SWISS ALPS

Zermatt - Bern - Zurich - Interlaken - Lautterbrunnen

ATURCARA PERJALANAN

7 Oct - 16 Oct 2019
28 Nov - 7 Dec 2019
8 Dec - 17 Dec 2019
17 Dec - 26 Dec 2019

10 HARI 7 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Zurich / Geneva

Day 2 : Zurich / Geneva

Day 3 : Zurich / Geneva - Zermatt - Bern

Day 4 : Bern

Day 5 : Interlaken

Day 6 : Interlaken - Lautterbrunnen

Day 7 : Interlaken - Furka Pass

Day 8 : Interlaken - Zurich / Geneva

Day 9 : Zurich / Geneva - Kuala Lumpur​

Day 10: Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Zurich / Geneva

2. Sewaan Kereta/Motorhome

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy


PAKEJ TIDAK TERMASUK

 

TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi


Tertakluk kepada terma dan syarat

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

RM 10,460 / pax (single)

RM 10,160 (berdua atau lebih)

RM 9,960( 2- 11 Tahun)

RM 3,000 ( 0 - 23 bulan)

***Tambahan RM700 untuk Disember

GROUND

RM 7,960 /pax (single)

RM 7,660 (berdua atau lebih)

RM 7,460 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,500 ( 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,490 / pax (single)

SGD 3,390 (berdua atau lebih)

SGD 3,330( 2- 11 Tahun)

SGD 1000 ( 0 - 23 bulan)

***Tambahan SGD 240 untuk Disember

GROUND

SGD 2,660 /pax (single)

SGD 2,560 (berdua atau lebih)

SGD 2,500 ( 2- 11 Tahun)

SGD 840 ( 0 - 23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - ZURICH / GENEVA

Penerbangan kita menuju ke Zurich / Geneva dari Kuala Lumpur

Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 16-18 jam termasuk masa transit

HARI KEDUA

ZURICH / GENEVA

 

Kita tiba di Zurich dari Malaysia pada harini dan terus ke tempat penginapan. Jika berkesempatan kita akan tour sekitar bandar Zurich melihat keunikan instrastrktur bangunan lama juga sistem pengangkutan yang ada. 

HARI KETIGA

ZERMATT - BERN

Hari ini kita memulakan perjalanan ke destinasi pertama kita adalah di Zermatt.

Di Zermatt kita akan mengambil masa sekitar 3-4 jam untuk meneroka kampung kecil swiss yang masih terpelihari. Jangan terkejut jika tiada kenderaan di sini, kerana di dalam kampung ini tidak dibenarkan kenderaan berpetrol. Petang hari kita akan bergerak ke penginapan kita yang terletak di kota lama Bern.

HARI KEEMPAT

BERN

Kota Beruang, Bern, destinasi kita pada harini. Feel like a local untuk hari ini, rasakan pengalaman menaiki kenderaan awam di kota bern. Mengembara seharian menikmati keunikan senibina kota lama di Bern. Tidak sepopular Zurich dan Geneva, tetapi lebih cantik dan menarik berbanding 2 bandar terkenal di Switzerland ini

HARI KELIMA

INTERLAKEN

Interlaken adalah pekan kecil di antara dua tasik,kerana itu di panggil "Interlaken". Tasik ini sangat lah cantik di kawasan pergunungan Alps bewarna turqoise,  ini lokasi penginapan kita untuk hari ini.  

HARI KEENAM

INTERLAKEN - LAUTTERBRUNNEN - WENGEN

 

Perjalanan hari ini membawa kita ke kampung kecil di celah gunung. Kampung 72 air terjun, Lautterbrunnen dengan air terjun tertinggi setinggi menara maybank. Lebih menarik kita boleh berjalan naik ke belakang air terjun ini. Tengah hari kita menaiki kereta api ke kampung Wengen, kampung di atas gunung dengan ketinggian setinggi 4180 kaki. Lewat petang kita berjalan di Interlaken, bagi yang ingin membeli cenderamata, pekan ini menawarkan variasi cenderamata dengan harga yang menarik

HARI KETUJUH

INTERLAKEN - FURKA PASS - GRIMSELL PASS

InsyaAllah, jika cuaca mengizinkan kita akan melalui laluan pergunungan "Mountain Passes". Ini lah keunikan Switzerland, jika negara lain kita cuma mampu melihat gunung dari jauh, di swiss kita boleh memandu sehingga ke atas gunung setinggi 8000 kaki. Furka pass, Grimsell antara laluan yang akan kita lalui, setiap laluan ini menjanjikan pemandangan yang cantik dan kita boleh berhenti dilokasi yang kita mahu untuk mengambil gambar. Ini lah keunikan apabila kita memandu dan tidak menaiki bas pelancongan

HARI KELAPAN

INTERLAKEN - ZURICH / GENEVA

Hari kelapan ini kita menuju kembali ke kota Zurich / Geneva, perjalanan hari ini lebih santai, melalui laluan yang berbeza dan menarik untuk kita teroka bersama. Kita  mungkin tiba petang di sana, bergantung kepada lokasi singgahan kita sepanjang perjalanan nanti. Jika jumpa lokasi yang cantik, boleh sahaja minta pada kapten anda untuk berhenti. Jika masa mengizinkan, tiada masalah kapten untuk menunaikan hajat anda

HARI KESEMBILAN DAN SEPULUH

ZURICH / GENEVA - KUALA LUMPUR

Alhamdulillah selesai sudah pengembaraan kita di Switzerland,pastinya pengalaman manis mengembara bersama kami akan anda ingati. Bonus setiap kembara kami akan kami berikan soft copy foto-foto yang di ambil oleh kapten kita di sana

PENGINAPAN

Penginapan pilihan kita adalah antara Homestay (Apartment/Banglo) atau Mobile home

Mobile home seperti di dalam gambar ini. Rumah kecil dengan 2 bilik, setiap bilik boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai dapur dan ruang tamu. Lebih selesa berbanding di hotel

KENDERAAN

KENDERAAN

Kita akan menggunakan MPV besar dan selesa boleh memuatkan 6-7 orang dalam satu masa beserta muatan luggage.

Untuk kapasiti 20 orang, kita akan menggunakan 3 - 4 kenderaan dengan konsep self drive. Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan kecil kita ada flexibility  dan mudah masuk ke tempat yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa. 

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf