5 FAKTA MENARIK BUNGA SAKURA

February 15, 2017

 

 Coca-cola berperisa Sakura

 

1. BOLEH DI MAKAN

Jangan terkejut, masyakarat jepun sangat meminati pohon sakura sehingga mereka juga makan bunga sakura dan pucuk daun pohon sakura. Namun hati -hati, jika anda di Jepun, jangan pula petik daun dan bunga sakura buat jadi macam ulam, hormati budaya di sana.  Kebiasaannya bunga dan daun dari pohon sakura ini di prosess terlebih dahulu. Mereka jadikan sakura sebagai teh, kek, macaroon dan juga Coca Cola berperisa sakura. Ada yang dah pernah rasa ? sedap tak ?

 

Pohon sakura di laluan kereta api Gyeonghwa

 

2. BUNGA SAKURA JUGA TERDAPAT DI NEGARA LAIN

Selain dari Jepun, pohon sakura juga terdapat di negara lain seperti Korea, China, Perancis, istanbul dan negara negara yang mempunyai cuaca yang sama seperti Jepun. Tetapi tiada negara yang menghargai dan menyambut kedatangan bunga sakura sehebat Jepun.

 

 

3. SAKURA BUKAN SEKADAR BUNGA

Ini kerana bagi masyarakat jepun, waktu sakura berkembang merupakan permulaan tahun baru. Bunga sakura juga memberi peringatan bahawa kehidupan itu indah dan juga bersifat sementara, berkait dengan sifat bunga sakura itu sendiri, berkembang dengan sangat cantik tetapi hanya kembang dalam masa yang singkat. Universiti di Jepun juga mempunyai cuti musim bunga sekitar mac - april untuk mereka meraikan kedatangan bunga sakura

 

 

4. HANAMI

Kerana masa berkembang yang sangat singkat, menjadi budaya masyarakat jepun untuk berpiknik di bawah pohon sakura apabila bunga sakura sudah berkembang. Pada waktu ini, taman awam akan menjadi penuh dan sesak dengan masyarakat jepun menghabiskan masa di bawah pohon sakura. Apabila kita di Jepun ketika musim sakura april ini, "Hanami" adalah salah satu aktiviti wajib Rarecation. Waktu ini nak merasa kopi 434 di bawa dari Malaysia bersama Sandwich Salmon bersama masyarakat Jepun di sana.

 

 

5. MULA BERKEMBANG DARI SELATAN KE UTARA JEPUN

Pohon sakura ini tidak berkembang serentak, ianya bermula dari Selatan jepun. Bermula dari Kumamoto - Osaka - tokyo dan berakhir di Sapporo. Anda boleh lihat jangkaan pohon sakura berkembang di foto di atas. Perlu di ingat, Ini semua jangkaan, waktu sebenar bunga sakura berkembang, bergantung juga kepada cuaca sebenar. 

 

 

RARECATION MENGEJAR SAKURAN DI JEPUN APRIL INI !!!!

 

Pakej biasa cuma bawa anda ke Tokyo, untuk edisi kali ini, kita akan mengembara sehingga ke Sapporo ,Hokkaido. Perjalanan sejauh 1100 km menaiki Shinkansen

 

Lihat poster di bawah ni, mesti dah terbayang untuk menikmati pengalaman memakan sushi bersama kopi 434 di bawah Pohon Sakura

 

MAKLUMAT LANJUT WHATSAPP SEGERA 013 3060 320 / 013 249 5462

TERHAD 20 ORANG SAHAJA !!!

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf