RENTAS JEPUN

TIADA KEMBARA SEPERTI INI. IT'S LAND TRAVEL EPERIENCE WHERE 

DESTINATION JUST COME 2ND

ATURCARA PERJALANAN

5 -16 Nov 2019

5 - 16 Nov 2020

12 HARI 10 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Chitose

Day 2 : Hakodate

Day 3 : Kakunodate Bukeyashiki

Day 4 : Tokyo

Day 5 : Kawaguchiko

Day 6 : Tokyo

Day 7 : Kurobe Gorge

Day 8 : Shirakawago

Day 9 : Kyoto

Day 10 : Kurashiki
Day 11 : Takachiho Gorge
Day 12 : Fukuoka - Kuala Lumpur

PAKEJ

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Sapporo, Fukuoka - Kuala Lumpur

2. JR PASS untuk 14 hari

3. Penginapan (Homestay/Campsite)

4.  Makan (half-board)

5. Insuran perjalanan

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

** Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

HARGA

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 9,690 / pax (single)

RM 9,390 (berdua atau lebih)

RM 9,190 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,350 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

RM 7,890/pax (single)

RM 7,590/pax (berdua atau lebih)

RM 7,390 (2-11 tahun)

RM 1,850 (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,230 / pax (single)

SGD 3,130 (berdua atau lebih)

SGD 3,070 ( 2- 11 Tahun)

SGD 780 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

SGD 2,630 /pax (single)

SGD 2,530 /pax (berdua atau lebih)

SGD 2,470 (2-11 tahun)

SGD 620 (0-23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR-SAPPORO

 

Kesemua peserta akan berkumpul di KLIA2 pada jam 7 malam untuk bersedia menaiki pesawat AirAsia X ke Sapporo pada jam 11 malam. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 8 jam.

HARI KEDUA

SAPPORO

Youkoso! Selamat datang! :)


Tiba di New Chitose Airport, Sapporo pada jam 8 pagi. Di lapangan terbang ini terdapat cawangan restoran yang ‘muslim-friendly’ sekiranya peserta ingin mengalas perut sebelum memulakan perjalanan. Kita akan check in di Hakodate, berjalan di sekitar Red Brick Warehouse dan seterusnya menikmati 'The Million Dollar View of Japan" dengan menaiki cable car.

HARI KETIGA

CHITOSE-KAKUNODATE-TOKYO

Kita akan singgah di perkampungan samurai di Kakunodate Bukeyashiki sebelum meneruskan perjalanan ke Tokyo. Bila kita berjalan kaki ke perkampungan ini, kita akan dapat menikmati keindahan 'intense' foliage di hadapan rumah rumah tradisional samurai yang berusia ratusan tahun yang masih dipelihara dengan baik.

Kita akan meneruskan perjalanan ke Tokyo dengan menaiki shinkansen dari Morioka.


HARI KEEMPAT

TOKYO


Hari untuk kita meneroka antara the most densely populated city in the world -Tokyo. Hari untuk menikmati BBQ wagyu beef yang cair di mulut setelah penat mencari souvenir di Takeshita Street.

Kita juga akan singgah menziarahi Tokyo Camii, masjid yang terbesar di seluruh Jepun.

HARI KELIMA

KAWAGUCHIKO

Pengembaraan kita takkan lengkap tanpa persinggahan di landmark #1 Jepun - Gunung Fuji.

Jika cuaca baik dan mengizinkan, kita akan menaiki cable car, ataupun cruising around the lake, atau berbasikal - apa sahaja yang anda mahu lakukan di sini. Kita akan menikmati piknik bento di tepi tasik sambil berjiwang menikmati keindahan foliage di sekitarnya,

HARI KEENAM

TOKYO-KUROBE

Dari Tokyo kita akan ke Kurobe di wilayah Toyama - bersedia untuk menghayati keindahan foliage di kiri dan kanan sepanjang perjalanan.

Pada waktu malamnya kita akan menikmati kesegaran seafood sambil ditemani angin sepoi bahasa di tepi pantai. 

HARI KETUJUH

KUROBE GORGE

Antara jurang terdalam di seluruh Jepun. Bukan hanya yang terdalam malah tercantik sehingga menjadi tarikan local Japanese from around the country apabila menjelangnya autumn. Kita akan menaiki keretapi menelusuri terowong dan memerhati gunung serta sungai yang berwarna turqoise - rata rata bekas peserta rated experience ini sebagai main highlight of the whole trip.

HARI KELAPAN

SHIRAKAWAGO

Bersedia untuk salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1995 yang sangat terkenal di Jepun. Shirakawago merupakan perkampungan di sepanjang lembah Sungai Shogawa. Apa yang menjadikan Shirakawago istimewa adalah bentuk rumahnya seakan ‘gassho’ iaitu kedua tapak tangan yang dicantumkan di dalam posisi berdoa. Ada di antara rumah ini yang sudahpun berusia 250 tahun. Kawasan ini sebenarnya cantik untuk dilawati pada semua musim termasuklah musim luruh. 

HARI KESEMBILAN

KYOTO

Tidak cukup kiranya jika ke Jepun tetapi tidak singgah ke Kyoto - satu lagi bandar yang menarik yang dipenuhi dengan bangunan tradisional yang dipenuhi dengan elemen ketimuran dan sejarah yang cantik. 

Kita akan ke Arashiyama Bamboo Forest sebelum ke Gion iaitu 'geisha district' yang terkenal di seluruh dunia. 

Siapa itu geisha? Kita akan terangkan ketika kita berjalan jalan mengopi di sekitar Gion nanti.

HARI KESEPULUH

KURASHIKI

Keindahan perkampungan tradisional di Okayama ini tidak asing di kalangan pencinta sejarah Jepun. Di sini kita boleh menaiki sampan yang didayung oleh pakcik pakcik berusia 50-an. Jalan kaki depan sikit, kita akan jumpa jumpa dengan longkang yang bukan sahaja bersih malah ada ikan ikan koi yang berenang bebas di dalamnya.

Tiada siapa yang dapat deny betapa cantik dan bersihnya Jepun secara general. Kurashiki merupakan satu tempat yang terbaik untuk menghayati keindahan kampung dan kecantikan senibina tradisionalnya.

Kita akan meneruskan perjalanan ke Hakata, Fukuoka.

HARI KESEBELAS

TAKACHIHO GORGE

Satu ngarai (canyon) yang sangat cantik yang terbentuk dari plat gunung berapi - bersama kita menaiki sampan sambil menikmati keindahan air terjun yang mengalir masuk ke dalam sungai.
 

Peak autumn merupakan waktu terbaik untuk ke sini - and we are going to do just that.

HARI DUA BELAS

HAKATA - KUALA LUMPUR

Kita akan bergerak pulang ke Kuala Lumpur dari Hakata city hanya selepas kita menikmati kecantikan Ohori Park dan juga sedikit lagi aktiviti 'last-minute shopping' di Canal City.

Aktiviti 'Rentas Jepun' kita dari utara ke selatan akan berakhir di sini.

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Penginapan di Jepun, kita akan menginap di Homestay. Rasakan pengalaman unik menginap di rumah Jepun, seperti rumah Nobita dan Doraemon.  

KENDERAAN

KENDERAAN

SAYA MAHU PERGI

KENDERAAN

Kenderaan utama kita adalah kereta api. Japan Railway pass akan di berikan untuk perjalanan kita ini. Jangan risau Japan Railway pass kita sah untuk penggunaan selama 14 hari, sesuai untuk kembara kita

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf