MONGOLIA

Dunia nomad 'Ger' berlanskap tandus bersama unta berbonggol dua dan kuda liar yang segak

ATURCARA PERJALANAN

7 OGOS - 18 OGOS 2018

12 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Ulaanbataar

Day 2 : Ulaanbataar

Day 3 : Ulaanbataar - Gorkhi Terelj - Ulaanbataar

Day 4 : Ulaanbataar - Khustai - Khugnu Khan

Day 5 : Khugnu Khan

Day 6 : Khugnu Khan - Kharkorin - Khugnu Khan

Day 7 : Khugnu Khan - Ulaanbataar

Day 8 : Ulaanbataar - Murun - Khovsgol Lake

Day 9 : Khovsgol Lake

Day 10 : Khovsgol Lake - Murun - Ulaanbataar

Day 11 : Ulaanbataar - Kuala Lumpur

Day 12 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan sepanjang perjalanan

3. Penginapan 

4. Insuran perjalanan

5. Baju Rarecation edisi terhad

6. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Makan

2. Lokasi berbayar

3. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

PENYERTAAN MAKSIMA : 20 ORANG

 

RM 10,850 / pax (single)

RM 10,550 (berdua atau lebih)

NOTA PENTING

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

HARGA

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - ULAANBATAAR

Pengembaraan kita bermula dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Ulaanbataar, Mongolia. Bergantung kepada penerbangan yang dipilih, selalunya bermula hampir tengah malam dengen satu transit. Tidur je la dalam kapal tu untuk menyimpan tenaga.

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI KEDUA

ULAANBATAAR

Kita dijangka tiba sekitar tengahhari dan akan terus ke penginapan untuk check in dan kemudian ke restoran halal untuk makan tengahhari. Berehat sebentar  dan terus ke Muzium Sejarah Kebangsaan untuk menyaksikan persembahan tradisional Mongolia pada pukul 6 petang. Setelah selesai kita akan makan malam dan pulang ke hotel untuk berehat setelah seharian diperjalanan dan beraktiviti.

HARI KETIGA

ULAANBATAAR - TAMAN NEGARA GORKHI TERELJ

Selepas sarapan di hotel kita akan bergerak ke Taman Negara Gorkhi Terelj menikmati pemandangan tanah rata dan pergunungan penghujung musim panas yang indah. Kita juga akan melihat kelompok kuda-kuda Mongolia yang hensem-hensem dan tegap-tegap, ada yang rambut belah tepi dan ada yang belah tengah. Jaga-jaga jangan sampai terpikat. Sebelum tu kita akan singgah di Chinggis Khan Equsterian. Chinggis Khan adalah panggilan mereka untuk sang Penakluk yang kita kenali sebagai Genggis Khan. Kuda-kuda ni adalah warisan kepada kuda yang digunakan oleh Genggis Khan dalam misinya menakluk dunia. Kita akan pulang ke Ulaanbataar dan makan malam disana.

HARI KEEMPAT

ULAANBATAAR - KHUSTAI - KHUGNU KHAN

Selepas sarapan dan check out, kita akan memulakan pengembaraan ke daerah tengah Mongolia, bermula dengan Taman Negara Khustai Nuruu. Disini kita akan melihat kawanan liar kuda Mongolia yang dipanggil Takhi atau baka kuda Przewalski seperti yang dikenali didunia luar. Kuda-kuda ini telah berjaya dibiakkan kembali dan diletakkan kembali dihabitat asal selepas pupus hampir 40 tahun. Kita akan meneruskan perjalanan ke Khugnu Khan dan menikmati keindahan matahari tenggelam di padang pasir. Kita akan bermalam di kem ger, sebuah tempat tinggal tradisional Mongolia yang unik dan akan berpeluang merasai pengalaman memasak untuk makan malam di dapur ger berdindingkan gelap padang pasir dan beratapkan langit tengah Mongolia.

HARI KELIMA

KHUGNU KHAN

Hari ini kita bermula dengan memasak untuk sarapan pagi serta bekal untuk makan tengahhari. Kita akan meneroka sekitar kawasan Khugnu Khan ini, bermula dengan melihat keindahan gemalai liuk lentuk padang pasir. Kemudian melihat kehidupan keluarga nomad yang kebiasaanya adalah pengembala haiwan. Kehidupan dan tempat tinggal mereka ditentukan oleh ternakan mereka dalam mencari padang ragut yang lebih subur. Menaiki unta berbonggol dua yang hanya terdapat di Asia Tengah. Pulang ke kem ger untuk menikmati keindahan matahari terbenam di padang pasir.

HARI KEENAM

KHUGNU KHAN - KHARKORIN - KHUGNU KHAN

Hari ini bermula dengan menikmati lanskap matahari terbit di padang pasir sebelum kita ke Kharkorin, yang menempatkan kota Karakorum, ibu kota Mongolia kurun ke 13 yang kini hanya ada tinggallan tiang dan debu sahaja. Kita akan melawat Erdene Zuu Khiid, kuil terkenal kurun ke 16 (apa yang masih tinggal) serta muzium yang terkenal untuk mendapatkan bayangan kegemilangan sejarah Mongolia lampau. Sekiranya masih punya waktu, kita akan bergerak ke Lembah Orkhon yang ada air terjun Ulaan Tsutgalan yang terhasil dari letusan gunung berapi ribuan tahun dahulu. Pulang petang dan menikmati keindahan matahari terbenam sebelum berehat di bawah buruj anak panah langit Mongolia.

HARI KETUJUH

KHUGNU KHAN - ULAANBATAAR

Hari ini setelah bersarapan, kita akan pulang ke Ulaanbataar. Perjalanan sejauh 400km dan memakan masa sekurang-kurangnya 7 jam. Sampai ke hotel dan makan malam di retoran hala sebelum berehat meluruskan tulang belulang kerana kita akan menempuh perjalanan jauh keesokan harinya.

HARI KELAPAN

ULAANBATAAR - MURUN - TASIK KHOVSGOL

Kita akan ke lapangan terbang domestik untuk penerbangan kita ke Murun sebelum menaiki pacuan empat roda untuk ke Tasik Khovsgol, tasik terdalam dan terbersih di Mongolia. Tasik ini juga dikenali sebagai Mutiara Biru Mongolia kerana kejernihan dan warna airnya. Tasik ini bersempadan dengan Siberia di Russia dan mempunyai lanskap yang menakjubkan. Kita akan berjalan kaki meneroka dan menikmati keindahan flora dan fauna hutan kawasan tasik dan pergunungan. Sekiranya beruntung, kita akan dapat berjumpa dengan nomad pengembala rusa tanduk besar untuk melihat gaya hidup berbeza dari si nomad pengembala unta berbonggol dua yang kita ketemu di padang pasir. Mungkin juga boleh menunggang sebentar sirusa yang seiras Sven, rusa kepunyan Kristoff dalam filem animasi Frozen yang popular. Di musim sejuk, nomad pengembala rusa ini akan masuk ke dalam hutan pergunungan jauh dari tepi tasik untuk mencari perlindungan dari musim sejuk. Kita akan tinggal di kem ger yang sedikit berbeza dengan hutan dan gunung sebagai lanskap malam.

HARI KESEMBILAN

TASIK KHOVSGOL

Pagi-pagi kita akan bersua dengan kuda-kuda Tasik Khovsgol dan berpeluang untuk menaikinya meronda-ronda sekitar tasik. Berpiknik di pantai tasik Khovsgol sambil makan nasi lemak sarapan pagi tadi dengan teh tarik 3in1. Bagi yang berani dan tahan sejuk, bolehlah mandi di tasik tersebut. Jangan risau kerana Loch Ness hanya ada di Scotland. Kaki pancing juga boleh memilih untuk memancing, cuma berkonsepkan ‘catch and release’ kerana memakan ikan dari Tasik Khovsgol adalah dilarang dan salah disisi undang-undang Mongolia. Malam akan kita adakan Captain’s Night yang mana dalam sesi ini kita

HARI KESEPULUH

TASIK KHOVSGOL - MURUN - ULAANBATAAR

Kita akan bergerak ke Murun untuk penerbangan pulang ke Ulaanbataar dan selepas check in di penginapan, kita bolehla bershopping sedikit cenderahati untuk keluarga tersayang. Petang ini adalah santai untuk kita samada nak berehat atau meneroka kota Ulaanbataar.

HARI KESEBELAS

ULAANBATAAR - KUALA LUMPUR

Pagi yang agak santai. Kita masih punya masa untuk meneroka dan shopping untuk cenderahati pagi ini. Check out sekitar tengahhari sebelum makan tengahhari dan terus ke lappangan terbang antarabangsa Chinggis Khan untuk penerbangan pulang ke tanah air.

HARI KEDUABELAS

KUALA LUMPUR

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Sebagai satu peringatan, ya benar, saya sudah membuat perjalanan MONGOLIA  bersama Rarecation. ​

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Penginapan untuk perjalanan kali ini, kita akan banyak mengginap di dalam khemah tradisional Mongolia 'Ger'. Kebiasaannya adalar berkongsi serama enam orang. Tandas dan tempat mandi ada disediakan berasingan. Untuk hotel pula adalah hotel bertaraf 3 bintang. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk twin atau triple sharing. 

KENDERAAN

KENDERAAN

 

Kita akan menggunakan beberapa mode pengangkutan ketika kembara ini. Bas di Ulaanbataar, minivan/4wd untuk di luar kota dan juga penerbangan domestik.  Tidak digalakkan untuk membawa 1 almari untuk kembara ini kerana had bagasi penerbangan.

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf