PAKISTAN

Destinasi indah setanding Swiss tersimpan rapi. Rasakan pengalaman tinggal di kawasan gunung setinggi 3,000 meter di banjaran Karakoram. Kawasan indah masih terpelihara dari pembangunan di kawasan pergunungan utara Pakistan.

 

Bukan untuk pelancong biasa.

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
DSC00165.jpg

Kuala Lumpur - Islamabad

Hari Pertama 

Penerbangan kita menuju ke Islamabad dan setibanya kita di Islamabad kita akan berehat dahulu di kota ini.

DSC06552.jpg

Islamabad - Karakorum - Besham

Hari Kedua

Perjalanan kita ke lembah tercantik di dunia kini bermula, kita akan melalui Karakorum Highway. Lebuhraya tertinggi di dunia dan digelar "8th wonder of the world". Lebuhraya ini akan melalui kawasan pergunungan setinggi 15,397 kaki dari aras laut. Sepanjang perjalanan kita akan di hidangkan dengan pemandangan antara tercantik di dunia. Jangan risau mana yang cantik kita akan berhenti sebentar untuk merakamkan keindahan ini dengan lensa kamera kita

Perjalanan ke Lembah Hunza masih jauh, kita akan menginap di Besham.

DSC03540.jpg

Besham - Karimabad Hunza

Hari Ketiga 

Seawal pagi kita sudah boleh melihat landskap pergunungan sudah bermula. Terpukau mata kita, dari landskap gunung kehijauan, ke kawasan gunung seumpama padang pasir sehingga bertemu dengan gunung bersalju. Perjalanan jauh tetapi ada banyak lokasi berhenti yang cantik untuk kita dapatkan foto tercantik. Pasti kawan-kawan di Malaysia menangis di bucu katil melihat gambar kita

Malam ini kita menginap di Karimabad Hunza​

DJI_0564.jpg

Baltit - Altit Forts

Hari Keempat

Perjalanan di teruskan dengan melawati Baltit Fort, salah satu lembah tertinggi di banjaran ini. Dari Baltit Fort ini kita boleh melihat keseluruhan landskap di Hunza Valley. Kecantikan lembah ini akan terus menghantui kita selama-lamanya, terlalu cantik untuk di lupakan.

Petang hari Duikar Peak menanti, kita menaiki 4x4 untuk menikmati matahari terbenam di lembah indah ini 

Rare 74 Pakistan.jpg

Attabad Lake - Shimshal

Hari Kelima

Jangan lesu kerana perjalanan lebih menarik hari ini, kerana kita akan melintasi Tasik Attabad. Menariknya tasik  berwarna turqoise baru berumur 8 tahun dan ianya terbentuk dari tanah runtuh yang berlaku pada 2010. Tasik ini juga telah menutup laluan perjalanan Pakistan China dan menyebab kan kenderaan seperti kereta terpaksa menaiki bot meneruskan perjalanan ke China.

 

Kita akan melalui pengalaman ini  

Petangnya kita akan menuju ke Shimshal, kampung terakhir di Pakistan setinggi 3200 meter dari aras laut

DSC06645.jpg

Shimshal - Gilgit

Hari Keenam

Penerokaan kita bersama orang tempatan di teruskan, jika berkesempatan kita melihat suasana dan budaya perkampungan terakhir di Pakistan ini. Dengan ketinggian sehingga 3200 kaki, pengalaman berada di Shimshal tidak akan dilupakan. Petangnya, perjalanan di teruskan ke Gilgit

DSC08010.jpg

Gilgit - Gupis

Hari Ketujuh

Hari ini kita ke destinasi yang lebih RARE. Gupis, lokasi yang jarang dikenali dan diketahui oleh orang luar tetapi akan kita lawati. Di sini tersimpan lagi satu tasik yang tersangat cantik yang terbina dari tanah runtuh. 

Kena pada musimnya kita boleh menikmati ikan Trout segar di pancing dari tasik ini

DSC00832.jpg

Chilas - Islamabad

Hari Kesepuluh

Perjalanan pulang diteruskan kembali semua ke Islamabad. Seperti biasa ada sahaja lokasi yang cantik kita akan berhenti. Jangan risau perjalanan tidak terlalu rushing. Dalam perjalanan ini pastinya keindahan lembah ini akan terus tengiang-ngiang di dalam memori

DSC08330.jpg

Pander Valley

Hari Kelapan

Menariknya di Pander Valley ni, kita melawat sungai berwarna hijau yang sangat jernih sedalam 15 kaki dan kita masih boleh melihat dasar dan ikan trout berlegar legar mencari makanan

Jangan terkejut jika kita di jemput untuk makan tengah hari di rumah orang kampung di sini. Mereka memang ramah dan suka menerima tetamu. 

DSC03512.jpg

Islamabad  - Kuala Lumpur

Hari Kesebelas - Dua Belas

Selamat tinggal Pakistan, hari ini penerbangan pulling kita akan membawa kita kembali ke Malaysia. Jangan risau kerana semua kenangan indah sudah dirakam oleh kapten kita dan menjadi kenangan yang sukar dilupakan seumur hidup kita

DSC08574.jpg

Gupis - Chilas

Hari Kesembilan

Perjalanan di teruskan, perlahan lahan kita menuju ke lembah yang semakin rendah. Sepanjang perjalanan kita susah melelapkan mata kerana keindahan landskap yang tersangat cantik.

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Di Pakistan kita akan menginap di dalam Hotel dengan bilik berdua atau bertiga bergantung kepada jumlah peserta dan kekosongan bilik

Hotel di Pakistan selesa dengan pemandangan indah cuma di kawasan Hunza Valley, mereka tidak mempunyai heater. Kebanyakkan hotel ada air panas tetapi tidak setiap masa. 

Ini lah cabaran mengembara ke kawasan yang masih tidak terusik dengan pembangunan

Pengangkutan

Kita akan menggunakan coaster yang selesa untuk kembara ini.

 

Pada sesetengah perjalanan kita akan menaiki kenderaan 4x4. Terutama ketika perjalanan menuju ke Shimshal 

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk 

TARIKH PERLEPASAN

  • 18 - 29 Oct 2019

  • 30 Mar - 10 Apr 2020

  • 05 - 13 Oct 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA : RARE

Maaf untuk yang ini, kami tidak galakkan untuk membawa anak kecil atau yang mempunyai masalah kesihatan. Kembara kategori RARE ini mengikut cara pengembaraan orang tempatan. Seperti memandu sendiri, pemanduan melalui laluan kampung dan mengembara menaiki kenderaan awam. Juga kemudahan hotel yang tidak sama dengan negara maju

 

Walaupun agak mencabar namun sangat berbaloi dengan pengalaman yang kita perolehi.

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 9,280 / pax (single)

RM 8,980 (berdua atau lebih)

RM 8,780 ( 2- 11 Tahun)

RM 3,000 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 7,280 / pax (single)

RM 6,980 (berdua atau lebih)

RM 6,780 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,500 (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

**Perlepasan dari Singapura​

HARGA PENUH

SGD 3,240 / pax (single)

SGD 3,140 (berdua atau lebih)

SGD 3,080 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,000 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 2,430 / pax (single)

SGD 2,330 (berdua atau lebih)

SGD 2,260 ( 2- 11 Tahun)

SGD 840 (0-23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf