DAFTAR SEGERA

MOROCCO - SPAIN

Kembara Merentasi Gurun Sahara, Pergunungan Atlas dan 

Kota Agung Penuh Ketamadunan Kerajaan Andalusia. 

ATURCARA PERJALANAN

3 Nov - 15 Nov 2019

14 HARI 11 MALAM

Day 1   : Kuala Lumpur - Casablanca

Day 2   : Casablanca - Marrakech

Day 3   : Marrakesh - Aitbenhaddou – Dades

Day 4   : Dades - Todra Gorges - Merzouga Desert 

Day 5   : Merzouga - Ziz Gorges - Ifrane - Fes

Day 6   : Fes

Day 7   : Fes - Chefchaouen - Tangier

Day 8   : Tangier  - Algeciras - Ronda

Day 9   : Ronda - Cordoba - Granada

Day 10 : Granada

Day 11 :  Granada - Jaen - Toledo - Madrid

Day 12 : Madrid

Day 13 -14 : Madrid - Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Casablanca - Madrid - Kuala Lumpur

2. Pengangkutan sepanjang perjalanan

3. Penginapan 

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

7. Makan Pagi & Malam (Morocco Sahaja)

 

TIDAK TERMASUK

1. Makan yang tidak termasuk dalam jadual

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

*Tertakluk kepada terma dan syarat

HARGA

 

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 12,080 / pax (Single)

RM11,780 /pax (Berdua atau lebih)

RM11,580 / pax (kanak kanak 2-11 tahun)

RM3,880/pax (Bayi 0-23 bulan)

GROUND

RM 9,580 / pax (Single)

RM 9,280 / pax (Berdua atau lebih)

RM9,080 /pax (kanak kanak 2-11 tahun)

RM3,380/pax  (bayi 0 - 23 bulan

WARGA SINGAPURA

SGD 4,030 /pax (Single)

SGD 3,930 /pax (Berdua atau lebih)

SGD 3,870 /pax (kanak kanak 2-11 tahun)

SGD 1,290 /pax (Bayi 0-23 bulan)

GROUND

SGD 3,200 / pax (Single)

SGD 3,100 / pax (Berdua atau lebih)

SGD 3,040/pax (kanak kanak 2-11 tahun)

SGD 1,130/pax (bayi 0 - 23 bulan

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA & KEDUA

KUALA LUMPUR – CASABLANCA - MARRAKESH

Penerbangan ke Casablanca akan memakan masa lebih kurang 19 jam termasuk transit. Kita akan sampai di Casablanca, Morocco pada waktu pagi. Perjalanan akan diteruskan ke Marrakesh yang memakan masa selama 3 jam 45 minit menaiki minibus. Kita akan menginap di salah sebuah Riad - rumah tradisional yang mempunyai taman di ruang tengah dan diubahsuai menjadi hotel – hanya di Morocco.

 

Pasar eksotik Djema El Fna memberi pengalaman seperti berada di pentas opera. Sambil menikmati nasi Tajine Morocco kita dengar alunan seruling ular dan aksi akrobatik penghibur jalanan.  

HARI KETIGA

MARRAKESH - AITBENHADDOU - OUAEZAZATE – DADES

Perjalanan kembara gurun Sahara dimulakan awal pagi dari Marrakesh. Aitbenhaddou salah satu UNESCO World Heritage Site pasti membuat kita terpukau. Melalui Dades Gorges Valley antara jalan tertinggi di Banjaran Atlas. Bermalam di Dades. 

HARI KEEMPAT

DADES - TODRA GORGES - MERZOUGA DESERT AND CAMEL TREK

Sampai di Merzouga kita akan menaiki unta untuk ke desert camp. Jarang orang Malaysia dapat merasai pengalaman bermalam di Gurun Sahara. Menikmati masakan tradisi kaum Barber. Jangan runsing, khemah anda siap dengan toilet. 

HARI KELIMA

MERZOUGA - ZIZ GORGES - AZROU - IFRAN – FES

Kembara kita diteruskan ke kota Fes. Melalui kawasan dipanggil Morocco’s Little Switzerland, Ifrane. Kawasan pergunungan Middle Atlas. Salji hanya ada hujung tahun. Masih boleh rasai udara sejuk di gurun afrika. Bermalam di Fes

HARI KEENAM

FES TOUR

Hari tanpa perjalanan. Kita akan menjelahi kota Fes – salah satu imperial cities di Morocco. Keunikan perusahaan kulit dengan warna warni kolah celupan semestinya sangat menarik untuk kita lawati sebelum shopping barangan kulit. Tak lupa untuk singgah di universiti tertua di dunia, Universiti al-Qawariyyin. Malam kedua di Fes. 

HARI KETUJUH

FES – CHEFCHAOUEN – TANGIER

Chefchaouen pastinya membuat anda merasai seperti di Santorini, Greece. Keunikan kota lama yang berwarna biru menjadikannya satu lokasi yang wajib singgah bila ke Morocco. Teruskan perjalanan ke Tangier. Malam terakhir di Morocco sebelum berangkat ke Spain.

HARI KELAPAN

TANGIER – ALGECIRAS – RONDA

Seawal jam 8 pagi kita mulakan perjalanan rentas benua dari Afrika ke Eropah dengan menaiki feri ke Port Algeciras, Spain. Dari sini kita mula memandu sendiri. Agak rare bagi trip pelancongan biasa ke Andalusia. Bermalam di Ronda, Spain.

HARI KESEMBILAN

RONDA – CORDOBA – GRANADA

Kembara diteruskan ke Granada. Kita akan singgah sebentar di Cordoba untuk melihat kemegahan Mezquita – sebuah masjid yang dijadikan cathedral. Keunikan pengaruh Islam dan Kristian menjadikan Mezquita of Cordoba salah satu tempat wajib dilawati bila ke Andalusia, Spain. Teruskan perjalanan dan bermalam di Granada.

HARI KESEPULUH

GRANADA TOUR

Alhambra merupakan kubu terakhir Islam di Andalusia. Keunikan Alhambra menjadikannya salah satu senibina Islam terhebat yang pernah dibina. Kemuncak ketamadunan Islam di Andalusia diterjemahkan dengan kewujudan AlHambra. Bermalam di Granada

HARI KESEBELAS

GRANADA – JAEN – TOLEDO – MADRID

Awal pagi ke ladang olive untuk rasai pengalaman memerah buah untuk dijadikan olive oil. Kembara diteruskan ke kota Toledo. Sebuah kota bersejarah yang dipengaruhi oleh ketamadunan Arab, Yahudi dan Kristian. Bermalam di Madrid. 

HARI KEDUA BELAS

MADRID TOUR

Kota Madrid kita jadikan sebagai destinasi terakhir sepanjang kembara. Selain ke Royal Palace. Peminat Real Madrid FC pasti tidak sah jika tidak ke Bernabeu Stadium. Lawatan ke bilik persalinan Real Madrid pasti menjadi impian buat peminat bola sepak.

HARI KETIGA BELAS

& EMPAT BELAS

MADRID – KUALA LUMPUR

Kita semua akan standby di airport waktu pagi untuk ambil penerbangan ke Kuala Lumpur. Selamat tiba di KL keesokan harinya dengan pengalaman ke Morocco dan Spain yang paling RARE dalam hidup anda. 

PENGINAPAN

Riad menjadi pilihan untuk menginap di Morocco. Riad sebuah rumah tradisional yang diubahsuai menjadi hotel. Satu pengalaman yang menarik bagi pengunjung ke Morocco. Manakala di Spain, kita akan menginap di Apartment / Vacation Homes. 

KENDERAAN

Kita akan menaiki Minibus sepanjang di Morocco dan menaiki unta untuk ke desert camp. Perjalanan dari Afrika ke Eropah, menyeberangi Straits of Gilbraltar kita akan menaiki feri. Sampai di Spain, MPV / Kereta menjadi pilihan. Pengalaman baru bagi mereka yang belum pernah memandu di Eropah.

Kita akan menggunakan MPV besar dan selesa boleh memuatkan 6-7 orang dalam satu masa beserta muatan luggage.

Untuk kapasiti 20 orang, kita akan menggunakan 3 - 4 kenderaan dengan konsep self drive. Kelebihan kita menggunakan mode kenderaan kecil kita ada flexibility  dan mudah masuk ke tempat yang tidak dilawati oleh syarikat travel biasa. 

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf