18 Foto Iceland Buat Kita Menangis

July 4, 2017

Mahu tak menangis, kalau tempat rare begini dijelajahi dengan kereta berpandukan citarasa Malaysia. Golek-golek atas snow, dengan air terjun cantik, dan pemandangan yang menakjubkan…woww! malas nak cerita, tengok video ini…baru feel

 

 

Geng Rarecation telah melangkah sendiri membawa satu team kembara ke bumi bertuah ini. Banyak kisah dan kenangan kami yang telah kami lalui bersama. 

 

Apa yang anda terfikirkan tentang negara Iceland? Pastilah yang terbayang di dalam fikiran anda adalah sebuah negara yang banyak ais kan umpama ais kacang. Sebenarnya negara Iceland tidak memiliki banyak ais cuma sebahagian sahaja yang ditutupi ais.

 

Namun negara ini memiliki keunikannya dan kehebatannya yang tersendiri dan adakalanya tidak dapat digambarkan dengan bahasa dan penulisan. Lihat foto foto dibawah dan sediakan tisu untuk mengusap air mata yang mengalir

 

Negara Iceland mempunyai kecantikan landskapnya yang menjadi kegilaan dan pujaan majoriti penggemar photography dan videography landskap seluruh dunia.  Di bawah ini adalah hasil gambar-gambar yang kami shoot sendiri untuk tatapan anda, tak jumpa di tempat lain.

 

Lumut hijau macam karpet ni bersepah di Iceland, selamba jer kita lepak sini buat macam ruang tamu sendiri

 

Pemandangan matahari terbenam di sekitar Vogur Palm semasa perjalanan balik ke hotel. Semua peserta menikmati pemandangan sunset yang sangat cantik ini dan ada diantara mereka menyebutnya ''Golden Moment Sunset''

 

Diamond Beach di Jokulsarlon ada lah antara tempat wajib dikunjungi kerana di sini terdapat banyak ketulan ais bergelimpangan di pantai menjadikan pantai ini unik. Tapi apa pun berhati-hati dengan ombak yang kuat nanti dimandikan ombak pula.

 

Punya lah besar ais dia, kalau buat ais kacang kenyang sekampung

 

 

Perjalanan menaiki kenderaan 4x4 secara berkumpulan antara aktiviti paling di ingati dalam perjalanan kami. Sepanjang perjalanan pemandangan indah menemani kita. tasik umpama cermin seluas mata memandang dan salji putih menanti untuk di jadikan ais kacang, sehingga terlupa kecantikan Nealofaa. Paling menarik sepanjang perjalanan kita akan berkomunikasi dengan walkie talkie memudahkan pergerakan perjalanan kita. .  

 

Pemandangan waktu senja berlatarbelakangkan gunung ais. Ada diantara peserta yang kehabisan memori kad kamera pada hari ke 3 membuktikan mereka telah menggunakan kesempatan mengabdikan kenangan mereka di Iceland dengan sebaiknya. Nasib baik back up plan dah ada, so transfer semua gambar dalam hard disk dan kosongkan semula kad memori.

 

'' Mirror lake'' Stockholm yang terletak di selatan negara Iceland. Antara uniknya tempat ini ialah keadaan tasiknya yang cetek paras buku lali sahaja membolehkan anda turun ke dalam tasik untuk sesi bergambar tapi dengan syarat kasut mestilah waterproof ok.

 

Aurora borealis pada hari ke- 4 di utara Iceland.

 

Ini adalah fenomena paling utama para peserta untuk ke Iceland, untuk melihat sendiri Aurora Borealis dengan mata kepala mereka sendiri. Syukur pada hari pertama dan pada hari ke 4 kami diberi peluang melihat sendiri fenomena Aurora Borealis atau Solar Storm ini.

 

Ini adalah antara pemandangan sepanjang perjalanan kami. Gunung ganang yang diliputi salji, langit yang biru serta udara yang segar. Ia membuatkan perjalanan menjadi cepat berlalu dan tidak sabar menunggu hari esoknya pulak.

  

Kalau musim sejuk (winter) ada peluang untuk masuk ke dalam glasier cave ini. Lebih kurang dalam RM900 sekepala untuk masuk dalam gua tersebut. Tapi sekiranya keadaan cuaca hujan, air di dalam gua akan menjadi banyak, semua aktiviti akan di tunda atau dibatalkan kerana faktor keselamatan. Jangan risau duit anda akan dikembalikan selepas itu.

 

 

 Gullfoss Waterfall adalah antara air terjun yang terbesar di Iceland dan menjadi tumpuan pengunjung. Airnya yang kehijauan dan sedikit diliputi sajli antara tarikan kepada para pengunjung.

 

Punyalah banyak air terjun kat iceland, tak terkira tapi tetap tak pernah jemu sebab satunya ada keindahan yang tersendiri. Macam isteri pertama dan isteri kedua, dua-dua ada kecantikan yang tersendiri

 

Ini lah salah satu perangai kami, kalau nampak benda cantik kami akan berhenti layan pemandangan dulu, lepas dah shoot beberapa keping gambar barulah kami meneruskan perjalanan semula.

 

Kalau ada yang dah penat boleh cuba naik kuda icelan yang comel dan mesra alam umpama kucing comel.

 

 

Ada yang datang untuk mengabdikan kenangan romantika bersama pasangan mereka, cukup dengan kain pelikat, tiada masalah.

 

 

Aa yang datang secara solo dan ada juga yang datang secara berkumpulan. Walaubagaimanapun, tujuannya adalah sama iaitu untuk menikmati kebebasan melihat syurga dunia yang tiada tandingan di tempat lain.

 

Ada yang cakap datang Iceland atas sebab terpengaruh dengan filem hindustan Dilwale, apa pun yang penting bucket list untuk ke sini telah tercapai. Untuk next trip inyaAllah pada

 

6 Mac - 17 Mac 2018 ini

TEKAN SINI UNTUK LIHAT PAKEJ TERBAIK KE ICELAND

 

 

 

Pasti ada kelainan dalam setiap trip kembara kami. Jangan lepaskan peluang ini, at least sekali seumur hidup.

 

 

 

Terima kasih,

Kapten Zero

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

INFO LANJUT
Isi info anda disini untuk mendapatkan info terkini untuk kembara kami
Recent Posts

September 19, 2017

Please reload

Archive
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf