ROMANIA

Hidden gems of europe, pengembaraan terbaik ke tanah kelahiran Dracula. Gunung bersalji, perkampungan eropah klassik sedang menanti kita

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan yang dikongsikan ini bermula dari Punta Arenas. 

 
rm1.png

Kuala Lumpur - Bucharest

Hari Pertama 

 

Penerbangan akan mengambil masa sekitar 13 -16 jam bergantung pada masa transit kita.

rm2.png

Bucharest

Hari Kedua

Pengembaraan ke Tiba di Bucharest kita akan berehat dahulu di Bucharest sebelum memulakan perjalanan pada esok hari

rm3.png

BUZAU - BERCA MUD VOLCANO - SINAIA 

Hari Ketiga

Berpagi-pagi selepas sarapan, kita akan ke memandu ke Berca untuk merasai pengalaman berjalan di atas lumpur gunung berapi yang kelihatan seperti permukaan bulan. Haaa! Walaupun di bumi, kita ada pengalaman seperti pergi ke bulan. Cantik ni kalau kita dapat berbaju raya beramai-ramai. Belum ada lagi trip Rarecation beraya sampai ke bulan. 

 

rm4.png

PELES CASTLE - BRASOV

Hari Keempat

Selepas daftar keluar, kita akan menuju ke Sinaia. Sinaia merupakan tempat terletaknya Peles Castle dan juga Pelisor Castle.

 

Kita akan mengunjungi Peles Castle yang cantik. Tidak mustahil istana ini sering dijadikan lokasi penggambaran drama moden yang berkisarkan istana.

 

Selesai melawat Peles Castle, kita akan terus ke penginapan kedua kita di Brasov.

rm7.png

MARAMURES

Hari Ketujuh - Hari Kelapan

Aktiviti pertama kita di Maramures ialah menaiki Mocanita iaitu keretapi wap di kawasan tepian bukit. Kita juga dapat melihat dan mencuba tarian tradisional semasa aktviti menaiki Mocanita ini. Ha! jangan sampai tak nak balik pula bila seronok tengok persembahan tradisional nanti.

Seterusnya kita juga akan mengunjungi Merry Cemetery sebuah tanah perkuburan yang paling ceria di dunia. Terdapat lukisan perihal si mati selain puisi berkenaan si mati di atas kubur mereka.

Selain itu, kita akan melihat gereja kayu pertama yang dibina di Maramures.

10.png

SIGHISOARA - BUCHAREST 

Hari Kesebelas

Selesai sarapan pagi kita akan daftar keluar dari penginapan di Sighisoara dan memandu ke Bucharest. Bucharest terkenal dengan jolokan nama ‘Little Paris of the East’ satu ketika dulu. Di Bucharest kita akan melawat tempat-tempat menarik yang kita tidak sempat kunjungi pada hari pertama tiba.

 

Penginapan di Bucharest ini merupakan penginapan terakhir kita di Romania sebelum kita mengambil penerbangan pulang.

rm5.png

BRAN CASTLE - RASNOV FORTRESS - 

Hari Kelima

Pagi ini kita akan meneruskan pengembaraan ke Brasov salah sebuah bandar yang sering dikunjungi sekiranya ke Transylvania.

 

Jika semalam kita dah ke Peles Castle, hari ni kita akan ke Bran Castle pula untuk menziarah drakula. Eh! Jangan takut pulak, mana ada drakulanya. Istana ini dulu didiami oleh pemerintah Romania, Vlad Tepes atau dikenali dengan nama Count Dracul.

 

Selepas bergambar-gambar di kawasan Bran Castle ni, kita akan menuju ke kubu kecil yang masih didiami penduduk tempatan yang terletak di Rasnov. 

Pemandangan dari puncak Rasnov Fortress ini memang cantik. Tapi kena mendaki sedikit. Jangan risau, ianya tidaklah terlalu tinggi.

rm8.png

MARAMURES - SIGHISOARA

Hari Kesembilan

Selesai sarapan dan daftar keluar, kita akan meneruskan perjalanan ke Sighisoara. Hari ini adalah hari perjalanan sahaja disebabkan jarak yang agak jauh.

Walaubagaimanapun, kita akan berhenti sekiranya terdapat pemandangan yang cantik untuk kita meluruskan urat-urat sebentar sambil menikmati kopi sebelum meneruskan semula perjalanan.

11.png

BUCHAREST - KUALA LUMPUR

Hari Kedua belas

 

Kita akan bersiap-siap untuk menuju ke Lapangan Terbang Otopeni bagi penerbangan balik ke Malaysia.

rm6.png

TURDA SALINA

Hari Keenam

Pagi ini kita akan menuju ke Turda bagi menerokai lombong garam bawah tanah sedalam 400 kaki yang tertua di dunia. Tapi aktiviti perlombongan tidak dilakukan lagi selepas tahun 1932. Sekarang ini, lombong garam tertua ini telah dijadikan taman rekreasi. Selain boleh mendayung sampan di dalam lombong ini, pengunjung boleh menaiki ferris wheel selain melalukan beberapa aktiviti lain lagi.

 

Usai meneroka Turda Salina, kita akan menuju ke penginapan di Maramures untuk meneroka kawasan dan adat budaya di kawasan luar bandar Romania.  

rm9.png

SIGHISOARA - BRASOV

Hari Kesepuluh

Sighisoara merupakan tempat kelahiran Vlad Tepes. Nanti boleh la kita mencuba kopi drakula yang terkenal di sana. Tapi katanya kopi drakula sudah ditamatkan penghasilannya. Tapi, kita masih boleh minum kopi di kedai yang pernah menjual kopi drakula sebelum ini. Kedai kopi inilah rumah kelahiran drakula.

 

Bandar lama Sighisoara terkenal dengan bangunannya yang berwarna-warni terdiri daripada warna-warna pastel. Hanya di sini kita akan melihat sisi Romania yang paling ceria warna bangunannya.

 

12.png

KUALA LUMPUR

Hari Ktiga belas

Kita akan tiba di Kuala Lumpur selepas 19 jam perjalanan membawa bersama kenangan dan pengalaman pengembaraan ke Romania dan Istanbul bersama Rarecation.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Kita akan menyewa apartment, hotel atau guest house yang bersesuaian dengan keadaan dan jaduah perjalanan kita. Jika bersesuaian, kita mungkin akan menginap di rumah ladang (bergantung kepada bilangan peserta). 

Pemilihan penginapan mengutamakan keselesaan dan kebersihan supaya pengembaraan kita akan lebih menggembirakan.

Pengangkutan

Kita akan menggunakan bas kecil yang disewa sepanjang pengembaraan di Romania. Sekiranya bilangan peserta tidak ramai, kita akan menyewa kereta dan memandu sendiri bagi trip ini. 

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 24 Mar - 05 Apr 2020

  • 09 Oct - 20 Oct 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA 

MEDIUM RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan. Kembara MEDIUM RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare. Jadual lebih padat namun kebiasaannya malam adalah Free n Easy. Pengembaraan pula dengan kereta atau pun Coaster.

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 10,020 / pax (single)

RM 9,720(berdua atau lebih)

RM 9,520 (2 - 11 tahun)

RM 3,480 (0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 7,020 / pax (single)

RM 6,720 (berdua atau lebih)

RM 6,520 (2 - 11 tahun)

RM 2,980 (0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

***Perlepasan dari Singapura​

HARGA PENUH

SGD 3,490 / pax (single)

SGD 3,390 (berdua atau lebih)

SGD 3,330 (2 - 11 tahun)

SGD 1,310 (0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 2,340 / pax (single)

SGD 2,240 (berdua atau lebih)

SGD 2,180 (2 - 11 tahun)

SGD 1,000 (0 - 23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf