Pengalaman Kapten Pengembaraan Switzerland Alps : Bahagian IV

December 30, 2016

 

Yooshh~~Coretan bahagian ke-4, pagi ini peserta masak ramai-ramai. Sedap betul! Macaroni, Wedges, ini lah antara keunikan Rarecation, makan bersama, sejuk okey! Nasihat saya, kalau tak nak cover lengan, malas nak pakai jaket, make sure cover tengkuk. Masuk hari ke-4 saya dah mula selsema. Tapi, biasalah, badan baru nak adapt cuaca baru. Ada 26 hari lagi di sini.
 

 

Kami terus menuju ke Pekan Lausanne, sebuah pekan yang cantik dan tenang. Wow ada BATA! Pekan di Switzerland amat susah bila kita berkonvoi. Trafic light hijau hanya bertahan 3 saat.nSangat sangat menguji kesabaran-lah! Sini saya sertakan sedikit gambar kenangan kami di sana.
 

 

 

 

Esplanade Lausanne, dekat Malaysia macam Istaba Budaya.

 

 

 

Laluan pekan Lausanne. Banyak juga barang-barang yang menarik
 

 

Kita makan makanan halal di Lausanne, gerai food truck Hummus & Friend, ada Hummus dan Falafel, makanan orang Palestin. Wow lazat.
 

Semua sibuk membeli sim kad untuk kegunaan di Swiss. Saya recommend penggunaan simkad SALT. Harga CHF 10.00 kita dapat kredit CHF20.00, dan setiap hari kredit kita akan ditolak CHF 2.00 selama 10 hari untuk Internet. Tapi ada kedai yang menjual dengan harga CHF 20.00, kedai yang boleh dapat harga CHF 10.00 hanya di pejabat Pos. Perjalanan kami diteruskan ke kota Bern. Kami mengambil kesempatan untuk menaiki trem ke atas bukit untuk menikmati sunset di Bern. Sungguh cantik! Kemudian kami ke Kota Bern menaiki bas elektrik. Pastikan untuk mendapatkan peta Kota Bern untuk kemudahan menaiki bas atau tren.

 

Trem Bukit

 

 

Bas Elektrik ke Bern

Berjalan-jalan di Kota Bern di tengah malam.

Keadaan Kota yang bersih dan cantik

Kebab! Kebab!

Kami berhenti di tengah jalan, pastikan keselamatan kita semua tau.

Abang Zul sangat gembira

Alamak, Alya tengok depan!

Abang Suhaizi

Sebelum balik, sempat Aniq dan Adam main telefon. Alhamdulillah, panjang juga perjalanan kita hari ni. Penginapan kami dome, satu bilik dua orang, dan tandas asing! Satu malam sahaja, don't worry. Merasa-lah juga!

InsyaAllah saya akan sambung bahagian ke-5, perjalanan kami ke Zurich dan Interlaken esok. Semoga blog ini beri sedikit tips dan brief macam mana perjalanan kita ke Switzerland!

 

- Kapten Najmie

_________________________________________________________________________


Kembara Switzerland Alps!
16 Mac - 25 Mac ini

Pengembaraan Rare dan Ibrah

hubungi

013 249 5462 / 013 306 0320
 

 


 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf