ROMANIA

ATURCARA PERJALANAN

24 Okt - 5 Nov 2019

12 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Bucharest

Day 2 : Bucharest - Buzau

Day 3 : Breca Mud Volcanoes - Sinaia -

            Peles Castle – Pelisor Castle

Day 4 : Bran Castle - Magura

Day 5 : Brasov - Holbav Village -       

            Sighisoara

Day 6 : Biertan Village - Sibiu

Day 7 : Turda Salina - Maramures

Day 8 : Maramures

Day 9 : Maramures - Sighisoara

Day 10 : Sighisoara – Bucharest

Day 11 : Bucharest – Kuala Lumpur

Day 12 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Romania

2. Sewaan kereta

3. Minyak & tol sepanjang perjalanan

4. Makan (half-board)

5. Tiket keretapi

6. Penginapan (Homestay)

7. Insuran perjalanan

8. Baju Rarecation edisi terhad

9. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makanan di luar

2. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

HARGA

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 10,020 / pax (single)

RM 9,720 (berdua atau lebih)

RM 9,520 ( 2- 11 Tahun)

RM3,480 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

RM 7,520 / pax (single)

RM 7,220 (berdua atau lebih)

RM 7,020 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,980 ( 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,340 / pax (single)

SGD 3,240 (berdua atau lebih)

SGD 3,180 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,160 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

SGD 2,510 / pax (single)

SGD 2,410 (berdua atau lebih)

SGD 2,350 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,000 ( 0 - 23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - BUCHAREST

Kita akan berkumpul bersama-sama di KLIA sebelum memulakan pengalaman bersama Rarecation ke Romania yang terkenal sebagai negara yang kaya dengan kisah legenda dan tempat yang ala-ala fairytales.

HARI KEDUA

BUCHAREST - BUZAU

Pengembaraan kita akan bermula di Bucharest sejurus tiba di Lapangan Terbang Otopeni. Kita akan menuju ke penginapan pertama kita untuk pengembaraan ini iaitu di Buzau. Penginapan di Buzau nanti, kita akan tinggal di dalam sebuah rumah yang menempatkan kesemua ahli keluarga besar kita ni. Acara rewang pertama akan bermula pada malam ini dan akan dibuat setiap hari bersama-sama. Barulah kita semua akan lebih mesra dan akrab sepanjang pengembaraan Romania ni.

 

Selesai makan, kita berehat bagi menghilangkan penat untuk bangun keesokan hari dengan lebih segar dan bertenaga untuk pengembaraan ke Romania.

HARI KETIGA

BUZAU – BERCA MUD VOLCANO - SINAIA – PELES CASTLE – PELISOR CASTLE

Berpagi-pagi selepas sarapan, kita akan ke memandu ke Berca untuk merasai pengalaman berjalan di atas lumpur gunung berapi yang kelihatan seperti permukaan bulan. Haaa! Walaupun di bumi, kita ada pengalaman seperti pergi ke bulan.

 

Selepas daftar keluar penginapan, kita akan menuju ke Sinaia. Penginapan kita yang kedua di Romania ialah di Sinaia. Kita akan melawat ke Peles Castle dan juga Pelisor Castle.

HARI KEEMPAT

BRAN CASTLE – MAGURA

Jika semalam kita dah ke Peles Castle, hari ni kita akan ke Bran Castle pula untuk menziarah drakula. Eh! Jangan takut pulak, mana ada drakulanya. Istana ini dulu didiami oleh pemerintah Romania, Vlad Tepes atau dikenali dengan nama Count Dracul.

 

Selepas bergambar-gambar di kawasan Bran Castle ni, kita akan menuju ke kampung kecil yang terletak di Magura, kampung tercantik di Romania. Jika 50 tahun dulu, kampung di Magura ni hanya boleh sampai hanya dengan berjalan kaki atau menaiki kuda. Pemandangannya sangat cantik dengan berlatar belakangkan gunung Bucegi.

HARI KELIMA

BRASOV – HOLBAV VILLAGE – SIGHISOARA

 

Pagi ini kita akan meneruskan pengembaraan ke Brasov salah sebuah bandar yang sering dikunjungi sekiranya ke Transylvania. Dari Brasov kita akan menuju ke Holbav Village yang terkenal dengan landskapnya yang ala-ala fairytales.Di Holbav, kita masih boleh melihat anak-anak bermain di lembah selain ox-drawn cart di perkampungan yang menjalankan aktiviti perladangan.

 

Selesai berkelah di kawasan ladang, pengembaraan akan diteruskan ke Sighisoara. Sighisoara merupakan tempat kelahiran Vlad Tepes. Nanti boleh la kita mencuba kopi drakula yang terkenal di sana.

 

Sighisoara merupakan tempat penginapan kedua kita di Romania. Sebelah malam kita akan berjalan-jalan di bandar Sighisoara bagi melihat penduduk tempatan membuat persediaan menyambut krismas. Biasanya kita hanya melihat dalam drama dan telefilem sahaja, tetapi dengan trip ini, kita akan merasai sendiri suasana dan kemeriahan yang mereka lakukan.

HARI KEENAM

BIERTAN VILLAGE – SIBIU

 

Pagi ini kita akan memulakan pengembaraan seterusnya dengan menuju ke Biertan Village. Biertan Village merupakan salah sebuah kampung yang tersenarai sebagai UNESCO World Heritage Sites semenjak tahun 1993. Jangan terkejut ya, di sini penggunaan kereta kuda masih lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk di sini. Salah satu pencapaian yang menjadi kebanggaan penduduk di sini ialah hanya satu rekod penceraian dalam tempoh 300 tahun. Emmmm… Kena dapatkan petua harmoni rumahtangga, ni.

 

Pengembaraan kita diteruskan dengan pemanduan ke Sibiu yang terkenal dengan bandar yang kaya dengan budaya dan tarikan pelancongan. Antara tarikan di Sibiu ialah The Large Square, Muzium Brukenthal, Gereja Evangelic dan Liars’ Bridge. Kita akan menginap di Sibiu selama tiga malam.

HARI KETUJUH

TURDA SALINA – MARAMURES

 

Pagi ini kita akan menuju ke Turda bagi menerokai lombong garam bawah tanah sedalam 400 kaki yang tertua di dunia. Tapi aktiviti perlombongan tidak dilakukan lagi selepas tahun 1932. Sekarang ini, lombong garam tertua ini telah dijadikan taman rekreasi. Selain boleh mendayung sampan di dalam lombong ini, pengunjung boleh menaiki ferris wheel selain melalukan beberapa aktiviti lain lagi.

 

Usai meneroka Turda Salina, kita akan memandu ke Maramures untuk meneroka melihat kampung tradisional di Romania.  

HARI KELAPAN

MARAMURES

 

Selesai sarapan, kita akan menjelajah tempat-tempat menarik dan kampung tradisional di sini. Jika bernasib baik, kita boleh melihat tarian tradisional oleh penduduk tempatan. Hey, majlis perkahwinan tradisional pun menarik tau. Inilah peluang untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan.

HARI KESEMBILAN

MARAMURES - SIGHISOARA

 

Selesai daftar keluar dari penginapan di Maramures, kita akan memandu ke Sighisoara. Singgah di Sighisoara kali ni, bolehlah kita minum-minum di Café yang ada tawarkan kopi drakula. Boleh la juga dibeli untuk dijadikan tanda ingatan bila pulang ke tanah air nanti. Sambil petang-petang makan keropok lekor dan pisang goreng, layan la nostalgia melawat negara drakula hari tu.

HARI KESEPULUH

SIGHISOARA - BUCHAREST

 

Selesai sarapan pagi kita akan daftar keluar dari penginapan di Sighisoara dan memandu ke Bucharest. Bucharest terkenal dengan jolokan nama ‘Little Paris of the East’ satu ketika dulu. Di Bucharest kita akan melawat tempat-tempat menarik seperti Palace of the Parliament, Stavropoleos Church selain berkelah di Cismigiu Garden.

 

Penginapan di Bucharest ini merupakan penginapan terakhir kita di Romania sebelum kita mengambil penerbangan pulang.

HARI KESEBELAS

BUCHAREST – KUALA LUMPUR

 

Kita akan bersiap-siap untuk menuju ke Lapangan Terbang Otopeni bagi penerbangan balik ke Malaysia.

PENGINAPAN

HARI KEDUA BELAS

KUALA LUMPUR

 

Kita akan tiba di Kuala Lumpur selepas 19 jam perjalanan membawa bersama kenangan dan pengalaman pengembaraan ke Romania dan Istanbul bersama Rarecation.

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Kita akan menyewa apartment atau guest house yang membolehkan kita merewang. Jika bersesuaian, kita mungkin akan menginap di rumah ladang (bergantung kepada bilangan peserta). Kita tidak akan menginap di hotel yang tidak membolehkan aktiviti masak-masak tidak boleh dilakukan.  

Pemilihan penginapan mengutamakan keselesaan dan kebersihan supaya pengembaraan kita akan lebih menggembirakan.

KENDERAAN

KENDERAAN

Kita akan menggunakan kereta persendirian yang disewa sepanjang pengembaraan di Romania. Kita akan menyewa kereta yang boleh memuatkan 6 orang di dalam sebuah kereta. Bagi perjalanan di dalam Istanbul. kita akan berjalan-jalan dengan menaiki keretapi.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf