UMRAH ? BACA INI DAHULU SEBELUM KE SANA

February 17, 2017

PERSEDIAAN DIRI SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH
 

 


Dalam berkira-kira masa menunggu yang berbaki kurang 40 hari saja lagi, ini adalah waktu terbaik untuk mula buat aktiviti regangan badan.

Dah kena start uji stamina badan masing-masing untuk biasakan diri berjalan jauh sebab rata-rata aktiviti kita di sana nanti akan banyak menggunakan kaki dan tenaga untuk mengerjakan rukun umrah dan melakukan ziarah.

 

 


Tawaf dan sa'ie sudah tentu paling banyak memerlukan tenaga. Sa'ie dari Safa ke Marwah lebih kurang 420 meter, ulang alik 7 kali dah jadi 2940 meter kita berjalan. Dah nak dekat 3km saie sahaja.

Dengan masa yang berbaki tak berapa hari lagi ni, manfaatkan waktu ni dengan aktiviti menguatkan fizikal badan supaya tubuh kita sihat dan fit untuk mengerjakan ibadah umrah.

Pakat sama-sama jaga makan minum, pastikan kesihatan menjadi keutamaan kita semua ketika ini. Kesihatan ni mahkota mujahid.

 

Kita ke Mekah ni nak berjihad di jalan Allah, jadi menjaga fungsi seluruh pancaindera supaya kekal cergas dan sihat satu tuntutan yang wajib kita utamakan.

Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal. Ini juga satu latihan untuk menjadikan disiplin diri supaya selesa dengan suasana masjid. Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid. Bagus juga untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli qariah.

Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir di majlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita. Tanpa sedar inilah latihan untuk kita beriktiqaf di masjid dan merasai taman raudhah.

Raudah sendiri adalah taman syurga. Majlis ilmu itu adalah salah satu dari taman-taman syurga.

 

 


DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH MELALUI SOLAT SUNAT

Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita. Zikirkan sebagai satu simbolik penyucian diri untuk kita bersihkan diri dari segala kekotoran yang ada dalam jiwa dan harta kita. 

Inilah masa yang paling terbaik untuk memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.

 

 


PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN BESERTA TERJEMAHAN 

Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermanafaat kerana apabila kita berada di tanah suci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatamnya dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

Paling penting, masa inilah kita nak baca dan FAHAM sebagaimana rasulullah mendapat kefahaman wahyu yang disampaikan kepada baginda. Tak guna jika sehingga hari ini kita membaca al-quran tapi langsung tak faham apa yang kita baca.

Kita membaca al-Quran tetapi kita sebenarnya BUTA HURUF! Sepatah pun kita tak tahu bahasa arab, tetapi malas nak ambil tahu maknanya. Menonong kita membaca dengan harapan mendapat ganjaran dan syafaatnya. Bagaimana al-Quran nak membantu kita kalau kita tak kenal Dia? Tak faham perintahnya?


Tanamkan azam, untuk baca dan faham isi kandungan kitab al-Quran bermula dari sekarang supaya kita akan merasai nikmat ibadah umrah kerana kita sendiri sudah jelas segala perintahnya.

Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah. Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buka minda dan naluri kita sebelum kita berada di tanah suci dengan menghayati sirah perjalanan Rasulullah dan para sahabat.

Perkemaskan kefahaman tentang ibadah umrah untuk mendapat penyucian diri yang sempurna. Biarlah kita lakukan yang terbaik sepanjang umrah di sana bermula dari langkah yang pertama!

SHAUQI
Mutawwif Umrah Rarecation

 

UMRAH RAMADHAN & CUTI SEKOLAH

INFO PENUH DI SINI

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf