SWISS ALPS

Kalau betul betul nak rasa Swiss ni macam mana, ikut kami jelajah Swizterland selama 10 Hari 07 Malam menjelajah merentasi pergunungan Alps, bermalam di kawasan kampung yang berlatarkan banjaran Alps yang indah di tepian tasik. Melalui jalan-jalan di pergunungan Alps yang terlampau indah untuk tidak kita lawati.

Terhad 14 orang sahaja 1 kembara

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
31558274567_2a7fb2426c_k.jpg

Kuala Lumpur - Zurich/Geneva - Interlaken

Hari Pertama - Kedua

Penerbangan kita menuju ke Zurich atau Geneva dari Kuala Lumpur.

Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 18 - 22 jam termasuk masa transit dan akan tiba pada hari ke dua

 

Setibanya di Swiss kita akan terus ke tempat penginapan di Interlaken. Hari kedua kita berehat dari perjalanan yang panjang dan malam biasanya kita adakan sesi taaruf

IMG_1780.jpg

Lauterbrunnen - Kandersteg

Hari Ketiga

2 perkampungan tercantik tetapi jarang dilawati akan kita jelajahi hari ini. 

Melihat ikan Trout sebesar lengan di tasik berwarna zamrud di Kandersteg. Minum Hot Chocolate di perkampungan yang dipenuhi air terjun di Lauterbrunnen, seumpama perkampungan Elf Rivendell di dalam filem Lord of the Rings.

Balik pasti akan teringat ingat

IMG_2110.jpg

Interlaken - Bern

Hari Keempat

Kita meneroka bandar tercantik di Swiss iaitu Bern, ibu negara Switzerland. Terasa seperti di zaman silam apabila berada di kota lama Bern. 

Habis melacak di Bern kita kembali ke Interlaken bagi sesiapa yang ingin mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang.

DSC_9553.jpg

Zermatt

Hari Kelima

Berjalan di rumah kayu klassik Swiss yang sudah berusia ratusan tahun di Zermatt.

 

Di Zermatt kita akan mengambil masa sekitar 3-4 jam untuk meneroka kampung kecil swiss yang masih terpelihari. Jangan terkejut jika tiada kenderaan di sini, kerana di dalam kampung ini tidak dibenarkan kenderaan berpetrol.

Di sini juga terletak gunung Matterhorn, gunung yang ada di dalam coklat Toblerone

Landscape-31.jpg

Mountain Pass

Hari Keenam

Perjalanan melalui kawasan pergunungan Alps yang sangat cantik dan di nobatkan antara 10 laluan tercantik di dunia. Namun laluan ini tidak dibuka sepanjang tahun dan dibuka bergantung pada keadaan cuaca.

DSC_1073.jpg

Verzasca

Hari Ketujuh

Ini kawasan penggambaran filem mission impossible. Empangan setinggi 720 kaki di pergunungan Alps. Di hujung empangan ini tersimpan sungai yang sangat jernih berwarna Zamrud yang sangat unik

Tidak dikenali oleh pelancong antarabangsa tetapi dikenali oleh masyarakat tempatan di sana. Orang lain tak pergi tetapi kami pergi

DSC_1647.jpg

Brunnen

Hari Kelapan

Santai sahaja hari ini kita ke Brunnen, peluang untuk mendapatkan cenderamata seperti swiss knife dengan harga lebih murah di kilang swiss knife dan peluang untuk memborong coklat sebelum balik ke Malaysia

Malam ini malam istimewa, kerana malam terakhir di Swiss kita akan mengadakan farewell dinner

Landscape-22.jpg

Zurich/Geneva - Kuala Lumpur

Hari Sembilan - Kesepuluh

Alhamdulillah selesai sudah pengembaraan kita di Switzerland,pastinya pengalaman manis mengembara bersama kami akan anda ingati. Bonus setiap kembara kami akan kami berikan soft copy foto-foto yang di ambil oleh kapten kita di sana

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Penginapan pilihan kita adalah Apartment yang selesa.

 

Penginapan di apartment juga memberikan kita pengalaman untuk menginap di tempat yang unik dengan pemandangan yang cantik yang hotel biasa tidak dapat berikan

 

Kelebihan menginap di apartment kita mempunyai dapur, ruang tamu yang lapang.

 

Cuma perlu berkompromi untuk tandas kerana bukan semua apartment mempunyai tandas di dalam bilik.

Pengangkutan

Kita akan menggunakan 2 MPV besar dan selesa boleh memuatkan 7-8 orang dalam satu kenderaan beserta muatan luggage.

Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan kecil kita ada flexibility  dan mudah masuk, berhenti di tempat RARE yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa. 

1 Kembara kita hanya membawa 14 orang sahaja

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk   

TARIKH PERLEPASAN

  • 20 Dec - 29 Dec 2019

  • 01 Apr - 10 Apr 2020

  • 12 Apr - 21 Apr 2020

  • 18 Aug - 27 Aug 2020

  • 12 Sep - 21 Sep 2020

  • 04 Oct - 13 Oct 2020

  • 14 Oct - 23 Oct 2020

  • 29 Nov - 8 Dec2020

  • 9 Dec - 18 Dec 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA 

MEDIUM RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan. Kembara MEDIUM RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare. Jadual lebih padat namun kebiasaannya malam adalah Free n Easy. Pengembaraan pula dengan kereta atau pun Coaster.

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 10,960 / pax (single)

RM 10,660 (berdua atau lebih)

RM 9,960( 2- 11 Tahun)

RM 3,500 ( 0 - 23 bulan)

***Tambahan RM700 untuk Disember

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 7,960 /pax (single)

RM 7,660 (berdua atau lebih)

RM 6,960 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,500 ( 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

​***penerbangan dari SIngapura

HARGA PENUH

SGD 3,810 / pax (single)

SGD 3,710 (berdua atau lebih)

SGD 3,470( 2- 11 Tahun)

SGD 1,320 ( 0 - 23 bulan)

***Tambahan SGD 240 untuk Disember

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 2,660 /pax (single)

SGD 2,560 (berdua atau lebih)

SGD 2,320 ( 2- 11 Tahun)

SGD 840 ( 0 - 23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman,perang dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf