MOSCOW & TRANS BALTIC

Mengembara merentas Lautan Baltic Dari Moscow

ATURCARA PERJALANAN

19 Oct - 29 Oct 2019

2 - 12 Apr 2020

11 HARI 08 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Moscow

Day 2 : Moscow

Day 3 : Moscow

Day 4 : Moscow

Day 5 : Moscow - St Petersburg

Day 6 : St Petersburg

Day 7 : St Petersburg - Helsinki

Day 8 : Helsinki - Stockholm

Day 9 : Stockholm 

Day 10 : Stockholm - Kuala Lumpur

Day 11 : Kuala Lumpur

**reverse route (Stockholm - Moscow)

PAKEJ

​1. Penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan sepanjang perjalanan

3. Penginapan 

4. Insuran perjalanan **

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

** Insuran perjalanan hanya untuk warganegara Malaysia

HARGA

PENYERTAAN MAKSIMA : 25 ORANG

RM 11,970 / pax (single)

RM 11,670 / pax (berdua atau lebih)

RM 11,470/ pax (kanak-kanak 2-11 tahun)

RM3,950(Bayi 0 - 23 bulan)

Ground

RM 9,170 / pax (single)

RM 8,870 / pax (berdua atau lebih)

RM 8,670 / pax (kanak-kanak 2-11 tahun)

RM3,450(Bayi 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 3,990 / pax (single)

SGD 3,890 / pax (berdua atau lebih)

SGD 3,830 / pax (kanak-kanak 2-11 tahun)

SGD 1,320 / pax (Bayi 0 - 23 bulan)

Ground

SGD 3060 / pax (single)

SGD 2,960 / pax (berdua atau lebih)

SGD 2,900 / pax (kanak-kanak 2-11 tahun)

 SGD 1,160 (Bayi 0 - 23 bulan)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - MOSCOW


Penerbangan kita bermula diawal pagi menuju ke Moscow dari Kuala Lumpur, maka bermulalah pengembaraan kita untuk menelusuri Russia serta Lautan Baltic

HARI KEDUA

MOSCOW


Kita akan sampai di Moscow pada tengahhari setelah menempuh perjalanan hampir seharian termasuk transit. Kita akan menuju terus ke penginapan untuk meletakkan bagasi dan kemudian makan tengahhari. Petang selepas check in akan ke Arbat St atau lebih dikenali sebagai tourist street untuk cenderahati buat yang tersayang dan seterusnya berehat awal setelah penat seharian diperjalanan.

HARI KETIGA

MOSCOW

Bermula awal pagi, kembara akan meneroka Moscow dgn berjalan kaki di Red Square. Disitu kita akan melihat Kremlin, Lenin's Tomb dan sekitarnya. Kemudian kita akan berehat sebentar di kompleks beli belah GUM dan menikmati aiskrim yg murah dan sedap. Dari situ akan menaiki metro untuk ke Moskova Ulu Camii untuk solat serta makan tengahhari disekitar masjid. 

HARI KEEMPAT

MOSCOW

Pagi ini akan ke flea market Izmaylovsky atau sebutannya Ismailkaya dengan menaiki metro. Tempat ini dikenali dengan cenderahatinya yang murah dan asli buatan tempatan. Disini juga ada gerai makanan halal untuk menjamu selera. Petang pula akan ke Gorky Park, ya, sama seperti lagu kumpulan rock Scorpion, untuk bersiar2 dengan cruise menelusuri Sungai Moskva menikmati pemandangan matahari terbenam sambil minum kopi atas cruise.

HARI KELIMA

MOSCOW/ST PETERSBURG


Waktu pagi agak santai kerana akan checkout sekitar pukul 11 pagi. Menuju ke stesen Leningradsky untuk penyimpanan bagasi dan seterusnya meneroka stesen metro subway yang dikatakan terindah didunia. Makan dan berehat di Evropeyskiy. Pukul 8 malam akan berada kembali di stesen Leningradsky untuk keretapi malam Night Hawk yang terkenal untuk ke St Petersburg.

HARI KEENAM

ST PETERSBURG


Sampai di St Petersburg sekitar pkl 8 pagi, terus menuju penginapan untuk penyimpanan bagasi sebelum check-in. Bersarapan dan terus meneroka St Petersburg, bermula dengan Church of Spilled Blood yang menarik warnanya, Kazan Cathedral dan Palace Square. Kemudian checkin penginapan dan berehat. Malam akan menelusuri Sungai Neva yang beku dan menikmati pemandangan bercahayakan lampu neon dan limpah.

HARI KETUJUH

ST PETERSBURG/HELSINKI


Pagi yang santai untuk meneroka lagi St Petersburg, seperti St. Isaac Cathedral, Bronze Horseman dan sekitarnya yang menarik. Checkout dan penyimpanan bagasi serta makan tengahhari. Petang menuju ke pelabuhan St Petersburg untuk menaiki cruise ke Helsinki. Menikmati segala yang cruise sediakan untuk menghabiskan masa malam dan juga berposing di tengah-tengah cruise. 

Bagaimanapun, pada bulan December hingga March setiap tahun, feri ini tidak beroperasi jadi pada waktu ini, kita akan menaiki keretapi malam menuju ke Helsinki.

HARI KELAPAN

HELSINKI/STOCKHOLM


Tiba di Helsinki di awal pagi. Turun dari cruise atau keretapi dan penyimpanan bagasi untuk meneroka Helsinki. Menaiki tram ke pusat bandar, makan pagi dan tengahhari, coklat untuk cenderahati. Petang harus di pelabuhan untuk cruise ke Stockholm pada pukul 5ptg. Menikmati biru laut Baltic dan dingin angin kutub utara, perjalanan mengambil masa semalaman untuk sampai ke Stockholm dari Helsinki. Santai di dek terbuka membiarkan muka disapa bayu dingin malam atau menikmati segala kemudahan seadanya di dalam cruise. Boleh juga berbaju melayu sambil menikmati teh tarik ikat tepi sambil bergaya ala2 Leo di Caprio dan Kate Winslet di bow kapal, walau pun mungkin hanya kegelapan malam disetiap ufuk.

HARI KESEMBILAN

STOCKHOLM


Sampai di Stockholm sekitar pukul 10 pagi dan terus menaiki tram ke penginapan setelah selesai urusan ketibaan. Check in lalu makan tengahhari dan meneroka Stockholm Lama atau Gamla Stan serta solat di Masjid Stockholm. Pulang ke hotel untuk memasak makan malam terakhir di Stockholm membawa kenangan yang terindah.

HARI KESEPULUH

STOCKHOLM


Pagi yang santai untuk meneroka Stockholm seketika . Checkout pkl 11tgh hari dan setelah urusan penyimpanan bagasi, makan tengahhari. Mengucapkan selamat tinggal Stockholm dan terus ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia pada awal malam.

HARI KESEBELAS

BESHAM - TAXILA - LAHORE - KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Sebagai satu peringatan, ya benar, saya sudah mengikuti pengembaraan merentas dari MOSCOW, ST PETERSBURG SERTA KOTA NORDIC  bersama Rarecation

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan mengginap di dalam hotel bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk twin atau triple sharing

KENDERAAN

KENDERAAN

Seluruh perjalanan kita akan menaiki pengangkutan awam dengan kenderaan utamanya adalah kereta api.  Tidak digalakkan untuk membawa 1 almari untuk kembara ini

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf