PENGALAMAN MANGSA TERTIPU DENGAN TAWARAN TIKET FLIGHT MURAH

February 23, 2017

 

 

TIKET PENERBANGAN MURAH ?

 

Tidak di nafikan bagi setiap pengembara, modal terbesar pengembaraan adalah TIKET PENERBANGAN. Malah kebanyakkan destinasi kos tiket penerbangan melebihi dari kos ground

 

Baru - baru ini kecoh di Facebook mengenai PENIPUAN SKIM TIKET MURAH yang di keluarkan dan oleh sebuah Syarikat  tempatan dan aktif di promosikan oleh ejen ejen mereka. Begitu ramai yang tertarik dan membuat bayaran dengan harapan untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang TERLALU MURAH berbanding harga biasa.

 

----------------------------------------------

KOMEN RARECATION

 

1. Berhati-hati ketika menerima TAWARAN YANG TIDAK MASUK AKAL,

 

"If it's to good to be true, it's not true"

 

2. TERIMA HAKIKAT "TIKET FLIGHT TIADA YANG MURAH", tiket dengan harga yang lebih RENDAH SEDIKIT berbanding harga biasa memang anda boleh dapat melalui :

 

a. Website seperti skyscanner / cheapflights .

b. Promosi dari Airlines dan pembelian melalui website Airlines tersebut (contoh : AirAsia / MAS)

c. Mata Ganjaran dari Airlines

d. dan tiket percuma jika anda travel bersama suami anda

 

Pada waktu ini di lihat isu ini cuba diselesaikan dengan baik, kami berharap semua yang sudah membuat tempahan tetapi tidak mendapat tiket seperti yang sepatutnya beroleh keadilan 

 

Pengalaman kami sendiri menguruskan penerbangan ke serata dunia (GALERI RARECATION) dan menghantar pengembara kami ke seluruh dunia mengajar kami untuk menerima realiti bahawa "TIKET FLIGHT TIADA YANG MURAH"

 

"BIAR KITA BAYAR HARGA YANG SEPATUTNYA DAN MENGEMBARA DENGAN GEMBIRA "

"Pengembara Rarecation begitu gembira di salah satu laluan Tercantik di Dunia di Switzerland"

 

-----------------------------------------------

Di sini kami kongsikan pengalaman dari salah seorang mangsa penipuan SKIM tersebut

 

(Artikel ini di petik dari Facebook mangsa dengan kebenaran dan telah di sunting oleh pihak Rarecation)

_____________________________________________

 

PENGAKUAN SALAH SEORANG MANGSA SKIM TERSEBUT

 

Assalamualaikum , Bismillah , sedikit pengalaman bersama syarikat WTS. Mula-mula malas nak share , tapi mengenang ada benda betul dan pengajaran yang perlu dikhabarkan kepada kalian. Baiklah , aku cerita pengalaman beli ticket murah dan KAU DAPAT TICKET PALSU


Al - kisah nya aku dan kembar patut menjalani europe trip. Aku belajar di satu negara padang berpasir dan dia di Malaysia. Acah Malaysia sweetheart kami sepatutnya berjumpa di London , UK selepas hampir setahun tak jumpa

 

Drama bermula , seminggu sebelum trip bermula


Sebab apa? Tiket yang dibeli 8 bulan lepas tidak dapat. Kembar aku sudah gembira melakukan persiapan dan membeli barang keperluan winter. Jumlah yang banyak sudah di labur. 

 

 

Kami tidak dapat ticket sehingga beberapa jam yakni malam sebelum terbang ke London.
Betullah guarantee dorang :

 

JANGAN RISAU , CUSTOMER KAMI DAPAT TICKET TILL THE LAST MINUTES ~ 

Itupun dapat ticket pergi/outbound sahaja. Harus aku menanya agent & Masyitah
' Ya saudara agents & Masyitah , dimanakah tiket pulang ?

 

Maaf , akan sangkut ini kalau di airport London sebab tidak ada inbound ticket ' ujar ku dalam kerisauan.

Lepas , berulang kali menghubungi Masyitah memlalui media massa whassap. Dia pun membalas. Masyitah ini bijaksana , dia kata hendak berurusan terus dengan kembar aku untuk ticket outbound.

 


Aku curiga. Aku musykil. Gerak hati aku penasaran

Hati aku menghidu hasad nista manusia bernama Masyitah itu. Aku meminta semua password social media kembar aku untuk menghubungi Masyitah secara langsung melalui Gmail

 

Masyitah seperti biasa menabur janji-janji manis kepada kami. Seakan , meminta sang suami menyerah duit rumah lebih kepada musim PROMO & YEAR END SALE berlangsung di mall-mall gah Malaysia. Manis seperti caramel machiacto hasil tangan orang Mesir yang tidak kedekut gula


Ting! Email masuk. Gembira hati ini tidak terkira. Kembar dan sahabat sudah di KLIA bakal check in. Ya Allah , aku bakal bertemu dengan dia sebentar lagi. Tubuh aku menari mengikut rentak irama Shahila
 


Hancur lebur , hati ku apabila Masyitah memberi TICKET PALSU. Nampak tak yang digaris diticket Air France yg aku order adalah Emirates? ( Ini bahagian anda rujuk gambar dibawah ) **Sebenarnya Masyitah melampau kali ini sebab edit ticket palsu dan beri pada customer

 


Hati aku sakit , hati aku pedih mengenang janji manis Masyitah 

Lepas itu , aku menghubungi emirates. MasyaAllah , panggilan pertama ku terus dapat. Patutlah , emirates top airlines kalian . 😌 Mengigil tubuh , adrenaline merembes menbuat jantung kencang dan 3 point stress manusia mula mengeluarkan peluh.

 

TIDAK ADA TICKET RESERVATION DIBAWAH NAMA KEMBAR & SAHABAT AKU! 

 


Yang kembar dan kawan sudah dalam perut kapal terbang menuju london bersama ticket palsu yang sudah diprint


Kepala aku berpusing-pusing. Bagaimana jika kembar aku dan sahabat aku ditahan di airport London atas cubaan menipu ticket? Sesungguhnya mereka dizalimi.


Sudahlah , kembar aku seorang ibu kepada bayi dan kawan aku tu harapan keluarga. Kalau kena tahan diatas cubaan menipu ticket apa harus aku katakan kepada keluarga mereka? Keluarga aku?


Aku ini seharusnya sedang gembira melakukan amalan last minute mengemas beg jadi teramatlah tertekan. Sampai entah hapa hapa aku bungkus malam itu. Aku pun gerak ke London dari negara padang berpasir. Masa ini aku dalam flight 5 jam , kembar aku dan kawan aku bakal mendarat di London


Aku tidak tahu , keajaiban apakah berlaku. Kawan dan kembar aku disoal siasat lama , habis cuba memghubungi sana sini dapatkan bantuan . Some how , doa orang yang teraniyai. Polis imigression lebih concern how much money dorang ada dari ticket out bound yang tidak dipandang sangat.



( TETAPI , kalau pergi tolong make sure ada ticket outbound yg sahih ya. Sebab merentas negera , polis border akan check ya lagi-lagi dalam keadaan negara europe sekarang + donald trump issue )
.
.
Even ada masa kami cross border France nak masuk Spain naik bus , ada 6 orang kulit gelap & Mak Cik Morocco kena tahan dengan polis border dan kena angkut atas alasan tidak diketahui tepat


Sediakan semua document sebab kita tak tahu apa mendatang 😊✌🏻 ) 


POKOK PANGKAL / END STORY/ PENAMAT dan apa lagi yg sama dengan the end adalah , pada hari ke 13 trip kami , agents kami 👨🏻 MR. X bertanggungjawab sepenuhnya dan belikan ticket baru. Masyitah yang pada mulanya ugut hendak saman malu dan sebagainya TIDAK MEMBALAS WS , TIDAK MEMBERI TICKET BARU & CABUT LARI meninggalkan semua agents & pelanggan.


FAHAM DOK? 


Konklusi

 

membeli ticket murah adalah tidak amat berbaloi dengan kesannya.

 

Anda sepatut enjoy percutian tetapi serabut memikir ticket

Dan implikasi terhebat adalah no show cancellation. Bayangkan if anda sudah melakukan tempahan hotel unrefundable then tidak muncul. Aku yg hari itu adalah masalah tukar tarikh reservation. Kena charge no show cancellation denda dekat RM2000++ 😱

 

 
Nasib baikla , aku memang pergi cuma ubah tarikh. Salah hotel walaupun diberitahu tidak catit. Jadi aku bayar actual price sahaja. Kalau tak katakan anda ambik hostel 20 euro x 4 orang. Booking.com kira 80 euro ( jumlah keseluruhan ) x 4 orang = 320 euro denda


So nasihat kedua , wp mahal sikit ambiklah REFUNDABLE HOTEL . Sebab kita tak tahu apa hari kita akan bermasalah kepe


( Kalau siapa baca betul , steady 🙂 dia tahu ini lah penamat ) 👉🏻 Yang ketiga , ALHAMDULILAH agents kami bertanggungjawab. Dia beli sendiri guna duit dia. Wp till the last minutes


Cuma business scammer ini yang banyak jadi agents orang melayu. Yang banyak beli ticket murah ini pun orang melayu


Aku tahu melayu dan murah berpisah tiada. Aku pun beli at the very first.

 

Tapi bila fikir , apa murah yang aku beli tak berbaloi dengan sakit kepala aku dapat. Tengok scammer ipong , salwa mat ghani dan agents dia banyak melayu , scammer ticket kepala besar masyitah dan agents dia banyak melayu


Pendek kata , terlalu banyak scammer luar sana. Hati - hatilah next time nak jadi agents kepe.

 

Jangan kelabu dengan duit dan testimoni tak seberapa


Aku sudah terkena , dan aku taknak kalian terkena juga. Rezeki aku sampai till very end dapat ticket dan agent bertanggungjawab. Sincere thanks to him. Tapi kalau yg kalian baca cerita sampai kena beli ticket balik sendiri semua. Macammana? 


Bak kata seorang Antie aku jumpa masa touch down padang berpasir :


'' Nothing goods is cheap. If its cheap , its not good ''


Betul kata Antie tersebut.


Everything has its own price. Soalan pertama nak elak scammer tanya :

BENDA INI RELEVANT KE TAK? Kalau rasa tak relevant 100% jauhilah , so not worth it.

--------------------------------------------

Yang buruk dan penuh kekurangan datang dari aku , yang baik dan segala baik datang dari Allah swt.


Ambik yang baik sahaja. Terima kasih , salam maaf dan perkenalan.


Maaflah bukan penulis novel , semenjak duduk negara Arab ini 7 tahun melayu jadi kacau sedikit.Saya akui. Minta maaf 🤗 Sabar , BFG march ini balik malaysia saya cakap melayu kaw-kaw setiap hari

 

-----------------------------------------------

-----------------------------------------------

 

BERIKUT MERUPAKAN INFO TERKINI BERKENAAN ISU INI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf