RENTAS EROPAH

Perjalanan sejauh 3500km merentasi benua eropah menggunakan kereta api

ATURCARA PERJALANAN

14 Oct - 25 Oct 2019
12 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Istanbul

Day 2 : Istanbul

Day 3 : Istanbul - Bucharest

Day 4 : Bucharest - Budapest

Day 5 : Budapest

Day 6 : Budapest - Munich

Day 7 : Munich - Paris

Day 8 : Paris

Day 9 : Paris - London

Day 10 : London

Day 11 : London - Kuala Lumpur

Day 12 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Istanbul, London - Kuala Lumpur

2. Pengangkutan sepanjang perjalanan

3. Penginapan 

4. Insuran perjalanan

5. Makan (half-board)

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy​


PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi


Tertakluk kepada terma dan syarat

Insuran Perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

harga

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

RM 10,870 / pax (single)

RM 10,570 / pax (berdua atau lebih)

RM 10,370 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,990 ( 1 - 23 bulan)

GROUND

RM 8,370 / pax (single)

RM 8,070 / pax (berdua atau lebih)

RM 7,870 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,490 ( 1 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

***penerbangan dari Singapura

SGD 3,970 / pax (single)

SGD 3,870 / pax (berdua atau lebih)

SGD 3,810 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,350 ( 1 - 23 bulan)

GROUND

SGD 2,790 / pax (single)

SGD 2,690 / pax (berdua atau lebih)

SGD 2,630 ( 2- 11 Tahun)

SGD 840 ( 1 - 23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - ISTANBUL

Penerbangan kita dari Kuala Lumpur ke Istanbul sekitar 13 - 16 jam sahaja mengikut pilihan penerbangan. Berehat dahulu  di dalam penerbangan ke Istanbul ini sebelum perjalanan terpanjang di dalam Rarecation ini bermula

HARI KEDUA

ISTANBUL

Hari ini, misi kita melawat Kota Istanbul, melihat kehebatan senibina Hagia Sophia dan juga Masjid Biru. 2 bangunan terbesar terindah dan terbesar menyimpan 1001 kisah jatuh bangun empayar Uthmaniyah. Perjalanan merentas eropah ini membawa kita melihat transisi budaya dan kepercayaan dari sebuah negara Islam sehingga ke negara musuhnya. Juga melihat sendiri kaitannya perjalanan kereta api ini dengan tumbangnya Empayar Khalifah terakhir, bagaimana hutang atas nama kemodenan akhirnya memusnahkan.

Hotel penginapan tidak jauh dari Blue Mosque (Masjid Sultan Ahmet) dan nampaknya kita akan pergi solat Subuh di situ.

HARI KETIGA

ISTANBUL - BUCHAREST

Perjalanan sejauh 3458 km dalam laluan ini akan bermula di Istanbul Sirkerci Station ke Bucharest. Perjalanan ini agak panjang dan akan mengambil masa sekitar 19 jam keseluruhannya termasuk berhenti sekitar 1 jam di sempadan Turkey - Bulgaria untuk tujuan mengecop passport. Selepas dari itu, anda boleh simpan passport itu semula sehingga memasuki UK kerana tiada lagi cop passport merentasi negara-negara Eropah. Oh, diingatkan juga semasa di Istanbul elok kita bawa bekalan makanan yang mencukupi sebelum menaiki tren Bosfor ke Bucharest kerana tiada restoran di dalamnya. Makanlah kita bekalan yang kita bawa dari Istanbul untuk 19 jam itu. Untuk perjalanan ini, yang berpasangan suami isteri di harap bersabar, perjalan ini kita akan terpisah sebentar antara suami isteri.

HARI KEEMPAT

BUCHAREST - BUDAPEST

Ada masa untuk eksplorasi Bucharest. Mungkin kita boleh tinjau kemungkinan untuk berjalan kaki ataupun menyewa basikal mengikut kesesuaian. Kita akan teruskan perjalanan pada hari berikutnya dari Bucharest ke Budapest. Tren ini ialah tren bermalam dan kita akan berada di sini sekitar 17 jam perjalanannya dan seperti sebelum ini, penyusunan bilik di kereta api ini  antara lelaki dan perempuan.

 

Jangan risau dengan dengan perjalanan yang panjang, pada waktu siang, pemandangannya sangat indah untuk kita nikmati sampai Budapest.

HARI KELIMA

BUDAPEST

Di Budapest kita juga punyai masa yang banyak untuk menerokai bandaraya ini yang menemukan dua bandar iaitu Buda dan Pest. Itu sebab namanya Budapest dan kedua-dua bandar ini dihubungkan oleh jambatan-jambatan yang cantik. Jika mahu kita boleh menyewa basikal mengelilingi kota budapest ini. Malam ini kita tidur di Budapest sebelum menyambung perjalanan ke Munich pada awal pagi esok

HARI KEENAM

BUDAPEST - SALZBURG - MUNICH

Dari Budapest, kita bertolak insyaAllah awal pagi ke Munich. Mengapa awal pagi? Kerana ada masa kita menaiki Railjet tren untuk kita ke Munich dan membuat singgahan selama 2-3 jam di Vienna. Jika masa mengizinkan kita menaiki tren semula sehingga ke Salzburg untuk singgahan selama 5 jam, jika keindahan kota Vienna memegang kita terlalu lama. Maka Salzburg terpaksa kita lepaskan dan meneruskan perjalanan terus ke Kota Munich dan dijangka tiba sebelum tengah malam.

HARI KETUJUH

MUNICH - PARIS

Esok paginya, kita sudah boleh mula menerokai Kota Munich sebelum perjalanan kita diteruskan ke Kota Cinta Agong bagi orang yang hatinya ada taman iaitu KOTA PARIS. Perjalanan menaiki keretapi laju dari Munich menuju ke Paris memang akan membuatkan kita rindu dengan pemandangan ini. Kita akan menyaksikan kampung-kampung orang Inggeris sepanjang perjalanan. Ketibaan kita InsyaAllah di Stesyen Gare Du Est dan kita akan samaada menaiki tren ataupun menaiki basikal mengembara menyusuri lorong-lorong di Kota Paris ini.

HARI KELAPAN

PARIS

We have one whole day hari ini di Kota Paris. Boleh berjalan-jalan Paris ke Eiffel Tower, Trocadero dan Musee Du Louvre. Setelah penat semalam menaiki bas dan keretapi berjalan di sekitar bandar Paris, kali ni kita akan cuba pula menaiki Ferry Cruise servis melaui Sungai Seine yang mengalir melalui kota Paris yang akan membawa kita melewati setiap jalan air (sungai) di sekitar Paris. Antara aktiviti yang akan memberi seribu kenangan terutamanya kepada pasangan yang pergi secara couple sejajar dengan namanya Kota Cinta. Romantiknya apabila dapat bergambar di dalam cruise berlatar belakangkan bangunan-bangunan sejarah di Paris. Tidak lupa kepada peminat fesyen pakaian berjenama, Paris adalah tempatnya. Sudah boleh mula penuhkan sedikit Gerobok anda sebelum esok kita ke Kota terakhir di dalam perjalanan ini, iaitu LONDON

HARI KESEMBILAN 

PARIS - LONDON

Habiskanlah sisa-sisa kenangan di Paris kerana kita akan bergerak pagi ke London. Perjalanan 2 kota ini kita memilih untuk menaiki tren Eurostar dengan kelajuan hingga 350 ksj merentas di bawah dasar laut Selat Inggeris. Perjalanan dari KL ke London hanya mengambil masa tak sampai 3 jam. Tapi kita kena ingat, jangan sampai lambat check in kerana British border bukan di London tapi di Paris juga. Tiba di London kita check-in dahulu. InsyaAllah kita cuba mencari penginapan yang terletak tidak jauh dari Malaysian Hall. Masa ini mesti ada yang dah rindu dengan nasi lemak. Di Malaysian hall nasi lemak boleh dapat GBP5 rasanya.

HARI KESEPULUH 

LONDON

No rushing day, kita sudah di destinasi. Hari ini hari cantik untuk kita raikan penyudahan kembara kita. setiap perjalanan kita akan menggunakan London Underground keretapi dan bas di sekitar bandar London. Setiap peserta akan diberikan Central London Travel card atau Oyster Card yang boleh digunakan seharian menggunakan public transports sepanjang 2 hari di London. Lawatlah tempat-tempat yang anda sukai hari ini. Free & Easy tapi bagi yang tiada idea nak ke mana, ikut sahaja Kapten ketika itu. Di nasihatkan semua berjalan dalam kumpulan.

Malam ini kita akan buat sedikit farewell ringkas InsyaAllah. Malam ini malam mengenang kembali keunikkan dan didalam hati perasaan sedih sudah dirasai kerana esok semua akan mula berangkat pulang.

HARI KESEBELAS

LONDON - KUALA LUMPUR

Hari ini hari perpisahan. Kita akan ke airport Heathrow dengan tube dan kita akan pulang bersama-sama membawa satu pengalaman kembara yang luar biasa. Bagi yang membawa halatuju berlainan, kita berpisah di Hyde Park.

HARI KEDUA BELAS 

KUALA LUMPUR

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto-foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Sebagai satu peringatan, ya benar, saya sudah MERENTAS EROPAH  bersama Rarecation.

TRIP INI LEGENDA

Jika dahulu, laluan ini dinamakan laluan Orient Express. Satu laluan mewah bersejarah bangsawan Imperial berulang alik ke Istanbul (namun mereka angkuh untuk tidak memanggilnya Istanbul dan masih menggunakan nama Constantinople). Laluan ini ada banyak sejarahnya sehingga bagaimana Imperial British mampu menewaskan Khalifah sehingga tergadainya Palestine melalui pajakan selepas pembebasan Hijjaz (Arab Saudi) dan Jordan. 

PENGINAPAN

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan mengginap di dalam hotel bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk 2 orang. Ada tempat yang lif hanya untuk barang sahaja dan ada tempat lif pun tiada. Sebab itu sangat penting kita travel light. Tapi jangan risau, yang tiada lift biasanya bangunan 5 tingkat ke bawah. Hotel kita SANGAT SEDERHANA dan bukan mewah dan luas. Kita lebih sanggup bayar hotel kecil di tengah bandaraya pada harga hotel 5 bintang jika kita bermalam jauh dari bandar. 

KENDERAAN

Seluruh perjalanan kita akan menaiki pengangkutan awam dengan kenderaan utamanya adalah kereta api.  Tidak digalakkan untuk membawa 1 almari untuk kembara ini. Disarankan beg beroda saiz SEDERHANA (bukan yg saiz almari) ataupun backpack. SERIOUS ni, jangan sampai bawa yang besar kerana azabnya nanti anda akan tanggungnya kerana tidak semua station keretapi ada lif dan escalator dan ada station yang sampai 5 tingkat ke bawah tanah dan escalator pula not in service. Memang takziah lah. 

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf