ADA APA DI WESTERN AUSTRALIA ?

December 27, 2016

Pertama sekali kami nak beritahu setiap kapten kembara kami adalah jurufoto. Kenapa?

1. Agar semua yang travel bersama kami dapat gambar yang cantik

2. Lokasi yang di pilih semua cantik dengan kos yang rendah (biasa jurufoto jarang ke lokasi berbayar, kita biasa ke lokasi cantik yang percuma)

3. Yang berminat, sepanjang mengembara boleh belajar fotografi bersama kapten kapten kami

  

Apa sebenarnya keunikan rarecation ini,lihat sendiri bagaimana kami mengembara di West Australia, Biasanya pakej pelancongan ke Perth cuma berlegar sekitar perth, tapi kami mengembara sehingga ke penghujung west aussie di Albany, ke katanning (kampung melayu di perth), margaret river dan pelbagai lokasi menarik

 

Lihat sendiri foto-foto kembara kami di sana

 

Naik bas pelancongan, nampak ladang anggur cantik macam ni, cuma dapat tengok jer. Kita naik kereta, selamba sahaja kita berhenti tepi jalan dan redah ladang anggur orang, siap main kejar-kejar kat ladang anggur ni

 

 

 

Ini aktiviti biasa kalau ikut Rarecation, berpiknik, pagi-pagi sebelum memulakan perjalanan kita bungkus siap-siap kambing bakar, nasi goreng ahmad maslan dan pelbagai juadah hasil rewang malam semalam. Pengalaman yang tidak didapati dalam pakej pelancongan biasa.

 

Melihat kawanan rusa liar LIVE di Perth 

 

Dari kawanan rusa kita mengejar kambing pula, buat santapan malam 

 

Bukan sahaja kambing, kangaroo pun kita kejar. Tak mainlah kangaroo dalam zoo, ini live kangaroo liar. 

 

Ini salah satu dari penginapan kita di sana, banglo besar muat 1 keluarga rarecation. Kenapa banglo/homestay tidak hotel ? kerana kita ada "common area" ruang bersama untuk kita bersilaturahim, merewang, masak bersama sama dan di sinilah kekuatan ikatan antara geng-geng rarecation terbentuk. Yang tidak reti masak jangan risau, boleh jadi geng potong bawang, geng angkat barang dan geng tolong bersihkan makanan

 

 

Yang pergi berpasangan, waktu ini lah nak merasa macam pengantin baru, kapten dah jurufoto, jadi konpem dapat foto cantik di lokasi cantik

 

Bukan sahaja berpasangan, berkeluarga pun boleh menikmati kembara bersama kami. Lagi meriah 

 

Beginilah rombongan kami, adalah berderat dalam 5-6 kereta 1 trip. Tak perlu ramai, dan menariknya dengan menaiki kereta, kita boleh berhenti dimana-mana sahaja lokasi cantik tanpa perlu risau menganggu laluan perjalanan.

 

Selain memasak, aktiviti kita "RAMEN CHALLENGE", agak-agak siapa pemenang dalam gambar ini

 

Ini kak Rosnani, peserta tegar Rarecation, West aussie adalah kali ke 4 Kak Rosnani sertai trip kami dan tahun depan InsyaAllah ke jepun lagi. Sampai 4 kali ikut kami, itulah bahayanya trip Rarecation ni, sekali pergi mahu lagi.  

 

Ok gambar piknik lagi, kali ini sambil berbaju kurung melayu dan ayu gitu. Nak beritahu yang bertudung pink di tengah tu pun dah kali ke 3 ni ikut kami. 

 

Ini keluarga besar Trip West Aussie, separuh dari keluarga west aussie merupakan repeater, mengulang travel bersama kami

 

Lagi gambar keluarga West Aussie, memang geng 1 kepala semua ni 

 

 

Si kecil mariam dan ibunya yang sentiasa menghiburkan kami sepanjang trip

 

Rumah klasik di kampung melayu Katanning

 

Ini pengalaman paling Rare, sauk ketam di Perth. Orang tak tahu lokasi ni, kami sahaja yang tahu. Untuk bulan 5 nanti, kita akan memancing Salmon pula

 

Mengambil gambar kenang-kenangan di Blue house Perth sebelum Tanah Air memanggil pulang

 

 

InsyaAllah 29 April - 5 Mei Rarecation akan ke West Aussie sekali lagi. Cuma terhad untuk 20 orang sahaja. Lihat poster kami ini, pakej sudah termasuk tiket penerbangan

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf