5 FAKTA TENTANG PASSPORT MALAYSIA ANDA PATUT TAHU

February 7, 2017

 

1.Pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku lebih dari 6 bulan dari tarikh akhir anda balik dari mengembara.

 

Contoh

Tarikh tamat passport : 30 Jun 2017

Tarikh kembara anda : 26 Jan (pergi) - 7 Feb 2017 (balik)

 

Passport anda perlu di perbaharui kerana pada tarikh balik anda iaitu 7 Feb, tempoh sah laku anda kurang dari 6 bulan. Berhati hati, jangan sampai tersangkut di lapangan terbang.

 

2. Terdapat 3 jenis passport di Malaysia. 

 

a. "Regular International Passport

Ini passport biasa kebanyakkan rakyat marhaen ada. 

 

b. "Official Passport"

Passport yang diberikan kepada pegawai kerajaan atas urusan rasmi. Passport ini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen melalui kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri

 

c. "Diplomatic Passport"

Passport khas yang dikeluarkan kepada Diplomat

 

 

3. Passport Malaysia sah digunakan di semua negara kecuali Israel. 

Mungkin ramai yang tertanya mengapa Passport Malaysia tidak sah digunakan di Israel. Secara mudahnya Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Jadi bagaimana passport hendak digunakan jika tiada negara ? Jangan terkejut, selain Malaysia terdapat lebih 36 negara lain yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara seperti Korea Utara, Cuba, Brunei, Indonesia, Somalia dan lain lain

 

Namun itu tidak bermaksud, kita tidak boleh ke Israel, dari dahulu lagi setiap tahun ada rakyat Malaysia akan ke Israel secara sah ataupun tidak. 

 

 

 

4. Bermula Jan 2015, tiada lagi pasport dengan tempoh sah laku 2 tahun. 

Sebelum Jan 2015, anda boleh memilih untuk memperbaharui pasport anda untuk 2 tahun atau 5 tahun. Namun bermula Jan 2015, cuma terdapat 1 pilihan sahaja iaitu RM200 untuk 5 tahun. Jadi anda cuma perlu perbaharui pasport setiap 5 tahun sahaja (dengan syarat buku belum penuh). Proses pembahuruan passport pula kebiasaannya tidak lama, 2-3 jam anda sudah boleh mendapat passport baru anda.

 

Mungkin nak mengelakkan kesesakan di pejabat imigresen. Sampai tengah hari sahaja nombor habis. Ada pengalaman ?

 

 

 

5. Pasport Malaysia antara sepuluh pasport paling berkuasa di dunia.

Dengan akses lebih kepada 163 negara tanpa memerlukan visa. Pada tahun 2015/2016 pasport Malaysia antara 10 pasport paling berkuasa di Malaysia dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Harga pasaran bagi "pasport Malaysia palsu" boleh mencecah sehingga RM20,000 dan menjadi passport palsu paling dicari di negara seperti Bangladesh, China dan Thailand (sumber : TheStar)


Kerana itu anda tidak boleh memperbaharui passport baru tanpa membawa passport lama. Jika tiada pasport lama, laporan polis perlu dibuat dan anda tidak boleh mendapatkan passport baru dalam masa 2 jam seperti biasa.

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf