22 Gambar Iceland yang Buat Orang percaya Syurga itu ada tempiasnya di dunia

December 20, 2016

 

Permukaan muka bumi dengan lumut hijau macam karpet ni masa summer rasa lagi lembut dari comforter Toto ke Narita ke. Bawak jer sleeping bag dah boleh golek-golek atas ni. Perghh memang heaven dan bukan sikit, ada banyak pulak tu tempat macam ni. Jalan-jalan kat Iceland, nampak benda ni jer rasa mengantuk dan nak nap kejap macam ni hahhh

(photo from Guide to Iceland)

 

 

Ini sungai biasa jer ni. Jalan-jalan kat jalanraya Iceland ni biasa nampak sungai-sungai macam ni. Kalau pergi dengan tour biasa memang takkan berhentilah kawasan ni, sebab tu Rarecation buat trip drive sendiri. Kita syok jer tempat tu…lawa ke apa ke kita roger walkie talkie kapten jer nanti konvoi berhenti. Hahhh..best kan? Tapi…jiwa kental jer berani nak terjun mandi. Sejuk dia dah macam teh ais (photo dari get-free-wallpapers.com) 

 

 

Dari Reykjavic (ibu negara Iceland) drive 120km boleh sampai ke waterfall paling famous ni di Seljalandfoss. Jangan tanya aku sangat macammana nak menyebut nama-nama Icelandic ni memang terbelit-belit lidah sampai tertelan gigi pun sebutannya dan masih aku tak pasti betul ke tidak. Air terjun ni juga pernah jadi lokasi Sharukh Khan berlakon dengan Kajol dalam filem Dilwale. Pecikan airterjun di kalau masa matahari tegak…memang nampak pelangi. Menarik kan? Geram rasa macam nak terjun tetapi tengok sahajalah kerana negara macam ni air terjun dia cantik tapi sejuk mak datuk (foto oleh itimes.com)

 

 

Pemandangan macam ini pun sangat tipikal sebenarnya. Kita memang akan terjah dan lalu kawasan-kawasan begini. Iceland ni bukan besar sangatpun. Sama populasi dengan Brunei atau populasi di USJ Subang. Selebihnya ialah tourist. GDP negara ni pula untuk setahun sekitar pelaburan 1MDB yang hilang di Caymen Island. Tapi menarik sangat-sangat negara ni  (Photo oleh Iurie Belegurshi)

 

Di Iceland biasa orang suka nak camping jer kat luar. Tapi hut macam ni ada banyak juga. Ada yang rumah orang, ada yang hut dia sewakan macam homestay. Kalau standard di Malaysia, rumah ni tak siap lagi ni…baru bumbung jer (photo oleh 1zoom.net)

 

 

Tak menyesal kalau pergi Iceland. Semasa summer siang dia sangat panjang sampai nak tengok sunset pun kena tunggu lama. Cuma masa winter pula, malam dia pulak macam tak mahu nak siang-siang. Tapi kedua-duanya cantik gila. Setakat nak tengok Aurora? dalam seminggu dapatlah 4-5 hari keluar aurora (Photo oleh Iceland Guide)

 

 

Seljalandfoss kalau tengok dari luar begini lah rupanya. Cantik kan? Kalau pergi semasa spring pun cantik…ada banyak lagi ais-ais masa tu. Sejuk Iceland ni, masa summer pun sejuk lagi. Tapi balik Malaysia, kita akan rindu yang sejuk-sejuk tu (Photo oleh Guidetoiceland.com)

 

 

Kuda ni haiwan yang banyak juga kita jumpa di sana. Kuda liar pun banyak cantik-cantik pulak tu. Tapi sila jangan tegur kuda dari belakangnya. Kita tidak mahu membawa pulang jenazah kerana kena back kick kuda  (photo oleh guidetoiceland.com)

 

 

Kuda-kuda liar di Iceland – photo oleh hurtigruten.com

 

 

Semasa winter atau selepasnya, kita boleh nampak pemandangan macam ini banyak juga di Iceland. Aliran sungai mula nak mencair masa tu pemandangan sangat cantik (Photo oleh Iurie Belegurschi)

 

 

 

Paling tak boleh nak lawan, masa spring kita boleh tengok lavender field yang banyak. Bayangkan makcik Bedah manalah yang duduk kat rumah ni tanam Lavender banyak-banyak macam ni. Tak jadi sabun pencuci pewangi lavendar pun dah wangi…kalau makcik tu tak marah, kita golek-golek jer kat ladang lavender ni…confirm wangi. 

 

 

Dah kalau tempatnya cantik, ambik gambar rumah buruk nak roboh pun jadi cantik sangat. Langit macam ni punya cantik, hampir tiap-tiap hari ada di sana pun. Kita jalan-jalan jumpa benda cantik kita stop dan ambil gambar dan selfie puas-puas then jalan balik. Trip kita, sukahati kita lah kan? hehehhe…barulah Rarecation (photo oleh mihangallery)

 

 

Long exposure photo malam-malam memang cantik. Clear sky sampai boleh nampak bintang dengan sangat clear. Tiada pencemaran cahaya. Hebat gila…Allahuakhbar 

 

Dari air terjun Seljalandfoss lagi. Kita boleh masuk dalam gua bawah waterfall ni tau. Memang ada jalan untuk masuk gua ni. Besar dan cantik (photo oleh hqwalls.com)

 

 

 

Dah tak tahu nak tulis apa lagi caption. Dah cantik sangat-sangat dah. 

 

 

Lepas winter lagi cantik (foto by Moyan Brenn)

 

 

Yang saya kata jalan dia cantik-cantik hatta semasa driving pun kita dah rasa teruja sangat-sangat dan banyak kena berhenti kerana kanan cantik, kiri cantik, depan cantik dan belakang pun cantik. Ralit jadinya mata ni ha

 

Waterfall memang banyak di Iceland. Boleh redah satu persatu. (photo oleh streaknik.com)

 

 

Kuda lagi 

 

 

Pemandangan di jalan menuju ke sebuah gereja di atas bukit (photo oleh Guide to Iceland)

 

Tak ramai orang atas jalanraya tau. Sayup jer jauhnya kalau driving boleh nampak clear sampai hujung. 

 

 

LAST SEKALI…SEMUA NAK TENGOK AURORA sebab tu ramai yang minat nak pergi ke Iceland. Aurora ni ialah reaksi bumi kepada solar storm yang kemudian ditampan oleh daya geomagnetism bumi supaya kesan radiasi solar itu tidak terkena manusia. Sebab itu dia keluar plasma-plasma berwarna hijau menari-nari di atas langit kita. Kalau datang masa summer, ada nasib kita jumpa…tapi kita nak pergi masa spring ni. InsyaAllah ada rezeki hari-hari boleh nampak aurora ni. 

 

Macammana? BErani tak?

 

MESTI MAHAL KAN KALAU NAK KE ICELAND?? Kenapa semua pakej mahal-mahal jer kalau nak ke Iceland? Biasa punya pakej pun dah RM12-15 ribu seorang kerana banyak sebab. Tiada direct flight nak sampai Iceland. Kena at least 3x tukar flight. Tak ramai orang boleh rasa kalau harga banyak tu.

 

Sebab tulah, Rarecation ni dia buat style traveler. Macam tour professional pun cuma kita eliminate perkara kurang perlu dan tambah kepada perkara perlu.

 

Jauh-jauh pergi Iceland takkanlah nak pergi shopping sana kan. Lagipun, apa sangatlah produk Iceland yang nak kita shopping kan. Eliminate jalan-jalan dan 5 stars kat bandar…kita pergi tempat cantik-cantik dan check in di tempat-tempat cantik tu juga. Dah lah dapat stay tempat cantik…siap  masak sendiri lagi. Bayangkan dalam kesejukan tu kita boleh layan masak ikan salmon atlantik masak tempoyak atau masak 3 rasa? Itu baru rare.

 

 

TENGOK POSTER NI…MESTI MENGIGAL KALAU TENGOK FULL PACKAGE MACAM NI HARGA TAK SAMPAI 10k BEB!! INI BUKAN BACKPACKING…INI TRAVEL GAYA RARECATION. SIAP TRANSIT DI LONDON LONDON LONDON LONDON (dibaca bergema)

 

 

Ada 3 hari 2 malam tu kat London. Bolehlah jalan-jalan pusing-pusing London secara bebas ok. Nak taknak kita memang kena transit pun. Alang-alang transit, biarlah tempat yang best dan menarik. Jangan risau…transit korang nak pergi suka hati ke manapun dalam London tu. Tiket underground kita belanja sekali dah hahahha.

 

TAPI INGAT!!

SIAPA LAMBAT DIA MELEPAS!!

 

WHATSAP CEPAT 013 249 5462 / 013 3060 320 SEKARANG!

WHATSAP CEPAT 013 249 5462 / 013 3060 320 SEKARANG!

WHATSAP CEPAT 013 249 5462 / 013 3060 320 SEKARANG!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf