7 TEMPAT WAJIB KITA PERGI DI BALKAN

December 20, 2016

 

 

Selepas perang Komunis dan Sosialis, negara Balkan menyimpan pelbagai Khazanah terhebat di Eropah. Negara Balkan ini bermula dari Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Macedonia, Montenegro, Romania, Serbia, Slovenia dan Bahagian Eropah Turki. Walaupun menyimpan Khazanah yang hebat, negara-negara ini sering di pandang sebelah mata.

 

Setiap satu negara ini mempunyai keindahan landskap, senibina dan sejarah yang tersimpan dari penaklukan dan peperangan yang berlaku. Walaupun kita menghabiskan beberapa tahun sekalipun kita tetap tidak dapat melihat kesemua khazanah di balkan ini.

 

Di sini kami kongsikan antara DESTINASI TERBAIK untuk kita lawati pada bahagian Utara Balkan yang boleh kita lawati dalam masa 10 MALAM SAHAJA.

 

TASIK PLITVICE

v

 

Foto dari Lee DuGu

 

Tasik Plitvice merupakan deretan tasik dimana setiap tasik itu bersambung dengan tasik yang lain melalui berpuluh puluh air terjun. Menariknya lagi kita boleh berjalan kaki hingga ke hadapan air terjun. Tak perlu bot, cuma memerlukan kekuatan kaki, stamina dan bekalan makan yang cukup untuk menikmati kawasan ini. Kawasan ini sudah di iktiraf oleh UNESCO WOLRD HERITAGE. Ini adalah DESTINASI WAJIB bila kita ke Croatia.

 

 

Foto dari Andrea Pedretti

Waktu terbaik untuk menikmati keindahan tempat ini, pastinya seawal pagi.

 

 

Foto dari Old Kreynian

 

Antara keunikan air terjun bila kita dapat lalu di sebelah sahaja. Jika datang awal, kita boleh duduk di jambatan ini sambil kaki bermain main di gigi air dengan ikan ikan di sini.

 

DUGI OTOK

 

Foto dari Zoltan Sebestyen

 

Jangan terasa pelik dengan namanya, Dugi Otok, Dugi Otok bermaksud “Long Beach”, ianya  merupakan salah satu dari ribuan pulau yang terletak di Croatia. Menariknya di pulau ini terdapat puluhan pantai yang sangat cantik, jernih setanding Maldives yang masih belum terusik. Kita boleh naik bot, cari pantai yang jernih dan bersnorkeling tanpa halangan, cuma perlu bawa sendiri peralatan snorkeling kerana tidak banyak perkhidmatan snorkeling di sediakan

 

Foto dari Aleksandar Gospic

 

Rajin rajin tanyakan orang tempatan di sana, di Dugi Otok ini banyak lokasi rahsia dan pantai kecil yang tidak terusik lagi dari kedatangan pelancong.

 

MOSTAR

 


Foto dari Alexandre Ehrhard

Di bandar Mostar ini terletaknya salah satu jambatan tercantik di dunia di atas sungai Neretva.  Ramai yang tidak tahu bahawa jambatan ini merupakan hasil dari senibina Islam pada zaman Khalifah Sulaiman The Magnificent ketika Bosnia masih lagi di bawah pengaruh Empayar Turki Uthmaniyah. Jambatan setinggi 66 kaki ini juga sering menjadi pilihan untuk orang terjun, bukan untuk bunuh diri, tetapi untuk pertandingan. Setiap tahun ada pertandingan Terjun Bebas dari jambatan ini. Ada yang berminat ?

 

 

Foto dari Stefan L.Beyer

Siap pada tahun 1618, jangan lupa apabila di sana, kita melawat Masjid tercantik di Bosnia Herzegovina.Ada rezeki, kita alami pengalaman solat berjemaah bersama muslim tempatan di masjid Karagöz Bey ini.

 

VRELO BUNE

 

Foto dari Sennarelax

Tidak jauh dari bandar Mostar terletaknya antara Vrelo Bune, antara mata air tercantik di Eropah. Mata air ini keluar dari gua membekalkan air yang sangat jernih dan sejuk kepada sungai Bune. Wajib untuk kita singgah di sini dan nikmati pemandangan cantik ini dengan secawan kopi panas dan sandwich salmon.

 

 

 

Foto dari Dzenad Dzino

Yang datang agak lewat petang, boleh “dinner” di restoran sebelah mata air ini. Pastinya lokasi romantik untuk yang datang berpasangan.

 

LAKE BLED

 

Foto dari Piroska Padar

Istana di tengah tasik berlatarbelakangkan gunung dan kabus yang misteri. Tak ubah seperti di dalam cerita dongeng rakyat Snow white dan Cinderella.  Inilah keindahan Tasik Bled yang terletak di Slovenia membawa kita ke dalam alam fantasi dengan kindahan landskap di sini. Oh ya gereja di istana ini masih berfungsi bagi majlis perkahwinan mereka yang beragama kristian.Menjadi tradisi jika nak kahwin di sini, pengantin lelaki perlu mendokong pengantin perempuan menaiki 99 anak tangga agar perkahwinan mereka bahagia, katanya. Yang muslim jangan terpengaruh pula ya

 

Pemandangan di Lake Bled pada musim sejuk, sangat mistikal seperti di alam fantasi

 

 

 

Foto dari Phil Buckle

LJUBLJANA

 


Foto dari Gilad ROM

 

Bandar Ljubljana (cuba sebut), adalah ibu kota Slovenia dengan jumlah penduduk cuma 2 juta orang. Kos public transport di sini untuk seminggu tidak sampai RM5. Betul tak sampai RM5 sebab pengangkutan utama di sini adalah basikal. Kos sewaan basikal pula cuma RM5 untuk seminggu. Bandar ini pula sangat basikal friendly, laluan lapang dan tenang kita nak berbasikal tak macam di Kuala lumpur kan

 

 

Foto dari Jacob Noc

 

BUDAPEST

 

 

 

 

Budapest bukan lah sebahagian dari negara Balkan, tetapi Budapest adalah destinasi yang baik untuk memulakan pengembaraan di bahagian utara Balkan. Di Bandar ini terletaknya bangunan parlimen ketiga terbesar di dunia dan rangkaian keretaapi bawah tanah tertua di dunia. Dengan pelbagai pilihan penerbangan dan kos penerbangan kurang dari RM3000-3500 sahaja dari Kuala Lumpur ke Budapest, Budapest memberikan akses terdekat ke lokasi lokasi menarik di Balkan

 

Kalau anda pencinta alam,  bukan kaki shopping, suka travel , nak rasa pengalaman berenang di Croatia, suka seni bina lama dan sejarah islam di Bosnia & Budapest, rasa nak balik ke alam fantasi di Istana di Slovenia, menikmati keindahan air terjun di Croatia

 

ANDA WAJIB IKUT TRIP RARECATION KE TEMPAT-TEMPAT INI

KEMBARA BALKAN MAC 2017

 

 

Budget untuk trip selama 13 HARI 11 MALAM ini cuma antara RM8k SAHAJA ALL IN TERMASUK FLIGHT. Kecuali makan yang biasa nya kita akan memasak dan kongsi duit makan bersama sama, budget makan kita tak lebih pun dari RM350  untuk 11 malam. Makan pulak memang kenyang tak hingat, dari Sambal Tumis Udang sampai ke Kari Kepala ikan Salmon, semua boleh merasa.

 

DAN KAMI HANYA MENCARI 20  TINGGAL 4 SAHAJA LAGI PENGEMBARA YANG SEMPOI / HAPPY GO LUCKY / FUN UNTUK TRIP KALI INI ( 13 hari 11 malam cuma)

 

KITA AKAN LALU SEMUA LOKASI YANG DI SEBUTKAN DI ATAS TADI

INGAT CUMA 20 ORANG SAHAJA, JADI KALAU NAK MENJADI ANTARA 20 ORANG INI

 

TEKAN PADA POSTER INI

 

 

WHATSAP SEKARANG 013 3060 320 / 013 249 5462
WHATSAP SEKARANG 013 3060 320 / 013 249 5462
WHATSAP SEKARANG 013 3060 320 / 013 249 5462

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf