Pengalaman Kapten Pengembaraan Switzerland Alps : Bahagian III

December 29, 2016

Hari kedua, seawal jam 4.00 pagi kami bersiap untuk check out dan menuju ke Switzerland! Semua telah siap packing, Kak Farah & the team pula buat bubur untuk santapan kami nanti.

 

 


Kami selesaikan solat Subuh dahulu dan meneruskan perjalanan. Kami singgah sebentar bersebelahan di Lake de Maggiore untuk sarapan pagi.

 

Lake de Maggiore merupakan tasik ke dua terbesar di Itali, tapi kalau nak ikutkan lebih besar daripada Lake Garda, cuma Lake de Maggiore ini separuh di Itali, separuh lagi di Switzerland. Kami melalui jalan-jalan perumahan kecil sampai tersekat di jalan mati.

 

 Tapi nasib baik, dapat melihat kawasan pendalaman yang unik dan matahari terbit yang sangat cantik.

 

Perjalanan kita diteruskan melalui Simplon Pass, antara laluan tercantik di dunia. Oh, Jangan lupa vignet (roadtax) jika nak masuk Swiss! berharga Eur 41.00, untuk setahun. Untung bila kereta yang kita sewa dah ada vignet tersebut. Kalau di Itali ada toll tiada Roadtax, di Swiss pula ada Roadtax tiada toll.

 

 

Itali & Swiss boarder di hadapan.

 

 

Matlamat pertama kita adalah Zermat dan tetapi kita perlu berhenti di Tasch, kerana Tasch merupakan bandar yang paling dekat kenderaan boleh lalui ke Zermatt.

Jadi kita akan menaiki van atau train untuk ke Zermatt, dengan kadar Eur5-10 bergantung kepada service provider.
 

 

Cik Rossa be janam-janam di Zermatt, belakang itu adalah gunung paling terkenal di dunia, Mt. Matterhorn.

 

 

 Haziq bersantai di Zermatt, kalau waktu winter, walk-way ini lah tempat orang main ski.

 

 

 Lokasi yang cantik sangat.

 

 

Kenapa Mt Matterhorn paling terkenal di dunia, sebab dari sini asalnya coklat Toblerone. Jangan lupa untuk bawa coklat sekali!

 

 

 Kak Masreena di hadapan kedai Laderach, merupakan brand coklat homemade paling terkenal di Swiss. OMG, saya dah rasa, memang sedap sangat. Berbaloi untuk beli.

 

 Peserta berlatar belakangkan Matterhorn. Memang cantik, dengan cuaca yang nyaman. SubhanAllah! Pergi jangan tak pergi! Perjalanan kami selesai di Zermatt, dengan makan tengahari pertama di Switzerland. CHF12.00 satu kebab! Mak oiiiii mahalnya. Alhamdulillah, kami meneruskan perjalanan ke Lausanne untuk penginapan kami. Pastikan bila menginap tiba di lokasi sebelum jam 6.00pm. jika tidak... habislah nak... Begini lah rupa mobile home kami di Lausanne, pemandangan yang super duper cantik SubhanAllah. Malam yang sejuk dan cantik.

 

Siap ada komet.

 

 

 

Alhamdulillah, syukur atas kehadirat ilahi, tamat sudah hari saya yang ke tiga, dapat menjelajah ke lokasi-lokasi yang unik, cantik dan RARE.

__________________________________________________________________________

 

 
Jom sertai trip Switzerland Rarecation pada Mac ini 16-25 Mac!


hubungi 013-3060 320 / 013-249 5462

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf