Pengalaman Kapten Pengembaraan Switzerland Alps : Bahagian I

December 27, 2016

 

 

Dua hari saya bermeditasi untuk persediaan mental dan fizikal.

 

"Betul ke sebulan nak mengembara ni? Tiada kawan, tiada keluarga, tiada teman, hanya peserta yang tukar-tukar, dan saya seorang jurufoto, dilantik menjadi kapten termuda Rarecation, menghadapi, menguruskan peserta-peserta kami selama satu bulan."
 

Penerbangan jam 6 petang, saya ke pejabat Rarecation pada jam 11.00 pagi untuk persiapan saya dan Kapten Harun. Tunang saya bantu membelikan barang-barang keperluan terakhir di IOI City Mall sebelum berlepas.

Jam 3.00 petang, saya telah selesai solat jamak & qasar, dan bertolak ke KLIA, kereta dipandu oleh tunang saya, Harun pula dihantar oleh Ustaz Shauqi, masing-masing dengan Bagasi besar, sebuah Toyogo, dan sebuah Coleman.
 

 

Barang-barang telah kami wrap dan check-in, hand-carry saya hanya laptop, kamera, passport, dan buku di atas sebagai peneman.

 

 Ustaz Shauqi dan Harun sedang makan pulut, mana tahu rindu nanti.

Saya menunggu ibu bapa saya datang dari Johor Bahru. Sempat bersalam dan memohon restu mereka.

 

 Dari atas mereka semua melambai, sebulan lagi baru jumpa.

ALAMAK!

Harun tidak lepas Imigresen!


Maklumlah, kita semua manusia, tidak terlepas dengan hutang pendidikan, kami di beri arahan oleh mission control untuk saya meneruskan perjuangan.
 

 Saya menuju ke tren seorang diri. Seorang diri tanpa rakan, hanya doa sahaja untuk Harun semoga dipermudahkan.

 

 

 

Selepas 10 minit di dalam kapal terbang, nampak juga kelibat Harun. Penerbangan kami Saudi Airline, kami akan transit di Jeddah selama 5 jam. Kapal terbang kami kosong, sebab umrah belum buka lagi waktu ini. Jadi the whole stretch is mine!

 

 Sepanjang perjalanan hanya waktu senja.

 

 5 Jam transit di Jeddah Airport. Aduh, tiada makanan, tiada tempat shopping, tiada tempat duduk, TIADA WIFI! Tempat transit yang kecil. Kami duduk di lantai berhadapan dengan tandas. Tapi, semua orang berebut tempat kami sebab ada plug point.

Penerbangan seterusnya dari Jeddah ke Milan, menaiki pesawat A320, Kapal terbang kali ini agak sempit penuh, mereka yang baru balik Haji, penuh dengan Mat Salleh dan bangsa Eropah Muslim yang baru sahaja menunaikan ibadah Haji.

Sebelum mendarat, turbulence angin sangat kuat.. Kapal terbang bergoyang-goyang sehinggakan semua penumpang tidak putus-putus membasahi mulut dengan selawat.

Yang best-nya, sungguh hebat Pilot kapal terbang kami, mendarat tanpa rasa sedikit getaran pun.

Alhamdulillah, semua penumpang gembira sampai tepuk tangan, berdiri, sambil jerit "good job captain"

 

Alhamdulillah, Selepas 18 jam perjalanan, akhirnya tiba di Milan Malpensa Airport.

 

 

 

 Bila travel, dapatkan peta-peta percuma untuk rujukan. :)

 

 

Imigresen mudah, kalau ada tanya-tanya pun sekadar duduk mana sahaja. Cuma, sewa troli adalah 2 Euro. Kalau fikir exchange rate, memang tak nak ambil troli. Tapi, berat pulak kita ada toyogo dan Coleman.

 

Nasib baik di Malpensa Airport ada Internet. Dapat kami hubungi mission control dan ahli keluarga bahawa kami telah selamat sampai di Milan.

 

 

Kami telah membuat tempahan 6 buah kenderaan bersama Avis, dan kami mengambil satu buah awal Opel Astra untuk menguruskan penginapan, dan paling penting Internet!

Kami mengambil keputusan untuk membeli simkad Vodafone dengan data sebanyak 3Gb + 3Gb, 40 Euro.

 

 Penginapan di Smeraldo Campinggio, Dormeletto di uruskan oleh seorang Singh kami panggil Papi dari Punjabi. Kami menginap di Dormeletto, 25 minit memandu dari Airport.

 

Begini lah rupanya campsite kami, Mobile House yang selesa untuk di diami.

 

 

 Petang itu, saya dan Harun bercadang untuk berjalan dahulu di Kota Milan!
Stesen kereta api Dormeletto yang jaraknya 80 meter sahaja dari campsite.

Kos satu hala adalah Eur 6.10, dan tiket hanya boleh di beli atas tren. Pastikan untuk melambai konduktor tren sebelum menaikinya.

 

1 jam di dalam tren, kita akan tiba di Milano P. Garibaldi. Kalau tak pandai sebut, sebut lah dengan laju, Milan blablabla-baldi.

 

 Terdapat beberapa cara untuk ke Duomo Cathedral dan Vittorio Emanuel, yang paling mudah adalah menaiki train dan trem. Tetapi yang paling mudah adalah menaiki trem.

Trem tiket boleh dibeli dahulu dengan harga Eur 1.50 untuk 45 minit perjalanan, dan Eur 4.50 untuk 3 jam perjalanan, di mana-mana newspaper store, kedai kopi atau stesen kereta api, dan pastikan untuk validate di atas trem!

Jika tidak kita akan di saman Eur 35.00


Stesen trem yang straight sampai Duomo adalah Ferani via Ferrari, landmarknya dekat Harun berdiri sekarang.

 

 

 Merasa lah kami naik trem.

 

 Ini lah dia, dalam Vittorio Emanuel II, tempat yang penuh dengan barang-barang branded Prada, LV, Emporio Armani, wow. Dahsyat betul fesyen kat sini, sampai rasa teringin nak berfesyen.
 

 Inilah landmark Milan, Cathedral Duomo, sebuah bangunan yang tak siap-siap dibina sejak tahun 1300 sehingga tahun 1900-an baru selesai dibina tapi belum siap dibina sepenuhnya. Mana ada orang pun yang tengah buat, memang nak siapkan tahun 3030 kot.

bersambung kita pada bahagian ke-2

 

 

Jom merasai pengalaman di Switzerland bersama Rarecation!

CLICK DI SINI
 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf