NEW

ZEALAND

Awas trip ini hanya untuk nature lover kerana dari permulaan perjalanan sehingga akhir kita di sajikan dengan pemandangan gunung bersalju, tasik jernih berwarna zamrud. Selatan New Zealand, destinasi terbaik kerana mukabuminya yang masih terpelihara indah. Dah sampai akan teringat ingat, yang belum sampai akan termimpi mimpi

JADUAL PERJALANAN

Jadual perjalanan ini hanya sekadar rujukan sahaja. Jadual perjalanan sebenar akan berubah untuk setiap trip kerana kembara Rarecation merupakan "Tailor Made". Perjalanan akan di ubah mengikut kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap pengembara beroleh pengalaman pengembaraan terbaik dan paling istimewa dari Rarecation

 
DSC_5689.jpg

Kuala Lumpur - Queenstown

Hari Pertama - Kedua

Kita akan mengambil penerbangan terus ke Queenstown, New Zealand.

Perjalanan sekitar 16 - 22 jam dengan dua perhentian. Kita akan tiba kesesokkan harinya di Queenstown.

Hari pertama di New Zealand kita berehat sahaja. Malam akan ada sesi taaruf untuk kita kenal ahli kembara kita agar kembara kita lebih seronok

DSC07806.jpg

Queenstown - Wanaka

Hari Ketiga

Destinasi hari ini adalah ke pokok sepi selamanya. atau nama mat salehnya "The Lonely Tree "di tasik Wanaka. 

Jangan tidur, kerana perjalanan ke Wanaka dari Queenstown kita akan melalui kawasan pergunungan dengan pemandangan gunung yang sangat cantik. 

14__SYIBLI FALAH__Conor__15-43__G0048765

Queenstown

Hari Keempat

Terbang dari ketinggian 15,000 kaki ? meluncur selaju 85km/hr di tebing sungai yang berwarna turqoise atau bungy jumping bagi yang berani ?

 

Antara aktiviti wajib apabila di New Zealand adalah mencuba aktiviti lasak yang ditawarkan. Jika nak lebih santai, kita naik sahaja kapal Steam klassik merentas Tasik Wakatipu atau menaiki Gondola melihat bandar Queenstown dari pandangan burung.  

DSC07912.jpg

Milford Sound -  Te Anau

Hari Kelima

Jangan tidur, perjalanan paling cantik hari ini ke kawasan yang tercantik di New Zealand. Sebelum tiba ke Milford Sound lagi kita sudah terpesona dengan kecantikan pergunungan dan landskap unik Fjrodland ini. 

Milford Sound ini adalah kawasan Fjord yang bersambung dengan laut. Lebih menarik laut ini di atasnya adalah air tawar yang datang dari puluhan air terjun dari Fjord. Kita nikmati pemandangan luar biasa ini dengan menaiki Cruise yang selesa

NZ66-929.jpg

Te Anau - Tekapo

Hari Keenam

Selamat tinggal Milford Sound, destinasi seterusnya kita ke Tasik Tekapo. Sebelum tiba di tasik Tekapo ada banyak persinggahan cantik akan kita  berhenti seperti di Lindiss pass dan Twizel

 

Menariknya di Twizel ada Salmon Farm, saksikan sendiri ikan Salmon yang masih hidup. Rasa sendiri perbezaan Salmon yang baru meninggal di sana  dan Salmon yang ada di Malaysia. Ternyata berbeza, menjilat-jilat pinggan kalau makan. 

Kita akan tanggkap seekor untuk di buat asam pedas, makan malam ini

DSC_7174.jpg

Tekapo - Mount Cook

Hari Ketujuh

Salah satu lauan tercantik di New Zealand adalah laluan ke Mount Cook melalui Tasik Pukaki. Wajib terkesima dengan kebiruan warna Tasik Pukaki sejauh 15 km panjang

Di hujung tasik kita dijamukan dengan gunung tertinggi di New Zealand iaitu Mount Cook. Jika mahu, boleh trekking sejauh 5 km sehingga ke Hooker Lake. Jika tidak larat tak mengapa, kita trekking sehingga ke Mueller Lake sahaja. 

Malam ini jika cuaca mengizinkan kita berstargazing di Tasik Tekapo

DSC00683.jpg

Tekapo - Timaru

Hari Kelapan

Menariknya hari ini kita ke lembah yang sangat cantik menjadi pilihan Peter Jackson untuk membuat penggambaran filem Lord of the Rings. Kawasan ini hanya dikunjungi oleh orang tempatan, tetapi kita akan pergi. Ada short trekking ke sungai yang sangat jernih, menjadi laluan salmon untuk bertelur dan pada musim panas kita boleh mandi di sini

Malam ini malam terakhir, kita akan adakan farewell dinner mengenangkan keindahan landskap New Zealand yang sukar dilupakan

DSC_7470.jpg

Christchurch - Kuala Lumpur

Hari Sembilan - Kesepuluh

Sedar tidak sedar sudah tiba hari terakhir di dalam kembara kita.

 

Pastinya perjalanan selama 10 hari 7 malam ini akan memberikan pengalaman kembara terisimewa dan lebih menarik lagi setiap pengalaman ini di rakam dengan indahnya oleh kapten kita.

 

Pastinya akan merindui dan susah nak "move on " dari trip ini

INFO LANJUT & HARGA

Fahami terma & syarat, mode kembara dan info penting yang di kongsikan disini sebelum anda menyertai kembara kami.

Keunikan Rarecation apabila kita membawa konsep pengembara bukan pelancong, "we came as strangers and comeback as family " adalah moto Rarecation maka kembara kami ini  tidak sesuai untuk mereka yang "kera sumbang", "diva" dan "berat tulang".

 

Pastinya anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, jadi jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kembara luar biasa yang membuatkan ramai orang ketagihan untuk merasakannya semula

 

Penginapan pilihan kita adalah Apartment yang selesa. Kelebihan menginap di apartment kita mempunyai dapur, ruang tamu yang lapang.

 

Cuma perlu berkompromi untuk tandas kerana bukan semua apartment mempunyai tandas di dalam bilik.

Penginapan di apartment juga memberikan kita pengalaman "live like a local"

Pengangkutan

Kita akan menggunakan kenderaan penumpang yang akan dipandu oleh kapten dan krew atau sesiapa yang nak merasa feel memandu d New Zealand juga boleh. 

 

Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan kecil kita ada flexibility  dan mudah masuk, berhenti di tempat RARE yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa. 

Penginapan

Penerbangan

Berbeza dengan pakej biasa, Rarecation tidak mempunyai mana-mana airlines yang tetap untuk setiap pakej. Pihak Rarecation akan memilih penerbangan mengikut kesesuaian masa dan kekosongan.

Ketidaktetatapan di dalam pilihan penerbangan juga  memberikan satu kelebihan pada pengembara kita untuk memilih untuk pergi lebih awal atau pulang lebih lewat. Jika berminat untuk mendapat penerbangan yang berbeza dengan kumpulan, pihak rarecation akan carikan penerbangan yang sesuai dan pemakluman jumlah tambahan harga jika ada

Untuk kedudukan tempat duduk di dalam penerbangan. Ianya akan ditentukan oleh syarikat penerbangan.

 

Jika mahu tempat duduk yang tetap, pihak kami akan semak kos tambahan dari syarikat penerbangan untuk pembelian tempat duduk   

TARIKH PERLEPASAN

  • 7 - 16 Feb 2020

  • 1 - 10 Apr 2020

  • 12 - 21 Aug 2020

  • 23 Aug - 1 Sep 2020

  • 12 - 21 Sep2020

  • 26 Sep - 5 Oct 2020

  • 26 Nov - 5 Dec 2020

  • 7 - 16 Dec 2020

HARGA TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Sewaan Kereta

3. Minyak & tol (jika ada) sepanjang perjalanan

4. Penginapan (Local house/Apartment)

5. Makan (half-board)

6. Insuran perjalanan untuk warganegara Malaysia

7. Baju Rarecation edisi terhad

8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

 

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Makan di luar

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

KATEGORI KEMBARA 

MEDIUM RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan. Kembara MEDIUM RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare. Jadual lebih padat namun kebiasaannya malam adalah Free n Easy. Pengembaraan pula dengan kereta atau pun Coaster.

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

 

HARGA PENUH

RM 10,140 / pax (single)

RM 9,840 (berdua atau lebih)

RM 9,640 ( 2- 11 Tahun)

RM 3,390 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

RM 7,640 / pax (single)

RM 7,340 (berdua atau lebih)

RM 7,140 ( 2- 11 Tahun)

RM 2,890 (0-23 bulan)

WARGA SINGAPURA

***penerbangan dari Singapura

HARGA PENUH

SGD 3,530 / pax (single)

SGD 3,430 (berdua atau lebih)

SGD 3,370 ( 2- 11 Tahun)

SGD 1,280 ( 0 - 23 bulan)

HARGA TANPA TIKET PENERBANGAN

SGD 2,550 / pax (single)

SGD 2,450 (berdua atau lebih)

SGD 2,390 ( 2- 11 Tahun)

SGD 970 (0-23 bulan)

TERMA & SYARAT

  • Aturcara pakej lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.

  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.

  • Susunan bilik untuk setiap kembara adalah berbeza dan bergantung kepada kesesuaian ahli kembara dan kekosongan semasa tempahan.

  • Susunan bilik antara 2 - 6 orang sebilik. Bilik berdua akan diberikan keutamaan pada pasangan suami isteri

  • Manakala bilik dengan kapasiti lebih dari 2 orang biasanya akan diberikan kepada keluarga atau pengembara solo yang mempunyai bilangan ganjil 

  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini

  • Bayaran deposit untuk penyertaan adalah RM1000 seorang. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun RARECATION TRAVEL SDN BHD MAYBANK : 5622 6352 9023

  • Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta, pembayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

  • Sekiranya pembatalan dari pihak Rarecation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya)

  • Setiap perjalanan kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi .

  • Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat.

  • Salinan foto tersebut juga akan diberikan kepada para peserta selesai dari setiap kembara kami.

  • Baca terma dan syarat penuh di sini : TERMA DAN SYARAT RARECATION

SAYA BERMINAT

VIDEO KEMBARA

Saksikan sendiri kegembiraan mereka yang telah menyertai kembara kami. Kegembiraan tidak boleh di buat buat 

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf