SWEDEN-NORWAY

Journey To Lapland

ATURCARA PERJALANAN

10 Mac - 21 Mac 2020

12 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur

Day 2 : Stockholm

Day 3 : Stockholm - Kiruna

Day 4 : Kiruna - Lofoten

Day 5 : Lofoten (Svolvaer & Kabelvag)

Day 6 : Lofoten (Hamnoy, Reine & Å)

Day 7 : Lofoten (Vestvagøy, Trollfjord)

Day 8 : Lofoten - Gratangen

Day 9 : Gratangen - Abisko

Day 10 : Gratangen - Kiruna

Day 11 : Kiruna - Stockholm

Day 12 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Stockholm

2. Penerbangan pergi balik Stockholm - Kiruna

3. Kos pengangkutan darat

4. Penginapan (Apartment)

5. Insuran perjalanan**

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy
​8. Makan (Halfboard)


PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar / tiket

3. Perbelanjaan peribadi


Tertakluk kepada terma dan syarat

**Insuran Perjalanan hanya untuk warga Malaysia

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

RM 14,540 / pax (single)

RM 14, 240/pax (couple)

RM14, 040( 2- 11 Tahun)

RM 3,480 ( 1 - 23 bulan)

GROUND

RM 12,040 (single)

RM 11,740 /pax (couple)

RM 11,540 (2-11 tahun)

RM 2,980 (1-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 4,850 / pax (single)

SGD 4,750 /pax (couple)

SGD 4,690 / pax ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,160 ( 1 - 23 bulan)

GROUND

SGD 4,020 (single)

SGD 3,920 /pax (couple)

SGD 3,860 (2-11 tahun)

SGD 1,000 (1-23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR
Kita akan bersiap awal dan bersama-sama berkumpul di KLIA. Bersedia untuk melalui pengalaman 'rare' bersama kami di rarecation.

HARI KEDUA

STOCKHOLM

Setibanya kita di Ibu negara Sweden di Stockholm, kita akan mengambil kenderaan dan akan mengahala ke kediaman kita. Sesampai kita di rumah, suasana 'One Big Family' akan kita terapkan terutama ketika sama2 menyediakan juadah untuk makan malam pertama kita di kota Stockholm. Suasana keakraban ini lah yang akan kita bina sepanjang 13 hari kita bersama di Rarecation. Suasana kenduri Melayu, di bumi Lapland.

 

Ada masa, kita akan melawat bandar Stockholm, menghirup udara di ibu nagara salah satu negara Scandinavia itu. Nak ambil gambar bole rakam gambar sebanyak yang anda mahu dengan muka bumi Archipelago yang sememangnya sebuah ibu negara yang unik. Kita akan sama2 cari stock bekalan makanan kita untuk 10 hari semasa keberadaan kita di kawasan Lapland dan Lofoten nanti. Stok ayam halal, daging halal, sama2 kita bungkus untuk kembara kita seterusnya.

 

Selepas suasana makan malam dan ‘berkenduri' kita boleh berehat untuk persediaan pengembaraan yang akan bermula pada esok pagi. Sudah tentu kita rasa teruja dan tak sabar untuk pengembaraan Lapland.

HARI KETIGA

STOCKHOLM-KIRUNA

Pagi-pagi lepas bersarapan, kita akan check-out dan bersiap untuk ke Airport. kita akan menyambung kembara kita mennaiki penerbangan domestik, menuju ke Swedish Lapland. Kita perlu bertolak awal untuk menguruskan juga pemulangan kenderaan kita di Airport.

 

Penerbangan mengambil masa dalam sejam lebih. Ambil peluang untuk melihat pemandangan Lapland dari pandangan mata burung. Setiba di Kiruna, kita bersiap2 dengan urusan kenderaan kita. Selesai urusan kenderaan, kita pergi ke kediaman kita. bersiap2 untuk makan tengahari, dah selesai, yang nak berehat boleh berehat. Yang nak explore pekan Kiruna, kita bole pusing2 naik kenderaan untuk merakam kenangan sekitar pekan Kiruna.

 

Malam itu kita berehat secukupnya, pengembaraan ke bumi Lofoten, akan bermula esok. Lofoten here we go!! Tapi, malam ini, kita akan beraktiviti memburu Aurora Boreallis

HARI KEEMPAT

KIRUNA-LOFOTEN

Pagi2 lagi. kita bersiap bersarapan, dan siap2 juga tapau makanan untuk kembara ke Lofoten nanti. Maklumlah, di bumi scandinavia, mustahil kita bole jumpa kedai mamak tepi jalan. hehe jadi, kita siap2 makanan lunch kita, dan suasana kembara kita akan rasai masa kita bermusafir menuju ke bumi Lofoten. perjalanan lebih kurang 4 jam. Kalau ada spot2 yang menarik, kita singgah, rakam gambar terindah untuk kenangan terindah.

 

Sampai di Ballstad Lofoten, mungkin dalam waktu petang. Kita akan berkampung di situ selama 4 hari. Kita sama-sama unloading barang-barang keperluan, stock makanan, di situlah nanti kita akan makan dan bergelak ketawa sewaktu makan. Siap2 untuk persediaan lunch kita atau makan petang.

 

Dah selesai semua perihal check in, kita pusing2 dulu dekat2 perkampungan kita itu. Kediaman kita adalah suasana laut scandinavia yang indah permai. Suasana perkampungan nelayan ‘mat saleh’ akan menjamu pemandangan kita di sana.

 

Malam hari, kita sama-sama bergotong royong untuk majlis dinner kita. kita gempakkan dapur rumah Norway, dengan masakan Malaysia. masa tu kita sama2 mesyuwarah nak makan apa. kot2 nak makan ikan masak asam pedas, kita sama2 masak ikan asam pedas. hehe Perut dah kenyang, hati juga girang. Aktiviti malam, kita akan keluar memburu Aurora. Dah berada di Norway, tidak sah kalau kita tak cari Aurora Boreallis. Memburu Aorora adalah aktiviti kita setiap malam.

HARI KELIMA

LOFOTEN (Svolvaer & Kabelvag)

Macam biasa, pagi2 kita sarapan dulu. Dan seperti hari2 lain juga kita tapau juga siap2 lunch box untuk bekal makan tengahari kita nanti.

 

Hari ini, kita akan explore perkampungan Nelayan. kita lihat bagaimana ikan2 cod yang besar tu diproses. Kalau kat Malaysia kita tak tahu macamana pemprosesan ikan masin, kat sini kita tengok macamana ikan masin kat Norway ni di proses. Ikan masin diorang bukan ikan sepat macam yg kita makan kat malaysia tu. Ni ikan cod yang besar2 gedabak.

 

Yang nak bergambar dengan Nelayan2 bole ambil gambar banyak2. Kita explore setiap perkampungan. Yang nak kelainan kita bole sewa basikal, pusng2 kampung Nelayan Norway. Pastinya akan menjadi pengalaman rare untuk kita.

 

Dan seperti biasa, malam hari kita akan memburu Aurora Boreallis.

HARI KEENAM

LOFOTEN (Hamnoy, Reine & Å)

Seperti hari2 sebelum ini, rutin kita adalah bersarapan bersama, dan bersedia dgn lunch pack. Kerana hari ini kita akan bergerak ke perkampungan yang diibaratkan sebagai Jantung Lofoten.

 

Reine, adalah salah sebuah kampung dengan pemandangan tercantik di Lofoten. Kecantikan suasana Reine tidak perlu diulas dengan banyak lagi. Reine diibaratkan sebagai Jantung kepada Lofoten. Dalam perjalanan ke Reine, kita akan singgah untuk menyaksikan pemandangan indah di Hamnøy. Kita akan singgah di satu lokasi yang telah menjadi iconic kepada gambar pemandangan di Lofoten. Å juga adalah sebuah tempat dengan pemandangan yang indah. Namun setiap lokasi ada keunikannya sendiri. Kita amati dan hayati pemandangan2 indah di Lofoten selagi kita beraa di sana.

 

Petang kita pulang ke rumah. Bersiap2 dan bergotong royong bersama2 untuk persediaan dinner kita. Suasana makan malam sebagai sebuah keluarga biasa seperti biasa kita raikan. Malam hari, kita sambung lagi aktiviti kita memburu Aurora Boreallis.

HARI KETUJUH

LOFOTEN (Vestvagøy, Trollfjord)

Hari ini, kita akan ke Vestvagøy. Kita pelajari sejarah viking di negara Norway. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Tetapi, dengan sekali pandang dengan pemandangan cantik di Lofoten, ramai orang sudah jatuh cinta. Tetapi untuk berkenalan dengan lebih mendalam tentang sejarah Viking di Norway, kita akan pelajari sesuatu ketika melawat Muzeum Viking yang terletak di Vesrvagøy.

 

Norway memang terkenal dengan pemandangan antara fjord yang tercantik di dunia. Oleh kerana itu, hari ini kita akan menuju ke Trollfjord. Jika ada budget lebih, ada berpeluang untuk menikmati pemndangan fjord dari atas cruise. Pemandangan semulajadi Lofoten yang berkeadaa mukabumi Archipelago, pasti akan meninggalkan memori yang dalam kepada kita semua

HARI KELAPAN

LOFOTEN-GRATANGEN

Hari ini kita akan meninggalkan Lofoten, untuk aktiviti kita seterusnya ke bumi Lapland Sweden. Sementara itu, kita akan singgah di sebuah perkampungan indah di Gratangen. Di Gratangen, kita akan tinggal dengan penempatan penduduk tempatan. Kita ambil pengalaman untuk beramah mesra dengan pengalaman tinggal bersama penduduk tempatan. Melawat kebun binatang, jika ada bajet lebih, ambil kesempatan untuk menunggang kuda, menjelajah kawasan2 pedalaman untuk menambah pengalaman indah dalam percutian anda.

 

Macam biasa, untuk dinner, kita akan bergotong-royong untuk dinner kita. Selesai, kita sambung lagi misi mencari Aurora Boreallis dari pemandangan di Gratangen. Malam ini, kita perlu bersiap awal, kerana esok hari kita ada aktiviti tour yang kita nanti-nantikan.

Kita akan ke Abisko, untuk aktiviti Deer Sledging.

HARI KESEMBILAN

GRATANGEN-ABISKO

Selepas siap-siap bersarapan, dan siap sedia dengan lunch box. Aktiviti hari ini agak adventure. Kita akan menuju ke Abisko dari Gratangen. Perjalanan mungkin mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ambil peluang ini untuk merakamkan detik-detik indah dengan view pemandangan bumi Lapland. Kita akan merentas sempadan Norway untuk ke Sweden.

 

Setibanya di Abisko, kita akan menjelajah ke perkampungan orang asli Lapland dengan kenderaan tradisional masyarakat asli Lapland, Reindeer Sledge. Alami pengalaman melihat sendiri suasana masayarakat asli dan alami pengembaraan rare bersama-sama. Ia akan meninggalkan kenangan dan memori indah untuk percutian anda.

 

Petang itu, kita akan menikmati alam di Abisko. Setelah selesai kita pulang semula ke Gratangen.

HARI KESEPULUH

GRATANGEN-KIRUNA

Pengembaraan kita di mukabumi Lapland akan diteruskan lagi. Hari ini, kita akan bertolak ke Kiruna. Pengembaraan akan mengambil kira-kira 3 jam. sepanjang perjalanan kita akan nikmati pemandangan indah Lapland. Ambil masa untuk singgah jika ada port-port menarik untuk bergambar.

 

Di Kiruna, kita akan melawat Ice Hotel di Jukkasjarvi. Ice Hotel ini adalah seni binaan bangunan yang dibina khas daripada ais. Kita bertuah akan melawati bangunan unik ini. Ianya hanya wujud dari Oktober hingga April sahaja. Nikmati senibina dalaman dan suasana bangunan hotel daripada ais ini. Bagaimanalah keadaannya berada dalam bangunan ais tu kan. Tak sabar rasanya untuk sampai ke sana

HARI SEBELAS

KIRUNA-STOCKHOLM

Hari ini, kita akan bersarapan bersama-sama kali terakhir di bumi Sweedish Lapland, sebelum kita pulang ke kota besar Sweden, Stockholm. Kita bersiap-siap pagi dan ke Lapangan Terbang seawal mungkin untuk memudahkan pengurusan kita di sana.

HARI DUA BELAS 

KUALA LUMPUR

Pulang ke tanah air, Malaysia.

PENGINAPAN

Kita tidak menginap di hotel 5 bintang kerana pada Rarecation itu ialah anti-social. Kita akan menyewa beberapa unit apartment yang mencukupi untuk keluarga, pasangan dan solo traveler juga. Biasanya kami ambil apartment yang cozy seperti dalam foto ini, lengkap dengan kitchen dan dan pemandangan scenery yang sangat indah. Bayangkan anda bukak tingkap, nampak gunung ganang yang dihiasi salji. Cantik tak?

Keselesaan, kebersihan, privasi semua keutamaan dalam pemilihan apartment. 

KENDERAAN

KENDERAAN

Kita akan menggunakan MPV besar dan selesa boleh memuatkan 6-7 orang dalam satu masa beserta muatan luggage.

Untuk kapasiti 20 orang, kita akan menggunakan 3 - 4 kenderaan dengan konsep self drive. Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan kecil kita ada flexibility  dan mudah masuk ke tempat yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa. 

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf