23 gambar yang buat kita nak pindah New Zealand

December 19, 2016

 

 

 

Bayangkan kita tengah pekena kopi panas 434 bukan di dalam hotel 5 bintang tapi di bawah ribuan bintang langit New Zealand. Di New Zealand, jangan jadi budak baik sangat, sila keluar malam sebab sangat rugi tak menikmati gugusan bintang kat sini. Siapa cakap ini gambar photoshop dia jadi monyet. South Island memang kawasan less populated yang tak ramai orang duduk. Banyak kambing dan lembu sahaja dalam South Island. Maka, kurang sangat pencemaran cahaya sehingga kita boleh tengok pakai mata kasar jer gugusan bintang bima sakti.

 

 

Bila dah clear sangat langit, mendung pun tak ada maka bersedialah kita boleh selalu nampak taik bintang jatuh. Sebut betul-betul bukan taik binatang tapi taik bintang. Tapi gambar ni bukan gambar shooting star tapi gambar long exposure. SERIOUS…DI SOUTH ISLAND KALAU ADA NASIB, KITA JUGA BOLEH NAMPAK AURORA. Siapa tak kenal Aurora tu apa angkat tangan?

 

 

 

 

 

 

Aurora tu cahaya hijau yang menari-nari di atas langit malam disebabkan kesan hentaman caj dari solarstorm dengan geomagnetism bumi menghasilkan plasma-plasma berwarna hijo. Serius ni, bukan tipu. Saya dah tanya Professor Google, cuma kadang kadang di New Zealand auroranya ada juga berwarna merah

 

 

 

 

 

 

Ada orang komplen, kenapa dia tak dapat gambar cantik pun di NZ. Hahaha..inilah orang yang konfirm Subuh gajah. Waktu Dhuha baru nak Subuh. Kalau jenis bangun pagi awal, kita akan nampak pemandangan secantik ini. Serius tak tipu. Kabus sejuk perlahan-lahan di atas tasik hilang di sapa mentari pagi berlatarbelakangkan Southern Alps, gunung bersalji. Pemandangan cantik macam ni kita nikmati dengan nasi lemak sepinggan dan teh tarik , fuuuh syahdu

 

 

 

Foto dari Matthew Pots

 

Bangun pagi tau, baru betul betul dapat menikmati keindahan landskap new zealand. Ni kat Lake Tekapo di South Island. Memang famous bangunan buruk ni jadi church dan ada banyak wedding dibuat di kawasan cantik macam ni.

 

 

 

 

 

 

Tutup mata ambil gambar pun lawa. Janganlah korang rasa Saiful Nang tu pandai sangat ambil gambar dapat gambar cantik-cantik, tapi kalau dah tempat macam NZ ni sambil korek hidung petik gambar pun dah level Nat Geo. Dan gunung gunung ini pula akan setia menemani kita hampir di keseluruhan perjalanan. Pastikan memory card kosong, sebab 32 gb tu akan cepat penuh dengan gambar dan video kita mengembara di sana, jalan 10 meter amik gambar, toleh kiri ambil gambar, berhenti ambil gambar. Tersangat cantik dan rasa macam nak rakamkan semuanya, jadi pastikan memory card spare banyak

 

 

Foto dari Far Awayland

 

Siapa nak pengsan, boleh pengsan sekarang. Tapi pasal bila kita lalu ke laluan ni sahaja semua orang dalam kereta menjerit macam starstruck dapat jumpa Warda dan Mr. Pilot. Ini salah satu laluan di sana, keindahan alam seluas mata memandang, if you are nature lover, NEW ZEALAND MUST BE IN YOUR BUCKET LIST. Boleh memilih sama ada nak naik kereta atau naik Caravan atau Motorhome. Serius kalau letak Neelofa tepi jalan dengan senyum dan jeling dan memegang papan bertulis “Kahwinlah saya” nescaya saya tak pandang pun Neelofa kerana tertakjub dengan pemandangan di lembah begini. Rarecation memang lalu tempat-tempat macam ni yang bas pelancongan malas nak lalu pasal leceh…jalan kecik, baik ambil highway.

 

 

Foto dari Chirstian Lim

 

Tengok pemandangan macam ni menjamu mata setiap kali memandu, macam mana nak mengantuk tapi tak jadi nak ngantuk. Rugi kalau ngantuk. Sebab tu kalau dalam trip ni ada juga kepala jenis “masuk angin” sikit tekan walkie talkie main karaoke sumbang nyanyi lagu Bumiputra Rockers, Kumpulan Gersang, Lefthanded dan juga nyanyi lagu-lagu zaman Awie dan Amie pakai seluar getah ketat dengan rambut macam ramen mee yang terendam semalaman.

 

 

Foto dari BearFoot Theory

 

Sekali sekala, tanpa di sangka sangka, ada air terjun macam ni menyapa kita di tepi jalan. Seronoknya, kita boleh berhenti di mana-mana sahaja yang kita mahu, tapi hati hati, berhenti biar di tempat yang sepatutnya, keselamatan di utamakan. Kalau travel dengan RAREcation memang wajib berhenti tempat-tempat gini walaupun masa kami berhenti berdesup-desup bas pelancongan lalu dan ambil gambar kami yang sedang ambil gambar air terjun. Mesti dalam hati mereka fikir “Kesian diorang ni…benda macam ni pun nak ambik gambar” tapi yang nyata kami sendiri dalam hati berkata kesian diorang ni tempat lawa macam ni tak boleh nak berhenti selfie kerana naik bas pelancongan yang biasa itu (tangan di bahu mata ke atas). Whatevaa…

 

 

Foto dari Sam

 

Pemandangan pagi macam ni perkara biasa di new zealand. Macam kita jalan-jalan nak pergi Kuala Pilah lepas tu berhenti kat Gemencheh ada pokok macam ni kat tepi-tepi jalan. Kat New Zealand, bersepah pemandangan macam ni. Memandangkan kambing dan lembu murah kat sana, silap2 kita boleh selamba panggang wagyu kat tempat macam ni untuk breakfast.

 

 

Foto dari 1zoom

 

Kalau agak-agak iphone terjatuh dalam tasik ni tak payah panggil SAR pun, dari atas kita dah boleh nampak. Sauk jer dengan tangguk boleh dapat balik. Jangan dibayangkan macam Sungai Kelang, jatuh kat tempat cetek pun dah tak nampak mana pergi. Kalau sebut tentang air terjun di new zealand, yang wajib sangat kita pergi pastinya air terjun di Milford sound. Air yang terus terjun ke laut, maka terjadilah pencampuran air tawar dan air laut masin, jadilah air tawin

 

Dan cara terbaik untuk menikmati air terjun di sini, pastinya dengan menaiki Cruise khas dan berlayar hingga ke hadapan air terjun. Memang cruise ni kena datang rapat2 ke tepi. Dia pun nak buat style Niagara Falls juga lah sampai terasa hujan dan tempias disebabkan percikan air terjun yg sangat tinggi ni. Bagi yang ada bajet, kita boleh try fly dari Quenstown naik Heli ke Millford Sound kemudian naik cruise macam ni dan lepas tu duduk tepi tasik cantik ni sambil makan goreng pisang dan kalau rajin kita buat kambing golek sekali. Petang sikit kita naik fixed wing kapal terbang fly balik ke Quenstown. Tapi itu sahaja dah kos RM2800…bagi yg bajet marhaen kita ikut darat lah. Pemandangan lalu darat pun jangan main-main tau… silap-silap yang beriya naik heli pun menyesal.

 

 

Foto dari Alok Gohil

 

Ini pemandangan yang akan menanti di hadapan kita nanti. 10 meter pertama dalam air di sini adalah air tawar. Percampuran air tawar dan air laut di sini menjanjikan kehidupan laut yang sangat menarik. Bagi yang minat diving, rugi tak mencuba diving di sini

 

 

Foto dari Eugene Reshetov

 

Jumpa kambing macam ni di New zealand bukan perkara asing, silap silap kita beli seekor buat kambing golek malam nanti di bawah gugusan bintang. Kalau taknak sembelih pun kita pergi supermarket beli kambing murah-murah bak hang. Haa…hampir KESELURUHAN kambing di New Zealand dan daging di pasaraya semuanya halal untuk orang Islam. Mereka pun dah comply standard JAKIM.

 

 

Foto dari Aaron Pryor

 

Dah penat dengan gunung dan air terjun, kita ke pantai koekohe pula. Jangan terkejut ini bukan telur naga, ini adalah batuan unik yang memberikan pemandangan yang menarik. Waktu terbaik untuk menikmati pemandangan ini adalah seawal pagi.

 

Foto dari Arikairflight

 

Yang lebih lebih berani dan mempunyai kadar sakit otak yang kritikal, kita boleh buat gambar macam ni secara berjemaah di Batu Belah Batu Bertangkup ni. Boring lah kalau travel nak skema skemaa jer kan

 

Foto dari Bobby Barameda

 

Sambil-sambil drive jauh-jauh ni terasa nak cari toilet. Tak jumpa toilet jauh lagi nak stop berhenti pergi tepi tasik nak buang air tengok pemandangan begini, terus tak sampai hati nak kencing. Pujuk diri, tahan lagi 20km lagi baru jumpa R&R. Kesian…cantik sangat untuk dikencingkan.

  

Foto dari Chris Gin

 

Ada rezeki bunga bunga lupin akan berkembang meraikan kedatangan kita di sana. Memang time-time kami nak pergi masa summer, insyaAllah bunga ni bersepah-sepah. Boleh tengok…dan bergolek-golek dan berlari-lari di tengahnya sambil shoot video slowmo dengan berlatarbelakangkan lagu Teratai Layu di Tasik Madu dari Ziana Zain. Memang dramatik!! (betul kan ziana zain punya lagu tu?)

 

Photo oleh Photo ventures

 

Di South Island ni boleh lagi kalau ada nasib kita terjumpa binatang ni. Orang kampung saya panggil Penguin. Kebetulan orang NZ pun panggil beliau penguin. Nice to see but not to eat. Kalau nak sembelih dan teringin sangat, kita boleh tolong tapi korang yang kena kejar tangkap dulu dan dah dapat bawak sini nanti saya sembelih. Secara teknikal, macam susah nak agak kat mana leher binatang ni.

 

Foto dari Hasayang Travel

 

Queenstown ni menarik juga. Tengok background dia dengan gunung bersalji memang buat kita teruja sangat. Lagi-lagi naik atas deck kapal zaman Tom Sawyer yang pakai arang batu lagi tu. For something much lesser than normal agency package price…worth sangat travel cara rare macam ni dan feel a little like Rose and Jack on Titanic (walaupun tak).

 

Ni standard paya kat NZ. Punyalah jernih air siap boleh nampak ikan. Kalau nak memancing tak payah nak guna skill calit air liur tengok arah angin, atau buat mandrem panggil ikan kalau dah dari atas dah nampak mana ikan nak dijala. Kalau macam ni punya paya, jala aku sangkut 10 kali pun aku sanggup turun menyelam. Kalau jala tak sangkut pun rasa macam nak bagi sangkut juga supaya boleh terjun.

 

 

 

Foto by getintravel

 

Teringat pulak pakcik dengan crust lama dulu pernah shoot filem kat sini. Tapi sekarang crust tu dah selalu berlakon dgn Sharukh Khan selepas abang tolak lamaran dia untuk jadi isteri kedua. Itu yang dia beriya belakon dengan abg Shah sampai ke Iceland. Siapa nak pengsan tengok gambar ni baik ngaku!

 

Foto dari Jerry Wang

 

SEBAB GAMBAR CANTIK MACAM NI LAH RARECATION AKAN KE NEW ZEALAND JUGA

 

Sesuai sangat untuk family. Kita jalan-jalan naik kereta satu family ke tempat-tempat yang masyaAllah indahnya. Guide khas kepada mereka pencinta alam, tidak perlu jadi jurufoto pun kalau nak ikut kami. Lokasi yang kita pergi pastinya cantik, pejam mata pun gambar tetap cantik. Paling best kita tak menyinggah sangat ke lokasi shopping, jimat poket, boleh spend banyak kat memory card untuk bawak balik banyak gambar cantik cantik

 

 

TENGOK POSTER NI…MESTI MENGIGAL KALAU TENGOK FULL PACKAGE MACAM NI !! TERMASUK FLIGHT !!! 

 

 

TERMURAH DI PASARAN DARI RM7850 SAHAJA ALL-IN DENGAN TIKET KAPAL TERBANG SEKALI (pakej biasa mau RM9-11k).

 

Memang kami suka orang pergi berpasangan (yang halal sahaja) sebab tu harga untuk pergi berpasangan ialah RM7850 yang pergi solo RM8250 ALL-IN

 

( sila jangan compare dgn trip backpacking atau trip ground sahaja yang ada banyak PLUS PLUS akhirnya lagi mahal dari pakej yang termahal ).

 

 

 

 

MAKLUMAT LANJUT WHATSAPP KAMI DI 013 3060 320 / 013 249 5462

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf