PERU

LIMA - PARACAS - NAZCA - CUSCO - MACHU PICCHU

ATURCARA PERJALANAN

23 Mac - 5 Apr 2019

31 Mac - 13 Apr 2020

14 HARI 10 MALAM

Day 1   : Kuala Lumpur - Lima

Day 2   : Ketibaan di Lima

Day 3   : Lima (rest and easy)

Day 4   : Lima - Paracas (Huacachina)

Day 5   : Paracas (Nazca Lines)

Day 6   : Paracas (Ballestas Island) - Lima

Day 7   : Lima (rest and easy)

Day 8   : Lima - Cuzco

Day 9   : Cuzco (Machu Pichu)

Day 10 : Cuzco (Sacred Valley)

Day 11 :  Cuzco - Lima

Day 12 : Lima - Kuala Lumpur

Day 13 : Lima - Kuala Lumpur

Day 14 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur- Lima

2. Keretapi pergi balik Cusco - Machu Piccu

3. Kenderaan pergi balik Lima - Paracas

4. Penerbangan Jet Nazca (30min)

5. Bot Tour Kepulauan Ballestas

6. Penginapan Apartment 

7. Insuran perjalanan***

8. Baju Rarecation edisi terhad

9. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan (kalau ada peuang, kita masak, lebih menarik & meyakinkan)

2. Lokasi berbayar / tiket

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

** Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

HARGA

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

With Flight

RM 19,990 / pax (Single)

RM 19,690/pax (berdua atau lebih)

RM19,490/pax (2-11 tahun)

Ground 

RM 13,990 / pax (Single)

RM 13,690 / pax (berdua atau lebih)

RM 13,490 (2-11 tahun)

NOTE : GROUND PACKAGE STARTS AT LIMA

WARGA SINGAPURA

With Flight

SGD 6,660 / pax (Single)

SGD 6,560 /pax (berdua atau lebih)

SGD 6,500 /pax (2-11 tahun)

Ground 

SGD 4,660 / pax (Single)

SGD 4,560 / pax (berdua atau lebih)

SGD 4,500 (2-11 tahun)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA & KEDUA

KUALA LUMPUR – LIMA

Penerbangan ke Lima akan memakan masa

lebih kurang 35 jam termasuk transit.

Kita akan sampai di Lima pada malam

keesokan harinya. 

HARI KETIGA

LIMA

Memandangkan perjalanan kita yang panjang yang memakan masa hampir dua hari, maka hari ini tidak ada aktiviti khas. Semua peserta boleh ambil peluang untuk berehat dan juga boleh ambil kesempatan bersiar-siar sekitar tempat penginapan pada waktu petang.

HARI KEEMPAT

LIMA - PARACAS

Kembara kita kini bermula di bumi Amerika Selatan. Dari Lima, kita akan memandu kenderaan sendiri menuju ke Paracas. Perjalanan ke Paracas mengambil masa kira-kira 3 ke 4 jam. Perjalanan kita akan bermula seawal pagi dan di jangka tiba sebelum waktu tengahari.

 

Setibanya di Paracas, kita akan check in homestay dan akan bersama menyediakan makan tengahari secara bersama.

 

Di waktu petang, kita akan menuju ke Huacachina, di mana kita akan menyusuri padang pasir bumi Amerika Selatan. Jangan terkejut, kerana di tengah-tengah padang pasir itu, kita akan menuju perkampungan kecil oasis di sana, dan kita akan menikmati aktiviti luncur pasir atau di kenali sebagai Sandboarding.

HARI KELIMA

PARACAS - NAZCA

Hari ini, kita akan mengalami satu pengalaman baru ketika mengembara. Kita akan merasai pengalaman menaiki jet. Kita akan menikmati pemandangan dari udara tentang kehebatan peninggalan sejarah yang di katakan berusia lebih beribu tahun oleh masyarakat Inca.

 

Kita akan menyaksikan keajaiban rekabentuk peninggalan masyarakat inca yang seolah-olah membentuk lukisan jika dilihat dari pandangan atas. Tidak perlu risau, pengalaman ini sudah termasuk dalam pakej kami. Jika di Malaysia kita tidak pernah terfikir menaiki jet dan menikmati pemandangan, kini kita lakukannya di bumi Amerika Selatan.

HARI KEENAM

PARACAS - BALLESTAS ISLAND

Jika anda pernah mendengar kepulauan Galapagos yang terkenal dengan haiwan-haiwan yang unik dengan pemandangan yang cantik, tetapi di Peru juga terdapat satu kepulauan yang boleh memberikan pengalaman sumpama itu. Dengan menaiki boat, kita akan melalui pengalaman safari di Pulau Ballestas dan akan menyaksikan pelbagai haiwan unik seperti anjing laut dan kepelbagaian jenis burung.

 

Setelah selesai aktiviti ini, kita akan bersiap-siap pulang menuju ke Lima pada petang itu.

HARI KETUJUH

LIMA

Kita berehat di Lima seharian, beri peluang untuk recovery sebelum memulakan perjalan ke tanah tinggi keesokan harinya

HARI KELAPAN

LIMA - CUSCO

Semakin hari pengembaraan kita akan menuju ke acara kemuncak iaitu Machu Pichu. Hari ini kita akan menaiki penerbangan ke Cusco di mana kawasan terletaknya Machu Pichu. Penerbangan mengambil masa kira-kira 1jam setengah.

 

Setibanya di Cisco, kita akan terus ke homestay dan bersiap sedia untuk persiapan makan tengahari kita secara bersama.

Kita berehat serta membiasakan diri kita berada pada altitud tinggi.

HARI KESEMBILAN

CUSCO - MACHU PICHU

Kembara diteruskan dan hari ini kita menuju ke Machu Pichu. Dari rumah kediaman kita akan dibawa ke stesen keretapi untuk perjalanan menuju ke Machu Pichu. Di sana kita akan mengalami sendiri keindahan peninggalan kesan binaan masyarakat Inca yang terkenal di seluruh dunia.

 

Tidak larat untuk mendaki? Tidak perlu risau, kita menyediakan pengangkutan untuk anda terus sampai ke puncak. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik semua boleh sampai ke atas. Jika diizinkan-Nya, kita semua akan membawa pulang gambar dengan berlatarbelakangkan kesan binaan dan gunung ganang yang popular di serata dunia itu.

HARI KESEPULUH

SACRED VALLEY

Setelah menyaksikan sendiri kesan binaan peninggalan terhebat masyarakat inca di Machu Pichu, hari ini kita akan menyelusuri kesan peninggalan lain yang terdapat di Sacred Valley. Kita akan dibawa sekitar lembah untuk penerangan sejarah masyarakat Inca dan merskamkan detik-detik indah dengan pemandangan yang menarik.

HARI KESEBELAS

CUSCO - LIMA

Pengembaraan kita hampir berakhir. Kita akan menuju kembali ke Lima, setelah pelbagai ranjau aktiviti yang kita lalui di Cusco iaitu setelah menyaksikan sendiri Machu Pichu dan Sacred Valley.

Kita akan mengambil penerbangan menuju ke Lima dan penerbangan mengambil masa kira-kira 1jam setengah.

HARI KEDUABELAS

LIMA - KUALA LUMPUR

Pagi yang santai, berehat mengembalikan tenaga sebelum memulakan perjalanan pulang ke tanah air bermula lewat petang hari.

HARI KETIGABELAS DAN KEEMPATBELAS

LIMA - KUALA LUMPUR

Masih lagi dalam penerbangan pulang, memakan masa sekitar 32 jam termasuk transit, kita menempuh beberapa perubahan zon masa. Kita dijangka sampai ke Kuala Lumpur pada keesokkan harinya. Pengalaman menaiki Jet menyaksikan keunikan peninggalan Nazca dan  menyaksikan keindahan Machu Pichu akan tersemat di dalam memori dengan pengalaman Rare bersama rarecation.

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Sepanjang perjalanan kita akan tinggal di Homestay, Apartment dan juga hotel.

Keselesaan, kebersihan, privasi semua keutamaan dalam pemilihan tempat tinggal kita. Mempunyai dapur yang selesa untuk aktiviti memasak kita. 

KENDERAAN

KENDERAAN

Sepanjang pengembaraan kita, kita akan menggunakan kenderaan sendiri yang kita sewa. Barulah kita boleh merasa suasana ala-ala 'local people' sepanjang perjalanan kita. Keseronokkannya adalah seperti suasana balik kampung di hari raya. Malah ianya lebih memberi impak kenangan dengan suasana eropah yang memang pasti akan menggamit kenangan percutian kita di sana. Kenderaan yang biasa kami gunakan adalah Kereta MPV 9 tempat duduk, tetapi kami muatkan hanya 6 orang sahaja untuk menjamin keselesaan.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf