RENTAS SIBERIA

RENTAS SIBERIA

Mengembara merentas dari Asia Tengah ke barat Russia

ATURCARA PERJALANAN

2 Okt - 16 Okt 2019

15 HARI 12 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Ulanbataar

Day 2 : Ulanbataar

Day 3 : Ulanbataar

Day 4 : Ulanbataar - Irkutsk

Day 5 : Irkutsk

Day 6 : Irkutsk

Day 7 : Irkutsk - Kazan

Day 8 : Irkutsk - Kazan

Day 9 : Irkutsk - Kazan

Day 10 : Kazan

Day 11 : Kazan - Moscow

Day 12 : Moscow

Day 13 : Moscow

Day 14 : Moscow - Kuala Lumpur

Day 15 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan sepanjang perjalanan

3. Penginapan 

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

7. Visa Rusia

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

**Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

RM 20,650 / pax (single)

RM 20, 350 (berdua atau lebih)

Ground

RM 17,650 / pax (single)

RM 17,350 (berdua atau lebih)

Warga Singapura

SGD 6,880 / pax (single)

SGD 6,780 (berdua atau lebih)

Ground

SGD 5,880  / pax (single)

SGD 5,780 (berdua atau lebih)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - ULANBATAAR

Penerbangan kita menuju ke Ulanbataar dari Kuala Lumpur bermula. Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 20 jam dengan sekali transit. Sampai di Ulanbataar sekitar lewat petang, kita akan check-in di hotel. Hari pertama dihabiskan dengan sesi taaruf sewaktu makan malam dan rehat awal untuk memulakan perjalanan seawal mungkin keesokannya.

HARI KEDUA

ULANBATAAR - GORKHI TERELJ

Kita akan menuju ke Taman Negara Gorkhi Terelj untuk menikmati keindahan hutan Monggolia dan juga kuda-kuda hebat yang pernah menakluk dunia bersama Gengghis Khan. Kita akan merasai pengalaman hebat tidur didalam khemah tradisional orang Monggol yang dipanggil Ger. 

Khemah tradisiona Ger ini bukanlah yang terlalu tradisional sebaliknya telah dinaik taraf untuk pelancong yang mempunyai kemudahan bilik mandi dan tandas yang diletakkan berasingan.

Kita habiskan masa disini sehingga esoknya

HARI KETIGA

GORKHI TERELJ - ULANBATAAR - IRKUTSK

Bangun pagi dengan udara segar Taman Negara Terelj. Bersarapan dengan dikelilingi hutan dan kuda liar. Kita habiskan masa sehingga waktu makan tengah hari sebelum bertolak balik ke Ulanbataar untuk menaiki keretapi ke Irkutsk

Keretapi akan bertolak petang menuju Irkutsk.

Kita akan sampai di sempadan Monggolia Russia ada waktu lewat petang dan akan mengharungi perhentian yang agak lama disebabkan prosedur imigresen kedua-dua negara yang agak panjang.

HARI KEEMPAT

IRKUTSK

Kita akan sampai di Irkutsk pada waktu petang dan akan terus ke hotel untuk check in dan berehat. Makan malam disekitar hotel dan berehat awal setelah seharian didalam keretapi.

HARI KELIMA

IRKUTSK

Selepas bersarapan, kita akan menuju ke Tasik Baikal. Kita akan singgah dibeberapa tempat untuk melawat muzium kayu dan beberapa tempat yang menarik.

Terus ke Tasik Baikal di pinggir Litsvyanka, melawat pasar, kita kan berjumpa beberapa peniaga Muslim disini. Makan tengahhari dengan sup ikan omul yang terkenal di sini. Kemudian kita akan menaiki chair lift ke tempat tinggi yang dapat melihat pemandanag Tasik Baikal.

HARI KEENAM - KESEMBILAN

IRKUTSK -  KAZAN

Pagi itu akan bersiar-siar sekitar Irkutsk melihat keindahan bangunan-bangunan tinggalan era Soviet. Makan tengahhari dan berehat dihotel sebelum kita checkout lewat untuk menuju ke stesen keretapi untuk perjalanan seterusnya ke Kazan

Perjalanan malam menempuh kegelapan malam langit utara sambil mencari bintang utara Polaris serta pemandangan waktu siang yang pendek dengan lanskap dingin tanah tandus Siberia. Perjalanan akan berhenti-henti di stesen besar seperti Krasnoyark, Novosibrisk, Ekaterinburg dan beberapa lagi,  sekitar 20minit - 1 jam, membolehkan kita menggeliat dan meluruskan tulang belulang kita yang terperenyuk dalam keretapi. Jangan lupa foto-foto menarik disetiap stesen serta boleh juga menambah bekalan kudap-kudap serta kopi yang berkurangan.

Boleh juga kita rasai fenomena merentas garisan masa, seperti perjalanan telah melangkaui 3 jam tetapoi masih lagi waktu yang sama. Perlu sentiasa teliti terutamanya untuk solat.

KAZAN

Kita di jangka sampai ke Kazan pada petang hari dan akan terus ke penginapan dan berehat meluruskan tulang belulang setelah melalui keretapi yang panjang selama empat harı.

HARI KESEPULUH

KAZAN - MOSCOW

 

Kazan merupakan kota terbesar dan ibu kota bagi Republik Tatarstan, Russia. Ia juga dikenali sebagai ibu kota ketiga Russia selepas Moscow dan St Petersburg. Ia juga salah satu bandar yang mempunyai majoriti orang islam di Russia, jadi nak dapatkan makan halal agak mudah disini. Sepanjang perjalanan ini bolehlah kita melihat kembali setiap foto yang kita ambil untuk tujuan penambah baikan untuk foto baru yang akan kita ambil disetiap hentian keretapi kita nanti.

Kita meneroka Kazan, melihat budaya orang islam dengan ke Masjid Qul Sharif. Check out, makan tengahhari serta sedikit pencarian cenderahati. Kemudian akan ke stesen Keretapi untuk perjalanan keretapi yang terakhir ke Moscow, ibukota Russia berpenduduk lebih 13juta orang dikawasan bandar dan lebih 17juta orang lagi diluar kawasan bandarnya. 

HARI KESEBELAS

MOSCOW

Kita akan sampai ke Moscow sekitar pukul 7 pagi. Kita akan ke hotel untuk meletakkan bagasi sebelum keluar semula meneroka Moscow, ibu kota Russia ini.

HARI KEDUABELAS

KAZAN - MOSCOW

Hari ini akan meneroka metro Moscow yang terkenal dengan kecantikannya. Seharian meneroka dan kalau sempat, kita akan menaiki river cruise di Sungai Moskva. 

HARI KETIGA BELAS

HARI KEEMPAT BELAS

MOSCOW - KUALA LUMPUR

Pagi yang santai, masih sempat lagi meneroka keindahan Moscow terutamanya stesen bawah tanah metro yang sangat terkenal dengan keindahannya . Check out pukul 11 pagi, serta terua keLapangan Terbang Domodedovo untuk pulang ketanah air tercinta.

HARI KELIMA BELAS

Kuala Lumpur

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Sebagai satu peringatan, ya benar, saya sudah membuat perjalanan TRANS-SIBERIA  bersama Rarecation. TIDAK SEMUA orang mendapat peluang mengembara merentasi tanah tandus Siberia dari timur ke barat ini.

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan banyak mengginap di dalam keretapi dengan 4 orang untuk satu bilik. Untuk hotel pula adalah hotel bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk twin atau triple sharing. 

KENDERAAN

KENDERAAN

Seluruh perjalanan kita akan menaiki pengangkutan awam dengan kenderaan utamanya adalah kereta api dan dua hari didalam feri. Tidak digalakkan untuk membawa 1 almari untuk kembara ini.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf