TANPA MENGELUARKAN BELANJA

 

 

SETIAP 8 JEMAAH UMRAH YANG KESEMBILAN IALAH ANAK YATIM DAN ASNAF 
YANG JUGA AKAN MENJADI PETUGAS DAN MUTAWIF DI TANAH HARAM NANTI. 

 

Tunaikan Umrah bersama VVIP dan pergi umrah di iringi VVIP Allah

 

UMRAH BERSAMA VVIP ?  Pernahkah terfikir jika kita mengikuti rombongan Pak Menteri?

 

Pasti segala layanan yang kita dapat semuanya kelas pertama dengan karpet merah. 

 

 

Tapi itu VVIP manusia, bagaimanapula rasanya pergi mengerjakan umrah ke rumah Allah BERSAMA VVIP ALLAH (iaitu anak yatim / asnaf). InsyaAllah ,kita juga akan mendapat dengan layanan yang baik dari Allah juga tanpa kita sedari. 
 

 
Lazimnya semua syarikat pengendali umrah akan mengambil keuntungan dari jualan pakej
namun kami berlainan pula. Kerana Rarecation walaupun dengan harga yang setara dengan pasaran

namun  tidak mengambil untung untuk Projek Umrah ini sebaliknya terus menukarkan  margin jualan pakej kepada tiket untuk anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin. Dalam masa yang sama, harganya TETAP ANTARA YANG TERBAIK di pasaran pada kelasnya. 

 

 

 

Apa yang lebihnya dalam perjalanan bersama VVIP Allah ini? 

Mudah mudaha kita juga akan mendapat berkat dari doa-doa mereka yang disayangi Allah ini. 

Lihat foto ini dari pengembaraan Umrah yang lepas seramai 45 orang dan 8 darinya ialah anak-anak yatim atau asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin. BACA SAMPAI HABIS UNTUK TAHU MABRUR ITU BOLEH DIRASA....BUKAN DISANGKA-SANGKA SAHAJA....

 

Keberangkatan semasa di KLIA

 

Afiq Aisar telah tinggal di RPWP semenjak beliau berumur 10 tahun lagi. Tidak menyangka projek Rarecation Umrah yang dicetuskan oleh abang-abang (bukan abg kandung) di RPWP disambut baik oleh orang ramai dan beliau berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Afiq Aisar juga salah seorang petugas dan mutawif dalam trip ini. 

 

Ustaz Shauqi Hasan, trip leader Rarecation Umrah pertama telah mewakafkan diri dan hartanya 
SEPENUHNYA kepada RPWP tanpa gaji, elaun ataupun sebarang pendapatan. Beliah juga kini

menyandang jawatan Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Islam Akademi Insan Prihatin dan 
Sekolah Menengah Integrasi Islam Akademi Insan Prihatin atau ringkasnya kami panggil kedua-duanya sebagai AIP. Juga berkhidmat tanpa gaji dan elaun. 

 

 

Sebahagian anak-anak Warga Prihatin yang telah cukup umur (jika tidak mereka memerlukan mahram)
selepas mengerjakan umrah. 

 

InsyaAllah sebagai pilihan kepada yang mahu boleh naik hingga ke atas Jabal Nur melihat

gua Hira dan menginsafi pengorbanan nabi dan Saidatina Khadijah menghantar bekalan makanan
kepada Nabi Muhammad S.A.W yang sedang beribadah di Gua Hira'.

 

Ustaz Shauqi di atas Jabal Nur. Ust Shauqi ialah graduan lepasan Universiti Malaya dalam bidang
Siyassah Syar'iah. 

 

 

Kuliah Dhuha diadakan hampir setiap hari oleh Ust Shauqi di Masjidilharam. Pengisian paling menarik
ialah kupasan tentang di sebalik ritual umrah dan haji ada pendidikan yang dapat dikaitkan dalam

kehidupan harian. 

 

Salah seorang anak Warga Prihatin memimpin seorang warga emas menaiki Jabal Nur. Pakcik ini

selamat sampai ke puncak Jabal Nur dengan semangat yang sangat kuat. 

 

Kuliah Maghrib selepas solat Fardhu Maghrib di atas Jabal Nur. 

 

Selepas semua bertahallul. 

 

Anakanda dari Warga Prihatin menzahirkan rasa kesyukurannya dapat bersama dalam trip umrah 
bersama asnaf & anak yatim ini dengan menghabakan diri menyantuni warga emas yang kurang 

upaya. Raimie (gambar) telah tinggal di RPWP semenjak ditubuhkan pada tahun 2005 dahulu. 

 

 

MABRUR ITU BOLEH DIRASAKAN

MABRUR ITU BUKAN SATU YANG MISTERI

 

APA ITU MABRUR?

 

Kata akar MABRUR المبرور datangnya dari البر yang bererti 

KEBAIKAN / KEBAJIKAN. Dan Allah telah banyak 

menerangkannya di dalam Al-Quran. Antaranya ialah,

 

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

 

"Kamu tidak akan memperoleh KEBAJIKAN, sebelum 

kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. 

Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu, 

sungguh Allah Maha mengetahui."

(QS. Ali 'Imran: Ayat 92)

 

Mudahnya mabrur umrah itu ialah "UMRAH BERKEBAJIKAN"

 

InsyaAllah belum berangkat ke tanah suci, sudah ada ciri-ciri mabrur pada anda kerana menyertai pakej yang memberi laluan kepada anak yatim / asnaf. Tidak dinafikan Umrah ialah satu industri yang berniaga untuk keuntungan juga, cuma keuntungan dari umrah ini sama seperti yang lain cuma ia 

disalurkan terus menjadi umrah kepada golongan VVIP Allah ini
(SETIAP 8 JEMAAH, YANG KE-9 IALAH ANAK YATIM / ASNAF). 

 

 

 

 

Rarecation ialah syarikat milik penuh badan kebajikan asnaf dan anak yatim RPWP. Tiada kurang layanan, tiada kurang kualiti malah semuanya menjadi lebih dengan kasih sayang sesama manusia. 

 

Sila share kepada rakan dan keluarga. Bagi yang nak pergi dalam group besar syarikat ataupun  keluarga juga sila whatsap  013 249 5462 / 013 3060 320

 

Kami juga menganjurkan umrah untuk kumpulan-kumpulan besar seperti syarikat, keluarga besar, persatuan, kumpulan masjid dengan menggunakan konsep yang sama iaitu pada setiap 8 jemaah, yang ke 9 ialah anak yatim / asnaf. 

 

Semoga mabrur. Amin

 

UMRAH RAMADHAN & CUTI SEKOLAH

WHATSAPP SEGERA 013 3060 320 | 013 249 5462

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf