JEPUN MEMBINA MANUSIA DAHULU SEBELUM MEMBINA NEGARA - CATITAN KEMBARA JEPUN SAIFUL NANG

February 16, 2017

Sebenarnya saya bertuah kerana ada ramai sahabat-sahabat yang membantu saya untuk melawat ke tempat yang biasanya tidak dibenarkan untuk melawat

 

 Apatah lagi berada dalam kedudukan gambar ini diambil dan itulah kedudukan nazir pelawat yang menilai kualiti pengajaran guru. Namun saya bukan sesiapa dan jauh sekali seorang menteri pendidikan. Agak menarik kan?

 

 

 

Semasa di Yoyogi Park di Shinjuku, saya terlihat pasangan pengantin. Sebenarnya beberapa pasangan pengantin Jepun. 

 

Semasa di Akihabara saya lihat orang Jepun seksi tak ingat. Siap ada yg suka berpakaian seperti dalam komik-komik. Cuma masa mereka kahwin elok pulak pakaiannya. Tidak ketat, tidak jarang dan hampir-hampirlah menepati syariah

 

Check balik gambar kahwin org Tanah Melayu, ada yang sopan pada hari biasa tapi masa hari kahwin yang longgar diketatkan, yg legap dijarangkan, yang tutup didedahkan, yang panjang disingkatkan. Katanya "tak mengapa...hari ni saya belanja semua"

Ini semasa saya menaiki Shinkansen dari Tokyo ke Kyoto. Jika naik bas dalam 9 jam sampai. Naik Nozomi N700 cuma 2 jam lebih sahaja. Ketepatan waktu sangat tinggi. Dalam setahun average kelewatan hanya 0.9 minit sahaja. Saya fikir naik train ini lebih smooth dari Airbus A380. Dinasihati utk beli tiket travel dengan Shinkansen ini dari Malaysia secara online jauh lebih murah dari beli di Japan. Perjalanan dari Tokyo ke Kyoto sahaja dah makan belanja sekitar RM700 sehala jika tidak beli dari Malaysia 

 

 

 

Ini guru tadika di Jepun. Syarat menjadi cikgu sangat tinggi. Cikgu tadika mesti boleh bermain muzik. Bila masuk kelas budak-budak Jepun ni tengok enjoy sahaja dengan cikgu-cikgu dia macam enjoy sangat-sangat. Tapi kerja cikgu tadika bukan mudah juga. Semua benda termasuk admin pun cikgu kena buat dan cikgu kena pergi rumah anak muridnya setiap seorang sehingga masuk ke bilik belajar anak-anak Jepun. Cikgu pun tahu siapa anak-anak yg perlukan bantuan dan yg mempunyai masalah keluarga. Yet, di tadika Jepun masih belum belajar ABC 123

 

 

Seisa School ialah sekolah antara yang terbaik dalam pendidikan khas. Itupun konsep pembelajarannya bukanlah untuk meletakkan anak-anak istimewa ini di tempat yg melangkaui kemampuan mereka.

 

Mudahnya tujuan pendidikan khas ini untuk asas survival anak-anak ini supaya nanti apabila ibu bapa mereka tiada sekurang-kurangnya mereka mampu hidup berdikari. Jika lihat apa yang sensei tulis untuk pelajar berumur 13 tahun pun seperti matematik darjah 2 kita.

 

Dan ia perlu diulang-ulang dan tidak pula budak terbeban dengan homework bersepah-sepah sampai budak takut nak ke sekolah kalau tak siap homework. Memadai meletakkan sesuatu pada tempatnya

 

 

 

Saya suka sekolah ini menggunakan bola tenis sebagai penyenyap kepada kerusi dan meja sambil menjaga keutuhan lantai kelas. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan earthquake kit sebab itu kita nampak topi keselamatan di bawah kerusi tu. Mereka sangat bersedia dengan sebarang gempa bumi. Jepun ialah negara paling bersedia dengan bencana. Sedasyat Tsunami yg berlaku sebelum ini tetapi kadar kematian yg sangat rendah dan recovery rate yang sangat pantas

 

Ini bilik paling berkuasa dalam sekolah Jepun. Bilik PTA ataupun Parents Teacher Association (PIBG). Keselamatan, pendidikan dan banyak perkara dibincangkan oleh PTA. PIBG mereka sangat aktif dan terlibat secara langsung dgn persekolahan anak mereka

 

 

Lihat itu seorang anak istimewa yang mengalami sindrom Down si tadika Waseda di Shinjuku Japan. Yang menarik ialah seorang anak istimewa akan mendapat seorang guru khas yg mendidik secara 1 to 1. Lihat cikgu di belakang anak ini, itu ialah cikgu khas yang didatangkan terus dari kementerian pelajaran mereka sendiri dan bukan di bawah tadbiran sekolah. Menarik tak?

 

 

Pernah tengok lori simen di Jepun? Saya jumpa lori simen ini tidak jauh dari station Wakamatsu Kawada. Terpana sedikit lihat lori simen berkilat meghelit macam ni sekali. Construction di Jepun juga agak senyap dan tidak berapa mengganggu kejiranan. Pekerja construction agak bergaji tinggi tau kerana mereka termasuk dalam golongan pekerja 3D (bukan 3d animasi) tetapi Dirty, Dangerous dan difficult.

Jangan ingat pencacai tua pengangkut najis boleh ada income lebih mahal dari tuan doktor atau tuan majistret. Inilah Jepun

 

Ada tempat untuk mereka yang autism. Autism ini bukan satu jenayah tetapi satu kepintaran yang terfokus namun di luar kebiasaan orang. Mereka unik dan sebab itu saya berhenti untuk makan di restoran yg dikendalikan sepenuhnya oleh autistik. Restoran yg sedap dengan staff peramah ini terletak di Yokohama. Orang yg berkunjungpun tidak ada pandangan sinis kepada anak-anak istimewa ini. Lebih-lebih masakan mereka ada rasa yg istimewa juga

 

 

Ini pandangan dari luar untuk restoran yang dikendali sepenuhnya oleh anak-anak autism di Yokohama.

Ada tempat untuk mereka yang autism. Autism ini bukan satu jenayah tetapi satu kepintaran yang terfokus namun di luar kebiasaan orang. Mereka unik dan sebab itu saya berhenti untuk makan di restoran yg dikendalikan sepenuhnya oleh autistik. Restoran yg sedap dengan staff peramah ini terletak di Yokohama. Orang yg berkunjungpun tidak ada pandangan sinis kepada anak-anak istimewa ini. Lebih-lebih masakan mereka ada rasa yg istimewa juga 

 

Ini bukan hospital atau wad kanak-kanak tetapi ini ialah bilik sakit untuk anak-anak yang kurang sihat semasa berada di sekolah. Ini ialah Waseda Elementary School di Shinjuku. Ada nurse yang bertugas juga visiting doctor juga. Kalau bilik sakit macam ni punya best, saya mesti pergi sekolah walaupun sakit atau saya mesti sakit walaupun sihat. 

 

Teksi di Jepun memang akan sentiasa shining dan berkilat kerana itu ialah ketetapan dari kerajaan Jepun. Pemandu pula berpakaian kemas seperti seorang juruterbang dan siap dengan sarung tangan putih. Teksi mestilah bersih di luar dan di dalam setiap masa dan ada lace diletakkan sebagai cover tempat duduk. Ada special button yang boleh buka pintu belakang untuk penumpang. Kereta teksi ni kereta model lama tapi mereka maintain dengan baik. Kalau tengok kereta dia macam tengok kereta dalam cerita Ultraman zaman kanak-kanak dulu. Sport rim pun tak ada. Di taxi stand mereka akan beratur tunggu giliran ambil teksi dan bukan menahan teksi di tempat lebih hadapan berbanding orang lain yang dah lama tunggu

 

Ini daycare di Jepun. Daycare Jepun mesti akan bawa budak-budak jagaan ke taman dan bermain-main.

Mereka tidak sekat kreativiti kanak-kanak. Hanya mereka perlu pastikan tiada yg berbahaya kanak-kanak ini lakukan.

 

Comel juga bila ada daycare yang guna macam gerabak keretapi yang ditarik dengan basikal cikgunya. Ada pula yang begini berjalan dan gunakan tali untuk kanak-kanak pegang. Kata mereka, kanak-kanak dalam daycare jangan banyak sangat tidur mereka perlu banyak bermain baru badan mereka sihat dan otak mereka cerdas. Pengasuh-pengasuh di Malaysia boleh ambil contoh begini. Mereka juga ada jadual untuk tidur tapi tidak terlampau lama semata-mata nak mudah jaga

 

Saja nak tunjuk jambatan ni cantik walaupun dah beratus tahun. Atas saya ada keretapi lalu berhampiran dengan Yoyogi Park. Saya kelihatan gemuk dengan jaket itu. Orang masih fikir "ohhh itu jaket dia besar". Tapi jika tiada jaket itu, saya langsung dah tak boleh cover dah. Ok itu sahaja, so apa pelajarannya dalam post ini? Takde sangat...banyakkan bersenam dan pemakanan yang sihat. Kbai 

 

Di Jepun lagi apabila semua orang saling jaga menjaga dan ambil tahu antara satu sama lain, tiadalah kes orang sebelah rumah pun kita tak kenal nama. Apa kena mengena dengan gambar?

kerana sikap busy body makcik-makcik di Jepun budak-budak selamat naik tren dan bas ke sekolah setiap hari. Kanak-kanak Pra-sekolah akan dihantar oleh ibu bapa atau penjaga mereka namun untuk sekolah rendah mereka digalakkan untuk ke sekolah sendiri tanpa diiringi orang dewasa.

 

Comel jer tengok anak-anak Jepun yang naik tren sorang-sorang pergi dan balik sekolah. Sepanjang di Jepun saya pun kurang nampak kelibat bas sekolah. Rasanya memang public transport mereka pun sangat efisyen dah. Sisi baiknya ialah anak akan berdikari dan lebih berkeyakinan. Ada juga sisi buruknya walaupun budak Jepun tidak dicolek. Gila apa nak colek kalau setiap celah ada CCTV dengan face detection lagi kan? Nak tahu lagi? 

 

Sisi gelap anak Jepun yang bebas keluar sendirian bersekolah ialah aktiviti negatif selepas sekolah.

 

Terutama semasa di sekolah menengah mereka akan mula menjadi liar akhlak. Saya tunjuk gambar budak lelaki sahaja dan mereka nampak baik. Sebenarnya nak tunjuk gambar yg perempuan tapi macam tak "suci" pulak IG saya nanti. Dasyat juga mereka jangan tk tahu. Seingat saya dalam undang-undang Jepun budak-budak Jepun akan meraikan hari kebebasan mereka pada umur 17 tahun rasanya. 


Selepas umur itu budak Jepun dah berhak keluar dan nak balik atau tidak dan mak ayah tiada hak nak bertanya. Yang perempuan pula nak main dengan siapapun mak bapak tak boleh larang dah. Kalau jalan di Akihabara banyak budak-budak ni siap pakai seksi kostum Sailormoon dan lain-lain karakter komik dan Hentai. So far belum nampak kostum raksasa atau ultraman yg budak perempuan pakai. 


Ia bermula dari kebebasan dan berkeliaran balik dari sekolah semasa sekolah rendah di bawa ke sekolah menengah. Memang tidak bahaya orang tak colek tapi bahayanya datang dari sikap anak-anak sendiri yang mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang negatif.

 

Sebab itu di Jepun, mak bapak jaga betul dengan siapa anak dia nak berkawan

 

 

Tadikan...tadilah punya cerita. Lepas saya share travelog Jepun saya ramai yang suka tapi ada juga yang sinis. Tapi saya nak titik yang satu ni supaya yang lain pun kena titik sekali. Dia kata "baru sekali dua pergi Jepun dah sembang macam-macam orang lain dah 20 tahun dok Jepun pun tak cakap apa-apa". Saya jawab

"cukuplah jadi Orang Melayu yang hebat dulu kala tapi travelog kehebatan Melayu hanya sekerat dua yang merawi...selebihnya penjajah yang tulis sampai kita percaya kita bangsa lemah".

Kalau ko dah 20 tahun kenapa tidak engkau sahaja yang share? Kenapa dihalang orang yang pergi sekali dua konon tu yang cerita? 


Hari ni kita percaya Neil Armstrong jejak bulan kerana ada orang yang ceritakannya. Bangkitlah loser kerana kamu ada banyak tenaga yang tidak digunakan kepada yang baik. Lagi best ada orang kata pergi tempat orang cerita yang baik-baik. Di tempat sendiri cerita yang buruk. Cuba buka minda sikit. Kita nak ambil contoh mesti nak yang baik-baik.

 

Kalau ambil yang buruk-buruk nanti kita rasa selesa konon kita dah bagus. Yang baik tentang kita biar orang lain yang cakap baru betul. Lagi kita bercakap yang buruk tentang diri kita supaya kita belajar, jika tidak nanti malu kita bila orang lain pula yang cakap keburukan kita.

Apapun saya tak expect iq kita semua sama untuk faham perkara ini. Ilmu dan pengalaman yang kita ada wajib dialirkan kepada yang lain walaupun dilabel orang yang kita "Lu kecoh jer mamat, gua 20 tahun hidup di Tokyo relaks jer". Patutlah Ultraman tak boleh pencen kerana ada orang macam ni di Tokyo

 

 

Jepun membina manusia dahulu sebelum membina negara.

 

Shinto bukan agama tetapi kepercayaan nenek moyang yang sentiasa mengalami evolusi sosiologi yang menarik. Ia satu set disiplin yang dianuti secara religious oleh rakyat Jepun. Apabila insan telah terbina disiplinnya, perlaksanaan undang-undang menjadi mudah. Antara yang menarik di Jepun, pengurusan sisa. Mereka kitarsemula hampir kesemua yang dibuang. Nak recycle tetrapack pun kena buka penutup dan asingkan dahulu dan basuh kotaknya sebelum dilenyek flat. 


Itu belum lagi, kena tunggu hari apa dalam seminggu yang mereka pungut kotak tetrapack tu. Contohnya jika hari ini hari paper tapi kita buang sampah plastik nanti sampah itu akan kembali ke hadapan rumah kita semula. 
Beginilah tempat pengumpulannya. Sebab itu lori sampah tak berbau kalau sebelum buang pun kena basuh dulu. Sisa makanan akan dibuang ikut hari juga. 


Pekerja lori sampah digelar "Health Engineer" dan mereka termasuk dalam kalangan pekerja 3D (danger, dirty, difficult) yang menerima gaji yang sangat tinggi. Sebab itu Bangla tak lepas nak ke sana kalau buang sampah pun gaji tinggi baik orang Jepun jer yang kerja.

Kepada gadis semua, kalau ada pelancong jepun yang agak kaya sikit mengorat anda, mereka mungkin pemungut sampah di Jepun. Not bad at all kan?

 

Semasa melawat makmal sains mereka di Sekolah Waseda saya seronok kerana ada mirip kepada apa yang dilakukan oleh kami di Akademi Insan Prihatin (sekolah asnaf dan anak yatim) yang lebih menekankan konsep pembelajaran eksplorasi dan bukan terlampau rigid kepada silibus. Guru mereka ada bersama dalam makmal untuk guide mereka. Di Jepun, guru akan ikut seorang pelajar dari darjah satu sampai habis sekolah rendah. Maka seorang guru itu kenal anak muridnya dari mula sehingga kenal masak dengannya. 


Bukan setahun tapi setiap tahun dalam kelas yang sama. Kecuali guru sains akan berpusat di makmal dan pelajar kelas akan ke makmal untuk belajar. Guru kelas akan mengajar dan makan juga bersama muridnya. Cukup masa untuk guru mengenal murid dan murid mengenal guru juga banyak masa untuk guru mengenal keluarga murid selama 6 tahun. 
Perbezaan dengan di Malaysia ialah guru ada opsyen mengajar dan guru bertukar-tukar mengikut subjek dan guru kelas bertukar-tukar setiap tahun

 

Memang susah nak cari tong sampah di Jepun. Lagi susah nak jumpa sampah. Nak buang sampahpun ada undang-undang. Kena fikir sebelum buang bukan main sumbat jer dalam plastik lepas tu buang mana-mana suka. Paper dengan paper, plastik dengan plastik, kaca dengan kaca. Orang Jepun sendiri boleh cakap "hari ini sampah esok boleh masuk kedai semula".

 

Kitarsemula jadi pantas bila tak perlu nak sorting lagi. Boleh terus masuk kilang untuk recycle. Ironinya, di Malaysia ada banyak tong sampah tapi masih banyak sampah. Di Jepun susah nak cari tong sampah dan bila jumpa tong sampah macam nak buat kuiz pulak susahnya nak buang, tapi sampah secebis pun susah nak jumpa

 

Ini gambar semasa saya shoot lintasan pejalan kaki tersibuk di dunia iaitu di Shibuya. Sistem lintasan pejalan kaki dia lebih mudah untuk tempat yang banyak simpang begini. Semua kereta berhenti dan semua orang jalan melintas serentak ke semua arah. Satu yang menarik, ketika di sini saya di bawa melawat oleh pejabat kedutaan Besar Malaysia di Tokyo. Kereta plate merah boleh parking terus tepi jalan kerana ada imuniti sebagai kenderaan kedutaan.

 

Tapi untuk kenderaan mereka sendiri, mereka tidak parking sembarangan. Sebenarnya tidak pelik langsung kalau di Jepun kita lihat saudagar taukey besar-besar berstatus jutawan dengan kakitangan beratus orang mereka pergi dan balik kerja menaiki keretapi. Kalau di UK, Mayor of London juga pergi kerja naik tren. Prime Minister dia pun ada gambar tengah naik tren (tapi yg PM tu nampak mcm wayang sikitlah). Malam-malam tempat ni meriah boleh tahan. Nak tengok anak gadis Jepun yang dah mula menghenyam boleh nampak di sini juga.

 

Di Jepun jangan terkejut kalau isteri packing beg kerja suaminya dengan sediakan sekali kondom dalam saku baju kot suaminya. Dah sampai begitu isteri orang Jepun telan keburukan yang terbudaya sampai isteri kena pack kan condom untuk suaminya berselingkuh selepas pejabat di mana-mana. Yang pasangan berselingkuh tu pula standard-standard bini orang juga. Tak mustahil isteri yang pack kan kondom untuk suaminya juga berselingkuh dengan suami orang lain yang isterinya pack kondom untuk pasangan gelapnya. Hancur!

Dalam pandai ada juga rosaknya.

 

So apa kena mengena cerita di atas dengan gambar ini? Tak ada kena mengena

 

Ini namanya Environmental Engineer. Semasa di Nikko dia siap brief lagi tentang keselamatan tapak Unesco yang dia jaga. Musuh utama benda berasas kayu ini ialah kebakaran. Sejauh mana mereka menjaga sebatang pokok buat saya terkasima sampai begitu sekali usahanya. CCTV dengan termal view semua terpasang dan dikawal 100% dan setiap beberapa puluh meter akan terpasang water cannon yang boleh menembak air setinggi menara shrine mereka yang saya anggarkan setinggi dalam 50 meter.

 

Kenapa tak pakai water sprinkler kan? Konsep dia tak mahu ada pencemaran apa-apa kemodenan dalam bangunan lama. Sampaikan nak pasang piping water sprinkler pun dia tak mahu. Mereka guna watercannon dari luar bangunan. 


Yang sedang mendengar tu semua sensei-sensei level professor di university Utsunomiya Japan

 

 

- Catitan ini di ambil dari Instagram Saiful Nang dan telah di sunting oleh pihak Rarecation

 

 

 

MENGEMBARA MERENTAS JEPUN YANG TIDAK DI BUAT ORANG


Bermula Hokkaido - Aomori - Toyomo - Tokyo - Kawaguchiko - Toyomo - Hiroshima

Saksikan keindahan budaya dan landskap jepun pada musim luruh. 1 TAHUN 1 KALI SAHAJA

 

 

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf