RENTAS JEPUN

Dari kereta api laju sehingga keretapi paling klassik. Tiada yang setaranya, satu satunya kembara membawa kita dari selatan ke utara Jepun. It's a land travel experience, where destination just come 2nd

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
R78-00093.jpg

KUALA LUMPUR - SAPPORO 

Hari Pertama 

Kesemua peserta akan berkumpul di KLIA2 pada jam 7 malam untuk bersedia menaiki pesawat AirAsia X ke Sapporo pada jam 11 malam. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 8 jam.

R78-00435.jpg

SAPPORO

Hari Kedua

Tiba di New Chitose Airport, Sapporo pada jam 8 pagi. Di lapangan terbang ini terdapat cawangan restoran yang ‘muslim-friendly’ sekiranya peserta ingin mengalas perut sebelum memulakan perjalanan. Kita akan check in di Hakodate, berjalan di sekitar Red Brick Warehouse dan seterusnya menikmati 'The Million Dollar View of Japan" dengan menaiki cable car.

R78-00492.jpg

CHITOSE - KAKUNODATE - TOKYO

Hari Ketiga

Kita akan singgah di perkampungan samurai di Kakunodate Bukeyashiki sebelum meneruskan perjalanan ke Tokyo. Bila kita berjalan kaki ke perkampungan ini, kita akan dapat menikmati keindahan 'intense' foliage di hadapan rumah rumah tradisional samurai yang berusia ratusan tahun yang masih dipelihara dengan baik.

Kita akan meneruskan perjalanan ke Tokyo dengan menaiki shinkansen dari Morioka.

R78-00209.jpg

TOKYO

Hari Keempat


Hari untuk kita meneroka antara the most densely populated city in the world -Tokyo. Hari untuk menikmati BBQ wagyu beef yang cair di mulut setelah penat mencari souvenir di Takeshita Street.

Kita juga akan singgah menziarahi Tokyo Camii, masjid yang terbesar di seluruh Jepun.

R78-09801.jpg

KUROBE GORGE

Hari Ketujuh

Antara jurang terdalam di seluruh Jepun. Bukan hanya yang terdalam malah tercantik sehingga menjadi tarikan local Japanese from around the country apabila menjelangnya autumn. Kita akan menaiki keretapi menelusuri terowong dan memerhati gunung serta sungai yang berwarna turqoise - rata rata bekas peserta rated experience ini sebagai main highlight of the whole trip.

R78-09874.jpg

KURASHIKI

Hari Kesepuluh

Keindahan perkampungan tradisional di Okayama ini tidak asing di kalangan pencinta sejarah Jepun. Di sini kita boleh menaiki sampan yang didayung oleh pakcik pakcik berusia 50-an. Jalan kaki depan sikit, kita akan jumpa jumpa dengan longkang yang bukan sahaja bersih malah ada ikan ikan koi yang berenang bebas di dalamnya.

Tiada siapa yang dapat deny betapa cantik dan bersihnya Jepun secara general. Kurashiki merupakan satu tempat yang terbaik untuk menghayati keindahan kampung dan kecantikan senibina tradisionalnya.

Kita akan meneruskan perjalanan ke Hakata, Fukuoka.

R78-00831.jpg

KAWAGUCHIKO

Hari Kelima

Pengembaraan kita takkan lengkap tanpa persinggahan di landmark #1 Jepun - Gunung Fuji.

Jika cuaca baik dan mengizinkan, kita akan menaiki cable car, ataupun cruising around the lake, atau berbasikal - apa sahaja yang anda mahu lakukan di sini. Kita akan menikmati piknik bento di tepi tasik sambil berjiwang menikmati keindahan foliage di sekitarnya,

R78-09857.jpg

SHIRAKAWAGO

Hari Kelapan

​Bersedia untuk salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1995 yang sangat terkenal di Jepun. Shirakawago merupakan perkampungan di sepanjang lembah Sungai Shogawa. Apa yang menjadikan Shirakawago istimewa adalah bentuk rumahnya seakan ‘gassho’ iaitu kedua tapak tangan yang dicantumkan di dalam posisi berdoa. Ada di antara rumah ini yang sudahpun berusia 250 tahun. Kawasan ini sebenarnya cantik untuk dilawati pada semua musim termasuklah musim luruh. 

R78-00833.jpg

TAKASHIHO GERGE

Hari Kesebelas

 

​Satu ngarai (canyon) yang sangat cantik yang terbentuk dari plat gunung berapi - bersama kita menaiki sampan sambil menikmati keindahan air terjun yang mengalir masuk ke dalam sungai.
 

Peak autumn merupakan waktu terbaik untuk ke sini - and we are going to do just that.

R78-09726.jpg

TOKYO - KUROBE

Hari Keenam 

Dari Tokyo kita akan ke Kurobe di wilayah Toyama - bersedia untuk menghayati keindahan foliage di kiri dan kanan sepanjang perjalanan.

Pada waktu malamnya kita akan menikmati kesegaran seafood sambil ditemani angin sepoi bahasa di tepi pantai. 

R78-09974.jpg

KYOTO

Hari Kesembilan

Tidak cukup kiranya jika ke Jepun tetapi tidak singgah ke Kyoto - satu lagi bandar yang menarik yang dipenuhi dengan bangunan tradisional yang dipenuhi dengan elemen ketimuran dan sejarah yang cantik. 

Kita akan ke Arashiyama Bamboo Forest sebelum ke Gion iaitu 'geisha district' yang terkenal di seluruh dunia. 

Siapa itu geisha? Kita akan terangkan ketika kita berjalan jalan mengopi di sekitar Gion nanti.

R78-00338.jpg

HAKATA - KUALA LUMPUR

Hari Kedua Belas

Kita akan bergerak pulang ke Kuala Lumpur dari Hakata city hanya selepas kita menikmati kecantikan Ohori Park dan juga sedikit lagi aktiviti 'last-minute shopping' di Canal City.

Aktiviti 'Rentas Jepun' kita dari utara ke selatan akan berakhir di sini.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Penginapan di Jepun, kita akan menginap di apartment atau local house. Kelebihan menginap di kediaman seperti ini kita mempunyai ruang tamu, dapur yang selesa. Kita juga dapat merasakan budaya orang jepun. 

Cuma perlu berkompromi sedikit tentang tandas kerana bukan setiap bilik di dalam apartment mempunyai tandas. 

Pengangkutan

Kenderaan utama kita adalah kereta api. Japan Railway pass akan di berikan untuk perjalanan kita ini. Jangan risau Japan Railway pass kita sah untuk penggunaan selama 14 hari, sesuai untuk kembara kita

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 02 - 13 Apr 2020

  • 05 - 16 Nov 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA EXTREME RARE

Untuk mereka yang betul betul mahukan cabaran dan keselesaan di letakkan faktor yang terakhir. Meneroka laluan yang sangat jarang dijejaki namun menjanjikan keindahan dan pengalaman yang sangat sukar untuk di temui. Tidur di dalam keretapi, menaiki jip , adakalanya kereta lembu atau kenderaan yang jarang di jumpai untuk tiba ke destinasi. Di destinasi pula, tiada hotel berbintang bintang di janjikan cuma cukup untuk rehat dan keselesaan yang ng mencukupi untuk kita meneruskan pengembaraan. 

PENYERTAAN MAKSIMA : 14 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 10,990 / pax (single)

RM 10,690 (berdua atau lebih)

RM 10,490 (2 - 11 tahun)

RM 2,350 (0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 8,990 / pax (single)

RM 8,690 (berdua atau lebih)

RM 8,490 (2 - 11 tahun)

RM 1,850 (0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

***penerbangan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 4,020 / pax (single)

SGD 3,920 (berdua atau lebih)

SGD 3,820 (2 - 11 tahun)

SGD 1,130 (0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 3,000 / pax (single)

SGD 2,900 (berdua atau lebih)

SGD 2,800 (2 - 11 tahun)

SGD 620 (0 - 23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf