TURKI JEJAK AL FATEH

Menjejak kisah Al Fateh sehingga ke perkampungan yang tidak dilawati

oleh kebanyakkan orang Malaysia

ATURCARA PERJALANAN

27 Nov - 8 Dec 2019

9 Dec - 20 Dec 2019

12 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Istanbul

Day 2 : Istanbul - Cappadocia

Day 3 : Cappadocia

Day 4 : Cappadocia - Amasya

Day 5 : Amasya

Day 6 : Amasya - Istanbul

Day 7 : Istanbul

Day 8 : Bursa

Day 9 : Istanbul

Day 10 : Istanbul

Day 11 : Istanbul - Kuala Lumpur

Day 12 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

 

1. Penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan perjalanan selain dari Public Transport
3. Penerbangan Domestik!

4. Penginapan 

5. Insuran perjalanan

6. Hoodies Rarecation edisi terhad

7. 1 Slot kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

8. Sarapan & Makan Malam

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan Tengah Hari

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

4. Tips kepada pemandu pelancong dan bas

5. Lain lain kos lawatan yang tiada dalam aturcara

Tertakluk kepada terma dan syarat

HARGA

PENYERTAAN MAKSIMA : 40 ORANG

 

RM 7,280 / Pax (Single).

RM 6,980 / Pax (Penyertaan 2 orang ke atas).

RM 6,780 / Pax (2-11 Tahun).

RM 1,800 / Pax (1-23 Bulan).

GROUND

RM 5,280 /pax (single)

RM 4,980/pax (penyetaan 2 orag ke atas)

RM 4,780/pax (2-11 tahun)

RM 1,300 (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 2,430 / Pax (Single).

SGD 2,330 / Pax (Penyertaan 2 orang ke atas).

SGD 2,270 / Pax (2-11 Tahun).

SGD 600 / Pax (1-23 Bulan).

GROUND

SGD 1,760 /pax (single)

SGD 1,660 /pax (penyetaan 2 orag ke atas)

SGD 1,600 /pax (2-11 tahun)

SGD 440  (0-23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - ISTANBUL

Penerbangan kita dari Kuala lumpur ke Istanbul sekitar 13 - 16 jam sahaja mengikut pilihan penerbangan. Berehat dahulu  di dalam penerbangan ke Istanbul.

HARI KEDUA

ISTANBUL 

Kembara kali ini adalah bertemakan pencarian Kisah Benar seorang Wira Agung yang Terkenal iaitu Sultan Muhammad Al Fateh. Kita akan mengkaji serta melihat dengan mata sendiri kisah pendidikan dari kecil sehingga beliau berjaya menakhluki Kota Konstatinople.

 

Hari pertama ini kita akan tiba di Istanbul dan terus ke tempat penginapan. Selesai berehat, esoknya kita semua akan bergerak ke Cappadocia dengan menggunakan penerbangan domestik. Meskipun kita sampai dahulu di Istanbul, kita peram dahulu keasyikan eksplorasi kota Istanbul yang akan kita lakukan pada 5 hari yang terakhir. Kita akan berangkat dahulu ke Cappadocia yang terkenal dengan Hot Air Balloon dan struktur muka buminya yang unik dan cantik. 

HARI KETIGA

ISTANBUL - CAPPADOCIA
 

Jika perjalanan kita sebelum ini menggunakan bus, kali ini kita buat kelainan sedikit dengan menggunakan penerbangan domestik. Lebih jimat masa, tidak letih dan paling penting masa yang lebih kita manfaatkan dengan aktiviti di sekitar Cappadocia. 
 

Bergantung kepada keadaan cuaca yang baik, kita boleh merasa bermain aktiviti Paragliding dan juga ATV di Cappadocia yang mana struktur muka buminya yang unik dan 'rare'! (Aktiviti ini tidak termasuk dalam pakej namun boleh diuruskan oleh Kapten Rarecation)

Antara yang menarik di Cappadocia adalah Perkampungan Batu seperti dalam cerita Flinstone dan jika dilihat dari pandangan drone macam sebuah sarang semut. Memang unik dan menarik sekali. Juga akan kita lihat pertembungan budaya antara masyarakat Kristian dan juga Islam dalam perkampungan yang sama.

HARI KEEMPAT

CAPPADOCIA

Kita masih lagi di Cappadocia untuk melawat beberapa tempat seperti Uchisar Citadel, Avanos, Ortahisar dan kawasan sekitarnya. Memang terpaku kita melihat keindahan sejarah penempatan yang ada di Cappadocia ini.

 

Jika cuaca mengizinkan, kita boleh menaiki belon udara panas sambil menikmati keindahan pemandangan matahari terbit di Cappadocia

HARI KELIMA

CAPPADOCIA - AMASYA
 

Perjalanan hari ini agak panjang  dan membawa kita ke tempat yang paling Rare iaitu ke Amasya, tempat Sultan Muhamad Al Fateh menerima pendidikan awalnya. Di sepanjang perjalanan kita akan melalui kawasan tengah Anatolia merentas daerah seperti Corum, Yozgat dan Hacibektas menghala ke Amasya di temani pemandangan indah di negeri yang terletak diantara dua benua Asia dan Eropah ini.

HARI KEENAM

AMASYA

Kita mulakan hari ke Lima kita dengan melawat ke kawasan pergunungan yang begitu cantik di Amasya d imana di sinilah tempat putera-putera Raja dibesarkan termasuklah Sultan Muhamad Al Fateh.

Juga kita akan bukakan rahsia pendidikan yang diterima oleh beliau sehingga berjaya mencipta sejarah dengan kejayaan membebaskan Kubu Kuat di Konstatinople. Selain itu kita akan melawat ke Masjid Jamek Bayezid dan kawasan sekitarnya juga melihat suasana kota yang berada di antara gunung dan sungai. Sangat cantik dan menarik.

HARI KETUJUH

AMASYA - ISTANBUL
 

Perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam dengan menggunakan bas ini disingkatkan dengan penerbangan domestik yang hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Jadi ia memberi kita lebih masa untuk merasai pengalaman di Turki. Jika berkesempatan kita boleh meluangkan masa di Istanbul untuk membeli-belah

HARI KESEMBILAN

ISTANBUL

Kita akan terus ke Istanbul semula untuk melihat sendiri tempat di mana sebanyak 70 buah Kapal Perang tentera Sultan Muhamad AL Fateh ditolak hingga ke atas Bukit Tanduk Emas semasa percubaan untuk menembusi benteng Constatinople. Menaiki Bosphorus Cruise sambil menghirup angin laut yang penuh dengan burung Selat Bosphorus pasti mendamaikan yang membuatkan kita akan lebih merasai peristiwa-peristiwa bersejarah yang ada di bumi Turki ini.

Selepas itu kita boleh menikmati local food yang RARE di sekitar Galata Bridge iaitu Balik Ekmek! 

HARI KELAPAN

BURSA
 

Selain menyelongkar keunikan budaya dan khazanah lama di Istanbul, kita sempat untuk merasai kesejukan di atas gunung untuk melihat keindahan pekan salji Uludag yang mana kita akan pergi balik hari dari Istanbul. Siapkan sahaja baju sejuk yang sesuai dan jangan lupa bawa sirap dan susu supaya kita boleh buat ABC kat sana nanti.

Paling menarik kita mungkin berpeluang untuk bermain sledge!

HARI KESEPULUH

ISTANBUL
 

Hari kesepuluh kita akan berikan masa kepada semua untuk acara bebas di mana peserta boleh ke mana sahaja di Istanbul. Biasanya kita akan ke Grand Bazar mencari makanan unik seperti Turkish Delight, Saffran, kasut-kasut kulit, segala jenis teh dan herba dan banyak lagi untuk kita cuba. Tidak lupa juga aiskrim Turki dengan aksi menarik si penjualnya. Jangan lupa ambil gambar dengan mereka manalah tahu dapat diskaun lebih!

HARI KESEBELAS

ISTANBUL - KUALA LUMPUR

Hari lebih santai kerana ini hari perpisahan kita dari Kota Istanbul. Pastinya banyak pelajaran dan pengalaman indah menjadi iktibar untuk dibawa bekal pulang ke Tanah Air. Bukan setakat penambahan beg tetapi lebih kepada penambahan ilmu di dada dari pengalaman dan pembelajaran yang dikutip dari kembara ini

HARI KESEBELAS

ISTANBUL - KUALA LUMPUR
 

Hari lebih santai kerana ini hari perpisahan kita dari Kota Istanbul. Pastinya banyak pelajaran dan pengalaman indah menjadi iktibar untuk dibawa bekal pulang ke Tanah Air. Bukan setakat penambahan beg tetapi lebih kepada penambahan ilmu di dada dari pengalaman dan pembelajaran yang dikutip dari kembara ini untuk kita aplikasikan dalam pembentukan keluarga terutama anak kita agar sehebat Al-Fateh!

HARI KEDUA BELAS

KUALA LUMPUR

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto-foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan menginap di hotel bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah twin atau triple sharing.

Ianya bergantung kepada availability juga. Kita akan usahakan untuk dapatkan hotel yang selesa untuk para peserta

KENDERAAN

KENDERAAN
 

Kita akan menggunakan Bas yang selesa untuk seisi keluarga sepanjang perjalanan ketika di Cappadocia dan juga Amasya. Perjalanan dari Istanbul - Cappadocia dan Amasya - Istanbul akan menggunakan penerbangan domestik.

Peserta tidak perlu lagi untuk berhadapan perjalanan yang panjang yang memakan masa sehingga 12 jam! 'Mode transport' di Turki pula kita akan menggunakan 'public transport' seperti bas dan juga tram untuk merasai pengalaman kembara sebagai 'local people'!

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf