KYRGYZSTAN

Lanskap kirana tanah tinggi persada dunia

ATURCARA PERJALANAN

19 Mac - 29 Mac 2020

11 Sept - 21 Sept 2020

11 HARI 9 MALAM

Day 1 : Kuala Lumpur - Bishkek

Day 2 : Bishkek - Ala Archa - Bishkek

Day 3 : Bishkek - Chon Kemin

Day 4 : Chon Kemin

Day 5 : Chon Kemin - Karakol

Day 6 : Karakol

Day 7 : Karakol - Bokonbayevo

Day 8 : Bokonbayevo

Day 9 : Bokonbayevo - Bishkek

Day 10 : Bishkek - Kuala Lumpur

Day 11 : Kuala Lumpur

PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

1. Penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan sepanjang perjalanan

3. Penginapan 

4. Makan

5. Insuran perjalanan**

6. Baju Rarecation edisi terhad

7. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Lokasi berbayar

2. Perbelanjaan peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat

** Insuran hanya untuk warga negara Malaysia

HARGA

PENYERTAAN MAKSIMA : 10 ORANG

RM 13,920.00 / pax (single)

RM 13,620.00/pax (berdua atau lebih)

RM 13,420 ( 2- 11 tahun)

RM3,380 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

RM 11,420.00/pax (single)

RM 11,120.00/pax (berdua atau lebih)

RM 10,920 ( 2- 11 tahun)

RM 2,910 ( 0 - 23 bulan)

WARGA SINGAPURA

SGD 4,640 / pax (single)

SGD  4540 /pax (berdua atau lebih)

SGD 4470 ( 2- 11 tahun)

SGD 1,130 ( 0 - 23 bulan)

GROUND

SGD 3,810 / pax (single)

SGD 3,710 /pax (berdua atau lebih)

SGD 3,980 /pax ( 2- 11 tahun)

SGD 970 /pax ( 0 - 23 bulan)

NOTA PENTING​

** Aturcara perjalanan, jadual penerbangan pakej dan maklumat di sini tertakluk kepada sebarang perubahan, sila semak info terkini bersama pegawai kami

MAKLUMAT PERJALANAN

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR - BISHKEK

 

Pengembaraan kita bermula dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Bishkek, ibu negara Kyrzygstan. Penerbangan akan transit sebentar di Almaty sekitar 1 jam dan kita dijangka tiba sekitar lewat petang dan akan terus ke penginapan untuk check in dan kemudian ke restoran halal untuk makan malam. Seterusnya berehat setelah seharian diperjalanan dan kerana keesokannya akan menempuh perjalanan diawal pagi.

HARI KEDUA

BISHKEK - ALA ARCHA - BISHKEK

Hari ini kita akan ke Taman Negara Ala Archa yang terletak kira-kira 40km keselatan Bishkek. Ala Archa adalah tempat terbaik untuk kita memulakan sesi kembara Kyrzygstan kerana lokasi yang dekat dengan bandar Bishkek. Kyrzygstan adalah negara pergunungan yang mencakupi sekitar 90% kawasannya. KIta akan ada hiking untuk menikmati pemandangan hutan dan pergunungan. Ada beberapa air terjun dan sungai yang menarik yang boleh kita terokai dengan trekking ringan. Petang akan pulang ke Bishkek untuk makan malam dan berehat.

HARI KETIGA

BISHKEK - CHON KEMIN

Selepas sarapan dan check out, kita akan meneruskan perjalanan ke Chon Kemin. Ia terletak sekitar 150km dan mengambil masa sekitar 3 jam menaiki bas atau koster. Kita akan berhenti di Tokmok untuk melawat Burana Tower. Tinggalan sejarah kurun ke 9 yang kebanyakannya telah dimusnahkan semasa penaklukan Genghis Khan dan Soviet Union. Kita akan meneruskan perjalanan ke Chon Kemin yang terletak di daerah Issyk Kul. Disini terletaknya Tasik Issyk Kul, tasik air tawar kedua terbesar didunia. Tasik ini dikelilingi oleh kawasan pergunungan tetapi tidak pernah beku. KIta akan bermalam di guest house di Chon Kemin.

HARI KEEMPAT

CHON KEMIN

Hari ini hari santai. Kita akan meneroka Chon Kemin dan kawasan sekitarnya. Banyak tempat-tempat menarik kerana tempat ini adalah di kawasan pergunungan. KIta boleh light trekking, melihat-lihat sungai yang mengalir dan merakam foto-foto yang menarik.

HARI KELIMA

CHON KEMIN - KARAKOL

Hari ini selepas sarapan pagi, kita akan check out dan akan bergerak ke Karakol. KIta akan mengelilingi tasik Issyk Kul dan akan berhenti dan melawat pusat kebudayaan Ruh Ordo untuk mengenali budaya masyarakat nomad Kyrzygstan ini. Kita juga akan singgah di kolam air panas Chon Oruktuu sebelum sampai ke Karakol lewat petang dan terus ke hotel untuk check in dan berehat.

HARI KEENAM

KARAKOL

Hari ini kita akan melawat bandar Karakol. Kita akan ke Masjid Dungan Karakol. Masjid ini adalah sebuah masjid yang dibina dari kayu dan tidak menggunakan sebatang paku pun. Ia dibina untuk digunakan oleh orang-orang Dungan iaitu orang China muslim yang lari akibat dari peperangan penghapusan agama di China suatu waktu dulu. Bangunan kayu yang berunsurkan senibina cina ini sekarang adalah Masjid besar Karakol. Bersolat dan menyantuni masyarakat islam di Karakol. Masjid ini adalah satu-satunya yang terselamat pada era Bolshevik yang mana lapan masjid lain di Karakol telah diruntuhkan.

HARI KETUJUH

KARAKOL - BOKONBAYEVO

Setelah sarapan pagi, kita checkout dan akan bergerak ke Bokonbaevo, salah satu bandar di pesisir pantai tasik Issyk Kul. Kita akan berhenti di beberapa tempat, antaranya Jeti Oguz dan Fairy Tale Canyon. Sekiranya ada kelapangan, kita boleh menaiki cruise mengelilingi tasik Issyk Kul untuk melihat matahari terbenam dengan sedikit bayaran tambahan. Bagaimanapun, ia bergantung dengan cuaca dan masa kita disana nanti. KIta akan tinggal di khemah yurt, khemah nomad masyarakat Kyrzyg. Satu khemah biasanya bermula dari 4 orang dan ada yang besar sehingga muat 20 orang.

HARI KELAPAN

BOKONBAYEVO

Kita akan meneroka bandar Bokonbaevo kemudian melihat pertunjukan pemburuan burung helang orang nomad dan juga pertunjukan permainan kuda tradisional Kyrzyg. Sekiranya berkeinginan, boleh untuk menunggang kuda dengan bayaran tambahan. Sudah tentunya ada horseman yang menjaga kuda tersebut. Kapten akan bersedia untuk merakam foto-foto yang indah dan menarik sewaktu semua aktiviti tersebut. Pulang ke khemah dan masak untuk makan malam terakhir di pedalaman Kyrzygstan.

HARI KESEMBILAN

BOKONBAEVO - BISHKEK

Selepas sarapan, kita akan bergerak untuk ke Bishkek. Kita akan berhenti untuk melihat pertunjukan memasang khemah yurt dan boeh juga untuk menyertai mereka memasang khemah yurt tersebut. Kita akan meneruskan perjalanan ke Bishkek, sejauh sekitar 300km memakan masa lebih kurang dalam 4 jam untuk sampai. Selepas check in di hotel, kita akan makan malam diiringi dengan tarian tradisional Kyrzygstan. Kalau ada yang nak join menari pun boleh juga.

HARI KESEPULUH

BIHSKEK - KUALA LUMPUR

Selepas sarapan, kita punya waktu terluang untuk kita bershopping sedikit sebanyak. Cenderahati dan juga barangan kenang-kenangan bahawa kita telah menjejak kaki kembara ke Kyrzygstan. Pulang ke hotel untuk checkout dan terus ke restoren untuk makan tengahhari. Sekitar pukul 2 petang kita akan ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

HARI KESEBELAS

KUALA LUMPUR

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Sebagai satu peringatan, ya benar, saya sudah membuat perjalanan kembara  KYRZYGSTAN bersama Rarecation. ​

PENGINAPAN

PENGINAPAN

Untuk perjalanan kali ini, kita akan mengginap di beberapa jenis penginapan, dari hotel bertaraf 3 bintang, guesthouse serta khemah Yurt. Kebiasaannya 1 bilik adalah untuk twin atau triple sharing tetapi untuk khemah yurt, berkongsi sehingga 6 orang

KENDERAAN

KENDERAAN

Kita akan menaiki Private 4x4 Merc untuk keseluruhan masa kembara. Tidak digalakkan untuk membawa 1 almari untuk kembara ini kerana boleh shopping jika tak cukup baju

SAYA MAHU PERGI

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf