Pengalaman Kapten Pengembaraan Switzerland Alps : Bahagian II

December 28, 2016

 Awal pagi kami bangun untuk menerima kedatangan peserta, kalau di Eropah ni, jam 3 pagi dah segar sebab di Malaysia waktu dah 9 pagi.

Rebus macaroni, saya panaskan susu dan cheese, dapat lah macaroni & cheese untuk sarapan pagi.

Al-maklumlah, bukan mudah nak dapatkan makanan yang halal.

 Ini-lah macaroni & cheese. Kalau dulu dekat UiTM ada perbahasan mana lagi berbahaya, spagetti atau mee segera.

Nampaknya kat sini spagetti (atau sama waktu dengannya) lebih elok. Bahan yang segar dan semulajadi.
 

Kami solat subuh di ruang legar hadapan dengan suhu 0 darjah celcius.

 

Kami bertolak awal ke airport Malpensa.

 

 

Para peserta wanita bersarapan dahulu sambil sebahagian lain mengambil kenderaan

 

Sewaktu di Airport, Abang Ali dapat kereta Alfa Romeo, cik Rossa baru tiba di Madinah, Haziq sedang menelefon orang kampung halaman.

Kami selesaikan perkara di airport kemudiannya ke campsite Smeraldo, konvoi 6 buah kereta.


Tiap-tiap kereta kita beri nama, cuma hari pertama memandu belah kiri, stereng di belah kiri, transmisi manual, di negara orang, pasti merupakan cabaran baru untuk semua peserta.

 

Macam hari pertama kita belajar memandu di sekolah memandu, jarak kiri dan kanan, signal, bukit!
 

 

Semua akhirnya berkumpul di Smeraldo Campsite dengan selamat. Kita adakan short briefing dan ice-breaking sebelum masuk ke mobile home dan bersiap ke Milan.

 

 

Kami semua berjalan ke Stesen Dormeletto dan perjalanan yang sama seperti saya semalam, cuma hari ini seramai 16 orang.

 

 

Cikta dan Kak Siti bergambar di dinding hijau yang menjadi landmark kami nak turun dari Trem (La Ferani via La Ferrari)

 

 

Abang Zul dan jejaka Itali. Paras rupa dan postur badan seakan-akan sama.

 

 

Kak Aiza dan Kak Ayu di atas trem. Begitu lah rupa tiket trem kami, bernilai Eur1.50, untuk 45 minit perjalanan.

 

 

 

Abang Hassan dan Kak Lynn, pasangan sejoli honeymoon bersama Rarecation.
 

 

 

 

Makan di Milan ada dua Restoran halal yang mudah untuk cari, samada McDonald atau pun Prince Kebab, dengan aneka makanan turki yang berbaloi dengan harganya. Nasi Beriyani, Kebab yang harga tak lebih Eur 10.00.

Dah masuk Switzerland, susah sikit nak dapat makanan harga murah. Makan lah puas-puas.

 

Lokasi boleh tekan di SINI (25 Via Torino, Milan, Lombardy)

jarak lebih kurang 100m dari stesen trem Duomo.
 

Kami mengambil trem dan train pulang ke Smeraldo Camping pada jam 7.00 pm, dan tiba kembali di Campsite pada jam 9.00pm.

Keesokkan harinya kami akan masuk ke negara Switzerland pada awal pagi!

Tamat Bahagian 2.

Jom ke Switzerland bersama Rarecation!

 

 


 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf