4 APPLIKASI WAJIB TRAVELER

February 16, 2017

 

1. HERE

Aplikasi HERE merupakan aplikasi navigasi seperti google map dan waze yang boleh digunakan secara "OFFLINE". Wajib ada terutama apabila kita mula tiba di sesuatu negara. Tiada hubungan internet, aplikasi ini akan menyelamat kita untuk bergerak dengan lebih mudah.

 

Pastikan anda "download" dahulu peta bandar yang ingin di tujui. Tidak perlu download peta untuk 1 negara kerana ianya akan mengambil ruang yang terlalu besar di dalam smartphone anda. Cukup untuk anda download peta bandar sahaja

 

Apabila anda sudah mendapat hubungan internet semula, sebaiknya gunakan Google Map atau Waze sebagai aplikasi navigasi anda. Kerana Here tidak mempunyai update terkini untuk maklumat trafik

 

 

2. Google Maps

Antara Google Map dan Waze, kami memilih google map berbanding Waze. Kedua- dua aplikasi ini memberikan laporan trafik semasa untuk memudahkan kita mendapat laluan terbaik dan terpantas.

 

Antara kelebihan google map, ianya tidak terhad untuk pemanduan sahaja, google map juga memberikan informasi untuk perjalanan melalui kereta api.

 

 

Google maps juga mempunyai informasi lokasi yang lebih tepat dan banyak berbanding Waze.

 

 

 

 

3. Google Translate

Travel ke negara yang kurang penggunaan Bahasa Inggeris kini lebih mudah dengan aplikasi Google Translate. Download terlebih dahulu bahasa yang ingin anda gunakan ketika anda mengembara nanti ( cth : bahasa perancis/itali/german)

 

 

Lebih menarik, buka aplikasi google translate & fungsi kamera di dalam aplikasi tersebut, anda boleh terus "translate" sebarang signboard / tulisan tanpa perlu menulis semula di dalam aplikasi

 

 

 

 

4. Muslim Pro

Aplikasi terbaik bagi setiap pengembara muslim. Interface yang "friendly" mempunyai waktu solat dan juga kiblat. Apabila anda tiba di sesuatu destinasi, cuma perlu locate lokasi anda dan kita sudah beroleh waktu solat dan kiblat anda.

 

Tips, pastikan anda membuka aplikasi ini sekitar 2-3 minit dahulu bagi smartphone anda mendapat lokasi anda yang tepat. Jika tidak anda mungkin mendapat arah kiblat yang salah

 

 

 

 

 

Apabila kita mengembara ke luar negara,terutamanya di negara bukan majoriti muslim, antara cabaran terbesar pastinya adalah makanan Halal. Aplikasi Muslim Pro juga boleh gunakan untuk mencari restoran halal / masjid / kedai menjual barangan halal.

 

Namun tidak semua lokasi dan kedai boleh dijumpai. Kami juga ada berjumpa juga restoran halal yang tidak terdapat di dalam aplikasi ini. Tetapi aplikasi ini boleh membantu anda untuk memulakan pencarian makanan halal dengan lebih mudah

 

Tips lain, paling mudah mencari kedai halal adalah dengan mencari masjid. Jika di kawasan tersebut ada masjid, maka kebiasaannya di sekitar kawasan tersebut pastinya mempunyai kedai halal

 

 

Ini 4 aplikasi wajib team Rarecation apabila mengembara, bagaimana dengan anda ?

Kongsikan bersama kami di bahagian komen


INGIN TRAVEL BERSAMA RARECATION

MAKLUMAT LANJUT DI SINI 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf